)

Saya pernah terdengar dlm kuliah Maghrib (tak ingat Uz mana dan disurau mana 
kerana dah agak lama juga) yg mana Uz tersebut pesan kdp pada para hadirin 
bahawa dia berpendapat bahawa memakan ikan yg merbahaya spt yg mempunyai sengat 
bisa atau racun adalah makruh.  


On 1/10/08, noorafizahbasheer <noorafizahbasheer> wrote: 


Note: forwarded message attached. 


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. 


---------- Forwarded message ----------
From: "Siti" < [EMAIL PROTECTED] my>
To: <Undisclosed- Recipient: ;>
Date: Wed, 12 Dec 2007 12:47:29 +0800
Subject: Fw: cerita ikan keli(tolong baca jika nak selamat)


 
 
Assalamualaikum wbh 
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
 
Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis 
dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di 
bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun 
dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan 
semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu. 
 
Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing 
ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, 
sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas 
dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya 
dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan 
dibawa pulang ke rumah. 
 
Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. 
Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang 
sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang 
perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian 
berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian 
yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa 
sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian 
ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian 
yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang. 
 
Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini 
membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya 
menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak 
membuang kedua-dua bahagian ini. 
 
Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan 
duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin 
memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan 
berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa 
yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan 
sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin. 
 
Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, 
makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah 
boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah 
agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam. 
 
Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak 
boleh dimakan  oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit 
pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada 
penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan 
lihatlah sendiri kesannya. 
 
Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan 
lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima , dapat 
peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur . 
Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal 
Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara 
diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari. 
 
Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila 
nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah 
beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan 
ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak 
saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam. 
 
Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli 
tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam 
berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di 
klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen 
untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin 
bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya 
tidak demam. 
 
Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan 
ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya 
membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya 
berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. 
Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya 
memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang 
peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, 
kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya 
tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di 
samping tiada demam. Ia memang pelik. 
 
Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini 
bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh 
anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya 
semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini 
ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas 
diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk 
menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli. 
 
Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan 
ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh 
anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala 
Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini 
memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan 
keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan 
daun-daun tertentu. 
 
Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak 
saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada  24 dan 25 Ogos 
2007. Sepanjang  tempuh menunggu  mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya  
ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang. 
 
Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan 
sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 
4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun 
isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi 
beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya 
pulih. 
 
30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak 
saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah 
mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya 
terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi. 
 
Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama  kira-kira  
sebulan.  Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan 
tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat 
yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun. 
 
Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan 
sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya. 
  
  
  
Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang ttg 
projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai 
ayam & palet sebagai makanan keli. 
 
Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan 
didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu 
berpunca dari palet makanan. 
 
Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat 
pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah berhenti makan 
ayam, keli apatah lagi.. 
 
Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan 
lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet mayat.. 
 
Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram, tapi 
ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila ada DNA 
babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2... 
 
Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC , Ayamas  yang di kata haram....isk tak 
reti lah.... 
 
elakkan makan ayam secara kerap. 
 
Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam 
 







      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

Kirim email ke