Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

                                        Posted By Abu Saif On October 29, 2007 
@ 1:00 am In Keluarga | No Comments



"Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?", tengking seorang wanita kepada 
anaknya.

Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu.

Ia tidak muncul sentiasa, tetapi sekejap ada sekejap tiada. Wax and wane, kata 
orang putih.

Pengidap sindrom Tourette ini juga sering diejek oleh kawan-kawan,
atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mengganggu! Itu yang
lazim dilabel kepada mereka. Bukan sahaja dibenci kawan-kawan, malah
boleh juga dibenci oleh ibu bapa sendiri, andai mereka tidak memahami
atau lupa kepada Ilahi.


Tetapi menonton video klip tentang bagaimana masyarakat Barat
mendidik kanak-kanak untuk mengenal dan memahami Sindrom Tourette ini,
sungguh menyentuh hati saya.




Dari segi definisi,  "Tourette syndrome (also called Tourette's syndrome, 
Tourette's disorder, Gilles de la Tourette syndrome, GTS or, more commonly, 
simply Tourette's or TS) is an inherited neurological disorder with onset in 
childhood, characterized by the presence of multiple physical (motor) tics
and at least one vocal (phonic) tic; these tics characteristically wax
and wane. Tourette's is defined as part of a spectrum of tic disorders, which 
includes transient and chronic tics. [wikipedia]



Ia boleh difahami sebagai masalah saraf yang diwarisi sejak usia kanak-kanak 
yang muncul dalam bentuk beberapa kenan fizikal, dan sekurang-kurangnya satu 
kenan vokal. Mudahnya, orang Melayu menggelar penyakit ini dengan subjek 
utamanya iaitu KENAN.



Saya teringatkan Sindrom Tourette ini, apabila isteri
saya berkongsi cerita tentang pengalamannya berdepan dengan pesakit
yang mengalami hal ini. Syukur Alhamdulillah pesakit tersebut mempunyai
keluarga yang amat membantu. Saya tidak tahu berapa ramai pesakit
seperti ini yang dihukum dengan kebodohan lantas diabaikan begitu
sahaja di dalam masyarakat.




PENTINGNYA PENDIDIKAN



Inilah pentingnya pendidikan. Lebih berpendidikan
masyarakat kita, lebih banyaklah masalah yang dapat dikenal pasti dan
dirawat. Terdahulu saya pernah menulis tentang  nasib anak murid saya di Belfast
yang mengidap masalah dyslexia. Begitu juga dengan masalah Autism yang
menjadi ujian kepada beberapa orang kenalan saya apabila anak-anak
mereka mengidap sindrom ini.



Saya pernah menghantar email ke rancangan Medik TV
supaya lebih menumpukan subjek kepada mendidik masyarakat, berbanding
mempamerkan kepakaran doktor pakar, yang tidak begitu bermanfaat untuk
diketengahkan. Siapakah yang ada mempertikaikan kepakaran mereka?
Lantas apa yang diperlukan adalah mendidik masyarakat.



Kefahaman masyarakat tentang penyakit-penyakit,
mengenal pasti sindrom dan tahu berkenaan dengan apa tindakan yang
patut diambil, akhirnya akan memudahkan lagi kerja pihak hospital.



Sehingga kini, masyarakat masih lagi mengamalkan
beberapa kepelikan yang menyusahkan. Misalnya, apabila berlaku
kemalangan yang serius, masih menjadi kecenderungan majoriti masyarakat
untuk membawa mangsa ke klinik, dan bukannya terus ke hospital.
Manakala ramai pula pesakit yang selepas beberapa hari sukar membuang
air besar, atau demam panas semalaman, datang ke jabatan kemalangan dan
kecemasan sedangkan kes yang dirujuk bukan kemalangan dan langsung
tidak mencemaskan.



Mengapa hal ini berlaku? Ia berkait rapat dengan pendidikan.



Berbalik kepada soal sindrom Tourette, saya ingin
mengambil peluang untuk menghulurkan sokongan saya kepada anda, dan
dapatkanlah sokongan daripada persatuan seperti  Tourette Syndrome Awareness 
Malaysia atau dengan merujuk kepada hospital berdekatan.



Bagi ibu bapa yang berdepan dengan anak-anak yang ada
ciri-ciri seperti yang saya sebutkan di atas, janganlah dimarah atau
dibenci anak-anak itu. Dapatkanlah bantuan seawal yang mungkin, kerana
dengan sokongan pendidikan dan mungkin juga perubatan, anak-anak ini
boleh hidup seperti orang lain.



I have Tourette's but Tourette's doesn't have me!



ABU SAIF @ www.saifulislam. com

56000 Kuala Lumpur







© SAIFULISLAM. COM (1998 – 2007)



Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam. Com
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca
bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun
alamat Saifulislam. Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan
proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan
komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain,
sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM. COM terlebih dahulu.



"Erti Hidup Pada Memberi"



ABU SAIF @ www.saifulislam. com

56000 Kuala Lumpur





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke