Pada sidang akhbar sebaik sahaja tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kaherah, petang hari Isnin
(3/9/2007) lepas, dengan pesawat khas Presiden
Algeria, Imam Al-Qardhawi - Presiden Kesatuan Ulama
Islam Sedunia- (81 tahun) menjelaskan: 

"Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas
kehadiran dan keprihatinan kamu semua, dengan ini saya
sukacita ingin memaklumkan kepada semua ikhwah di
seluruh dunia ini bahawa saya dalam keadaan yang baik,
alhamdulillah, dan tahap kesihatan saya sangat baik".

"Biasalah manusia ini kadang kala dia boleh jadi kuat,
lemah, sihat dan sakit. Orang yang sihat boleh jatuh
sakit, apabia dah jatuh sakit dia akan dirawat. Saya
sekarang ini bertambah sihat, bertenanglah wahai
sahabat-sahabatku di seluruh dunia".

Apabila ditanya tentang kesan tahap kesihatan beliau
atas buku beliau "Fiqh Jihad" yang sedang ditulis,
beliau menjelaskan bahawa beliau tidak mampu untuk
menyemak buku tersebut, apatah lagi beliau akan berada
di Kaherah sehingga 9 September 2007.

KOMEN SAYA: Inilah ulama yang sebenarnya. Walaupun
sudah uzur dengan umur 81 tahun, sibuk ke sana dan ke
mari, merentas sempadan geografi, tapi masih lagi
mampu untuk menulis buku. Cerminlah diri sendiri
sesiapa yang mahu mengaku ulama.

Beliau menjelaskan bahawa beliau terpaksa menolak
tawaran daripada Presiden Algeria untuk menyediakan
pesawat khas lengkap dengan kemudahan perubatan untuk
kegunaan beliau mendapatkan rawatan di mana sahaja di
dunia ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Amir
Qatar, Sheikh Hamd bin Khalifah Ali II yang
memaklumkan kepada beliau bahawa Qatar bersedia untuk
menanggung kos rawatan dan perubatan beliau di mana
sahaja di dunia ini.

KOMEN SAYA: Pendakwah hebat seperti ini sesiapa pun
hormat dan segan, sama ada lawan atau kawan, muslim
atau bukan muslim, sama ada pemerintah atau rakyat. 

Saya tertarik dengan apa yang Walid Abu Naja tulis
dalam artikelnya sempena program Multaqa Imam
Al-Qardhawi:

Jika Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata tentang Imam
Syafie: 
“Syafie umpama matahari pada siang hari dan penyembuh
kepada manusia, sesungguhnya aku mendoakan untuknya
setiap kali selepas aku solat: “Ya Allah, ampunilah
dosaku, kedua ibu bapaku, dan Muhammad bin Idris
As-Syafie”.

Maka Al-Qardhawi umpama matahari pada siang hari kita
dan penyembuh tubuh badan kita, begitulah kita katakan
untuk beliau dan kita tidak menyucikannya sepertimana
Allah, “Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa
kami dan Yusuf bin Abdullah Al-Qardhawi”.

MEMANG IMAM AL-QARDHAWI LAYAK DIGELAR IMAM!

Terjemahan terpilih dari sumber asal: 
www.qaradawi.net


       
____________________________________________________________________________________
Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the 
tools to get online.
http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting 

Kirim email ke