begitulah kasih ALLAH kepada makhluknya. Ditunjukkan kebesaranNYA, sehinggakan 
anjing pun menyalak menyahut seruan azan Tiada yang dijadikan di alam nyata ini 
sia sia belaka. Semuanya tahu dan kenal akan penciptanya dan bertasbih terhadap 
NYA. Meskipun menjadi pertikaian, halal haramnya, tetapi kejadian kejadian 
ALLAH, tetap dengan janji janji mereka. Tidak sedikit pun mengubah pendiriannya 
sebagaimana yang telah ALLAH jadikan. Kekadang ada sejenis makhluk yang selalu 
hilang pedoman dan arah. Di mulutnya ada kalanya tak lepas menyebut kekuasaan 
ALLAH swt, tetapi semuanya tidak terpancar dalam tindak tanduk dan 
kelakuannya.Dalam hatinya, hanya ALLAH jua yang tau. Mungkin manusia perlu 
merenung akan peristiwa ini, dan muhassabah diri berbanding kejadian ALLAH yang 
kita pandang hina itu.
   
  Leon.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Pada subuh Jumaat 14 September 2007 bersamaan 2
Ramadhan 1428 Hijrah di Surau Alamanda, Senawang
terdapat beberapa ekor anjing liar sedang lepak di
padang bersebelahan dengan surau tersebut.

Ketika muazzin sedang melaungkan azan, saya kedengaran
salah seekor anjing tersebut menyalak dalam nada yang
berlainan. Setiap kali muazzin menghabiskan satu lafaz
azan, anjing tadi akan menyahut dengan nada yang
ganjil. Bukan nada salakan ketika bulan purnama, bukan
nada salakan anjing yang nampak penceroboh, bukan nada
salakan anjing sedang memikat, bukan nada salakan
anjing yang sedang bergaduh. Dan lebih menariknya bila
lafaz azan yang ada kalimah Allah, anjing tadi akan
menyalak dengan salakan yang lebih panjang dan lebih
sayup.

Memang setiap makhluk di muka bumi ini sentiasa
berzikir , memuji kebesaran Allah swt , kecuali
manusia yang ingkar. Kalau anjing pun sahut seruan
azan , takkan orang Islam tak nak sahut seruan azan,
lebih-lebih lagi azan Subuh.

Kebelakangan ini memang terdapat banyak anjing di
taman ini. Dan mereka ini setakat ini tidak mengganggu
penduduk, cuma menyelongkar tong sampah yang tidak
ditutup rapat. Walaupun aduan telah dibuat kepada
Majlis Perbandaran untuk mengawal anjing-anjing yang
berkeliaran, kita tidaklah mahu anjing tersebut
dibunuh atau diseksa. Walaupun anjing untuk kita
mazhab Syafie ini adalah merupakan najis mughallazah
(berat), tidaklah patut untuk kita menghina dan
menganiaya anjing kerana mereka ini makhluk Allah.

Malah anjing ada disebutkan dalam Kisah Ashabul Kahfi
di dalam Al Quran , dimana anjing dalam cerita
pemuda-pemuda Islam yang melarikan diri dari
pemerintah yang zalim dan kejam telah menjadi sahabat
setia pemuda-pemuda tersebut. Begitu juga kisah zaman
silam bagaimana seorang perempuan pelacur yang hanya
membantu memberikan air kepada seekor anjing yang
sangat dahaga telah bertaubat dan dijanjikan ganjaran
pahala yang besar.

Kalau binatang seperti anjing pun kita disuruh
melayaninya dengan penuh kasih sayang apatah lagi
manusia yang datang dari bapa yang sama iaitu Nabi
Adam as, manusia yang seagama dengan kita, manusia
yang sebangsa dengan kita, manusia yang senegeri
dengan kita, manusia yang sekampung dengan kita.

Sempena Ramadhan ini, pereratkanlah persaudaraan dan
kasih sayang sesama manusia. Jauhilah sikap hasad
dengki, zalim menzalimi, dendam berdendam, tamak
haloba sehingga menidakkan kepentingan orang ramai.

Salam Ramadhan Al Mubarak.

Syarak Mengata , Adat Menurut 

Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com

Laman web Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com


__________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for 
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow 


                         

       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!

Kirim email ke