kalau boleh saya cuma nak jelaskan berkaitan kitab
tersebut.

kitab ini telah melalui zaman yang cukup panjang.
sejarah di malaysia telah menyaksikan pengalaman pahit
manis yang dilalui oleh kitab ini. kitab ini pernah
dibakar, dibuang, dihempas dan pelbagai reaksi lagi
dari setiap lapisan masyarakat. dari org kg yg buta
huruf sampai tok qadi pernah mencemuh dan mencaci
kitab ini.

siapa yang menulis kitab ini? apakah kitab ini ditulis
oleh org yg tak ada ilmu? saya sarankan tuan2 dengan
hati dan dada yang lapang, carilah butiran dan
kenalilah pengarang kitab ini. 

kitab ini telah ditulis sejak awal 1940an dahulu.
tujuan ianya ditulis semata2 utk memberi keghairahan
kpd ummat utk melakukan perintah Allah krn ummat ini
telah kehilangan ilmu berkenaan kelebihan2 amalan
agama. ummat sejak kejatuhan empayar othmaniyah pada
1924 telah jauh dari agama dan amalan agama. mereka
tiada lagi motivasi utk amal agama. ramai ummat pada
ketika itu telah rosak agamanya, ramai yg telah murtad
dgn provokasi ideologi barat.

maka dgn kerisauan dan kebimbangan dari maulana muhd
ilyas, beliau telah meminta anak saudaranya ini
menulis satu kitab yang dimuatkan hadith2 berkenaan
fadilat (kelebihan2) amal yg perlu ditatap oleh
seluruh ummat. maka dengan susah payah dan rendah diri
maulana muhd zakariyya yg merupakan syeikhul hadith
(alim hadith pada zamannya) telah mengarang beberapa
buah kitab antaranya kitab fadilah solat, fadilah
ramadhan, fadilah haji dan umrah, fadilat zikir,
fadilat quran, fadilah sedekah, fadilah tabligh,
kisah-kisah sahabah yang telah menimbulkan minat
beragama diseluruh dunia.

kitab ini sebenarnya telah diterjemahkan kedalam
pelbagai bahasa, krn usaha ini telah berjalan di lebih
200 buah negara. 

sepatutnya kita tidak perlu lagi meragui keilmuan
maulana zakariyya krn beliau diiktiraf oleh ulama
sezaman dgnnya. dia adalah ulama dan antara
muhaddithin menghafaz ribuan hadith2, dan telah
menghabiskan masanya menyempurnakan hajat bapa
saudaranya seorang mudir madrasah, memilih dari ribuan
hadith utk mengumpukan hanya hadith2 berkenaan
kelebihan amalan.

saya sedih bila dgr sejarah dulu-dulu, ada imam yg
bakar kitab ni, krn dituduh ni kitab org tabligh,
sesat! ada tok qadi yg lempar kitab yg sedang dibaca
dan mcm2 lagi. cubalah kita bersikap positif dan
siasat dengan adil. 

kalau nak kirakan hadith doif, bkan kitab ini shj yg
dimuatkan hadith doif, malah kitab yg dikarang oleh
imam ghazali pun byk hadith begitu. tak perlulah kita
melompat krn perkara ini, hadith doif bukanlah hadith
maudu' (palsu) atau mungkar atau maqtu'. ia tlh
disepakati oleh ulama bole diguna utk amal dan bukan
utk hujjah.

oleh kerana kitab ini hanya membicarakn soal kelebihan
amal dan bukan masail (hukum hakam) maka kitab ini
boleh dibaca begitu sahaja dan dimana2 sahaja. namun
begitu tuan2 perlu belajar bagaimana adab2 taklim dan
syor2 yg telah diberikan bagaimana memanfaatkan kitab
ini.

masalah pertikaian pembaca2 berkenaan satu perkara yg
disebutkan didalam kitab ini, dimana imam ahmad telah
berjumpa Allah,sehingga menyebabkan ramai yg
mengatakan kitab ini sesat, adalah satu perkara yang
biasa. jika kitab rajin membaca kitab2 lama, samada
kitab kuning atau kitab2 rujukan arab, perkara ini
biasa dialami oleh ulama2 dahulu. satu kitab kuning
siarul salikin, bulughul maram, imam suyuti ada
menulis berkenaan beberapa imam bermimpi bertemu Allah
dan mohon perlbagai perkara.

oleh itu, cadangan saya, kita sebagai ummat, jgn cepat
menghukum sblm kita benar2 berpuas hati dgn kajian dan
siasatan kita. jika kita rasa usaha oleh jemaah ini
tidak betul, siasatlah darimana punca usaha ini, apa
sejarahnya, dan pergilah kenegara, atau tempat dimana
usaha ini bermula. 

ilalliqa' 


      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

Kirim email ke