Detikdaily
Polis sembur air suraikan himpunan anti-ISA di Dataran Merdeka
 Posted on Sunday, January 06 @ 10:00:08 EST by reformis
 KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menyembur air untuk menyurai kira-kira 200 orang 
yang berhimpun di Dataran Merdeka di ibu negara kerana membantah Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Anggota polis juga kelihatan mengejar peserta perhimpunan di beberapa tempat di 
sekitar Pasar Seni setelah gagal bersurai meskipun telah diarahkan berbuat 
demikian.

Tiada sebarang tangkapan dibuat. Majlis tersebut dianjurkan oleh Gerakan 
Mansuhkan ISA (GMI) tetapi tidak mendapat permit polis.

Bagaimanapun, mereka berjaya menyalakan lilin di Dataran Merdeka selama 
kira-kira 20 minit sebelum diarahkan bersurai.

Peserta mula berkumpul di hadapan bangunan Majlis Peguam mulai jam 7.30 malam 
sebelum berjalan ke Dataran Merdeka yang letaknya kira-kira 100 meter.



Bagaimanapun, mereka gagal memasuki kawasan Dataran Merdeka kerana dihalang 
oleh anggota pasukan keselamatan termasuk Unit Pasukan Polis Persekutuan (FRU).

Mereka sebaliknya berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran Dataran Merdeka 
sambil menyalakan lilin dan menjerit slogan anti-ISA.

Diarah bersurai

Berikutan itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkanain Abdul Rahman 
mengarahkan mereka bersurai dalam tempoh 15 minit.

"Saya beri kamu masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan 
diambil," katanya menggunakan pembesar suara kepada peserta perhimpunan.

Namun, mereka terus menyalakan lilin tanpa menghiraukan arahan bersurai.

Anggota FRU telah mengarahkan mereka bersurai tetapi sebahagiannya masih berada 
di Lebuh Pasar.

Sebanyak empat kenderaan FRU dan sebuah lori penyembur air digunakan untuk 
menyuraikan perhimpunan.

Bercakap kepada wartawan, Mohamad Zulkarnain berkata, Jalan Raja yang 
bertentangan dengan Dataran Merdeka ditutup kepada lalulintas mulai jam 3 
petang.

"Mereka bersurai selepas tempoh masa yang diberikan berakhir. Semua pihak kena 
patuhi undang-undang," katanya.

Orang ramai bersurai sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

Perhimpunan aman

Antara yang hadir ialah dua anggota keluarga kepada pemimpin Hindraf yang 
ditahan di bawah ISA.

Seorang daripada mereka S Sivalingam, yang mewakili keluarga pemimpin Hindraf 
yang ditahan di bawah ISA, T Vasanthakumar di majlis memasang lilini itu.

Seorang lagi, V Raidu, adik kepada seorang lagi pemimpin Hindraf yang ditahan 
di bawah ISA, S Ganabatirau, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menghadiri 
majlis itu untuk menghantar mesej bahawa ISA mesti dilupuskan.

“Saya bukan setakat menyokong abang saya tetapi semua tahanan ISA. Saya tahu 
keperitan yang terpaksa dilalui oleh keluarga tahanan terbabit," kata Raidu. 
Sebelum itu pada kira-kira jam 8.25 malam, kira-kira 200 orang menyertai majlis 
memasang lilin itu selepas GMI berjaya berunding dengan pihak polis supaya 
membenarkan mereka berbuat demikian untuk sekejap sahaja.

Pada kira-kira jam 8.45 malam, ketika polis mahu bertindak, orang ramai 
bersetuju bersurai dari situ.

Sementara itu, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata GMI - gabungan 
masyarakat awam yang menentang ISA, menggesa orang ramai supaya bersurai kerana 
matlamat untuk mengadakan majlis tersebut telah tercapai.

“Kita mahu ianya menjadi satu perhimpunan yang aman, walaupun berdepan dengan 
larangan polis. Kita tidak mahu bersikap konfrontasi," katanya.

Beliau berikrar bahawa GMI akan meneruskan usahanya melobi rakyat supaya 
menentang ISA. - MALAYSIAKIN

*****.*.**** *
DPP Kedah

Dapatkan Poster Kempen PRU 12 yang menarik ini.










HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke