kalau KJ masuk bertanding di seremban, alamatnya tak
merasa la org seremban nak mengundi pilihanraya kali
nie ..... sebabnya setiap kali KJ masuk bertanding,
sure dia menang percuma .... jawatan Timbalan Ketua
Pemuda UMNO ... menang free( free tak free la....
berapa habis tak tau la ....), jawatan Timbalan
Presiden FAM pun .... menang tanpa bertanding .....
hebat mamat sorang nie ....... aku pun rasa2 teringin
nak jadi menantu pak lah. dulu mungkin tak boleh, tapi
sejak pak lah kawin baru nie .... dia kan dapat 2 org
anak tiri baru .... pompuan plak tue ..... kira2nya
.... jadi menantu tiri pun dah ok ... dah ada direct
access ..... hehehehe ..... nak kena cepat nie .....
mari kita lihat sapa yg dapat ....  

--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Saya fikir dia berani. Apa yang hendak ditakutkan.
> Bukannya hantu. Ini pertandingan, memanglah ada
> adatnya menang dan ada yang kalah. Mengurat anak PM
> pun bukan mudah, tapi berjaya juga. Menang kalah
> adalah ketentuan ALLAH swt. DIA menangi siapa yang
> dikehendaki dan dikalahkan siapa yang dikehendaki.
> Kita sama sama tengoklah.
>    
>   Leon.
> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>           Beranikah Khairy tanding Di Negeri
> Sembilan ? Oleh
> Cikgu Badrul 
> Perkembangan sokongan yang meningkat terhadap
> keADILan
> di Pulau Pinang, Sabah dan beberapa negeri amat
> menyebabkan BN tertekan, khususnya merujuk kepada
> beberapa respon Naib Ketua Pemuda UMNO (merangkap
> menantu Presiden UMNO) Khairy Jamaluddin.
> Khairy dalam beberapa kenyataanya cuba menyakinkan
> orang ramai bahawa parti keADILan akan mati,
> kenyataan
> beliau disambut oleh Pemuda Pulau Pinang yang
> menyatakan keyakinan untuk merampas Permatang Pauh.
> Baru - baru ini Amir Mohd Ghazali, Ketua AMK
> Permatang
> Pauh menyatakan cabaran jika benar Khairy yakin BN
> mampu memenangi Permatang Pauh, beliau mencabar
> Khairy
> sendiri turun bertanding di Permatang Pauh.
> Kenyataan ini telah dibuat dalam satu Majlis
> Sambutan
> Ambang Merdeka bersama anak muda setempat yang turut
> dihadiri oleh Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat.
> Komen ini yang disiarkan dalam Malaysiatoday dan
> beberapa media alternatif khususnya internet amat
> menarik jika di teliti. Khairy seorang pemimpin
> pemuda
> yang cepat naik menggunakan 'surat nikah' (menantu
> Presiden UMNO) kebelakangan ini cukup gemar
> bercakap.
> Memang tidak dinafikan beliau sedikit rajin jika
> dibandingkan dengan pemimpin pemuda lain khususnya
> Hishamuddin Tun Hussien. 
> Namun satu hakikat yang Khairy tidak sedar ialah
> musuhnya juga banyak dalam UMNO itu terutama yang
> meluat dengan gelagatnya dan tindak tanduknya
> mempergunakan bapa mertuanya yang lemah untuk
> mengaut
> kuasa dan kekayaan.
> Cuma satu che'GuBard nak tambah tidak perlu minta
> Khairy untuk bertanding di Permatang Pauh untuk
> menamatkan karier politiknya cukup mencabarnya untuk
> turun bertanding mana - mana kerusi di Negeri
> Sembilan.
> Bukan sombong tetapi UMNO di Negeri Sembilan
> khususnya
> di bahagian dia sendiri, Rembau sudah banyak suara -
> suara protes.
> Apa kata che'GuBard cabar Khairy untuk tanding di
> Negeri Sembilan, khususnya di kerusi 'campuran'.
> Selaku 'bakal' Perdana Menteri Malaysia dia
> seharusnya
> berani bertanding di kerusi campuran yang
> menggambarkan masyarakat Malaysia. Di kerusi
> campuran
> di Negeri Sembilan Khairy akan belajar betapa
> jentera
> UMNO 'senyap-senyap' akan meninggalkan beliau dan
> protes dari bukan melayu amat tinggi terhadap
> kelancangan mulut beliau. 
> Beberapa perkembangan politik mutaakhir ini amat
> menarik di Negeri Sembilan. Pengerusi Perhubungan
> UMNO
> merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan (sekutu kuat
> Khairy) kian panik dengan usaha yang berkemungkinan
> berjaya mendesak pengampunan Tan Sri Isa Samad dalam
> UMNO. Pembelian saham Allson dengan menyerahkan
> saham
> Menteri Besar Incroprated (MBI) dikatakan mempunyai
> kaitan rapat dengan isu ini.
> Pembelian saham Allson dari ahli korporat oleh
> Kerajaan Negeri dengan menyerahkan sejumlah saham
> MBI
> dikatakan untuk memujuk ahli korporat tersebut dari
> terus menyokong Isa Samad. Ahli Korporat yang
> bergelar
> Datuk itu merupakan antara 'funder' besar Isa Samad.
> Dalam proses ini media tempatan memuji kebijaksanaan
> Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang dikatakan
> berjaya
> memiliki saham Allson tanpa menggunakan 'cash money'
> tetapi fakta yang seolah dilupakan ialah bagaimana
> seorang ahli korporat yang menjual sebahagian
> milikan
> dalam Allson tersebut kini memiliki saham dalam MBI
> yang lebih menguntungkan kerana memiliki kepentingan
> dalam semua anak syarikat kerajaan negeri.
> Tetapi ramai khususnya pemimpin UMNO sendiri
> membantah
> tindakan ini yang dilihat menggadaikan kepentingan
> kerajaan demi kepentingan politik peribadi. Tindakan
> keterlaluan penyokong utama Khairy seperti mengambil
> kuasa menguruskan wang Baitulmal dari badan agama
> Islam Negeri juga merupakan isu panas sekarang ini.
> Surat arahan kerajaan dalam hal ini pernah disiarkan
> Buliten Rakyat.
> Teguran terbuka yang dibuat Ketua UMNO Bahagian
> Seremban, Datuk Ishak Ismail mengenai gangguan Abang
> Menteri Besar dalam banyak urusan kerajaan tidak
> dipedulikan dan berterusan sampai sekarang. 
> Ini semua menjadi api dalam sekam buat Khairy kerana
> Mohamad Hassan (dan keluarga) antara pembela nombor
> wahid beliau....
> Balik kepada Khairy .....Apa kata kita bertemu di
> kerusi seperti Chuah atau Parlimen Teluk Kemang
> tidak
> pun parlimen Seremban ?
>
.................................................................................................
> N29 Chuah ialah ialah DUn di bawah Parlimen Teluk
> Kemang dan che'GuBard adalah Naib Ketua Bahagian
> keADILan Teluk Kemang.
>
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/amk-permatang-pauh-cabar-khairy-tanding.html
> 
>
__________________________________________________________
> Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! -
> their life, your story. Play Sims Stories at Yahoo!
> Games.
> http://sims.yahoo.com/ 
> 
> 
>                          
> 
>        
> ---------------------------------
> Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! -
> their life, your story.
>  Play Sims Stories at Yahoo! Games. 



       
____________________________________________________________________________________
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows. 
Yahoo! Answers - Check it out. 
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545433

Kirim email ke