Kerajaan Kelantan rakam takziah kepada keluarga Nurin                     
                             Salmah Mat Husain      
         Mon | Sep 24, 07 |  1:37:41 pm MYT                        KOTA BHARU, 
24 Sept (Hrkh)  -   Kerajaan Kelantan turut merakamkan ucapan takziah kepada 
keluarga mangsa culik dan bunuh secara kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 8. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


 Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan 
Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berharap bapa Nurin, Jazimin Abdul 
Jalil dan ibunya, Norazian Bistaman dapat menghadapi ujian berat Allah itu 
dengan penuh tabah dan keimanan.

 
 Menurutnya, Rasulullah saw sendiri mengajar umatnya menyebut Inna  
Lillahiwainna ilaihirojiun apabila menerima sesuatu musibah.

 
"Rasulullah saw juga mengajar hambanya yang ditimpa musibah supaya berdoa 'Ya 
Allah, berikanlah balasan baik ke atas musibah yang ditimpakan dan gantikan 
padaku suratan yang lebih baik," katanya.

 
Menurutnya, kerajaan Kelantan turut berasa sedih di atas apa yang berlaku dan 
berharap keluarga Nurin tabah menghadapi ujian getir itu.

 
Nurin Jazlin yang dilaporkan hilang sejak sebulan akhirnya ditemui dalam 
keadaan menyayat hati dalam sebuah beg di Petaling Jaya. Hasil ujian DNA 
mengesahkan mayat budak itu ialah Nurin. Beliau kini disemandikan di tanah 
perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

 
 Sebelum ini Husam pernah meluangkan masa bersama keluarga Nurin untuk bertanya 
khabar di samping memberikan beberapa petikan doa diamalkan kedua ibu bapanya.

 
 Husam juga meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Ketua Polis Negara yang 
dilaporkan ingin mengambil tindakan terhadap keluarga Nurin kerana dianggap 
cuai hingga berlakunya insiden berkenaan.

 
Kata beliau, kenyataan sedemikian seolah-olah melepaskan geram kepada ibu bapa 
Allahyarham Nurin di waktu mereka masih dalam keadaan tertekan.

 
"Tak sepatutnya dia (Musa) mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguriskan 
perasaan keluarga malang itu, sudahlah sekarang mereka dalam keadaan berduka, 
dalam masa yang sama nak ambil tindakan pula," ujarnya.

 
Baru-baru ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata, 
kecuaian ibu bapa Nurin boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta 
Perlindungan Kanak-kanak.

 
 "Jika ada kecuaian kita akan cadangkan kepada Peguam Negara mengambil tindakan 
undang-undang ke atas mereka," ujar Musa.

 
Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, seharusnya anggota polis memberi 
tumpuan yang khusus untuk menjejaki penjenayah berkenaan dan bukannya membuat 
kenyataan sehingga menguris perasaan keluarga yang masih bersedih.

 
Beliau juga berkata, PAS mencadangkan tokoh-tokoh pelbagai agama dan masyarakat 
duduk semeja bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi mengelak 
berulangnya jenayah seperti itu.

 
"Kita berharap kes Nurin Jazlin ini adalah yang terakhir, kerana itu sokongan 
padu semua pihak di samping kecekapan anggota keselamatan perlu digerakkan 
segera.

 
 "Jika tidak ia boleh mengancam keselamatan sesiapa sahaja, bila-bila masa dan 
di mana sahaja," ujarnya.

 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Fattah 
Mahmood turut meminta ibu bapa memberi penekanan sepenuhnya terhadap institusi 
keluarga bagi mewujudkan sebuah keluarga harmoni.

 
 Katanya, apabila  ibu bapa memberi tumpuan kepada keluarga, keprihatinan 
sesama masyarakat akan bertambah. - mj  

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

       
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
 Play Sims Stories at Yahoo! Games. 
       
---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

Kirim email ke