Alif,
Sayta berminat nk membeli terus dari sdra ikan keli
peliharaan sdra untuk restoran saya. Boleh tolong beri
no untuk dihubungi? Terima kasih.
KB(0193183362)
[EMAIL PROTECTED]
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum...
>   Berdasarkan kisah ini, pendapat saya ini mungkin
> anak anda ada alahan pada sesetengah makanan...saya
> merupakan penternak ikan keli secara kecil kecilan
> selama 3 tahun. Hanya menjual di pasar tani. Betul
> juga kata anda pemeliharaan ikan keli ini mungkin
> disebabkan makanan ikan yang mungkin tercemar dengan
> bahan enzim babi ataupun bahan kimia. Seperti saya
> biasa memberikan makanan yang terdapat dikedai iaitu
> palet ikan. Untuk makanan yang lebih bagus...bagi
> makan daun ubi atau daun kangkung tetapi perlulah
> bersihkan kolam setiap minggu kerana air cepat
> kotor. Namun saya tak pernah memberi makanan
> berdarah pada ikan ternakan sayani...Ada juga
> pengusaha cina yang memberikan kaki ayam yang
> dicincang dan perut ayam. Ikan akan cepat gemuk dan
> warnanya lebih cantik tetapi air lagi cepat busuk
> dan bila kita siang ikan keli mesti bau nya
> lain...lebih hanyir kalau ikan keli memakan
> ayam.Mungkin anak anda telah memakan ikan yang tidak
> dicuci dengan bersih oleh pihak restoran ataupun
>  makanan isi ikan yang memberi kesan kepada anak
> anda.Sekarangni pelbagai teknologi yang tidak kita
> tahu sangat cara penyediaanya, sumbernya dan
> kandungannya.Tak mustahil sayur yang kita makan
> mungkin banyak vitamin dan oleh kerana tidak dibasuh
> dengan betul, kerana racun yang digunakan untuk
> membunuh serangga boleh memudaratkan kesihatan kita
> juga. Oleh itu kita sebagai orang islam perlu
> beringat dan bertawakal kepada Allah. Sentiasa
> amalkan doa makan dan ilakkan dari terkena racun.
> Wallahualam...
>   
> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>           
> 
> Note: forwarded message attached.    
> ---------------------------------
>   Be a better friend, newshound, and know-it-all
> with Yahoo! Mobile. Try it now.  
> 
>                          From: "Siti"
> <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <Undisclosed-Recipient:;>
> Subject: Fw: cerita ikan keli(tolong baca jika nak
> selamat)
> Date: Wed, 12 Dec 2007 12:47:29 +0800
> 
>     st1\:* {   BEHAVIOR: url(#default#ieooui)  }    
>          
> 
>      
>   Assalamualaikum wbh 
>    
>   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
> Penyayang. 
>    
>   Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di
> Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih.
> Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini
> di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis.
> Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah
> rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan
> rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah
> waktu kecil dahulu. 
>    
>   Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan
> rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan
> yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul,
> lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai
> ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai
> menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya
> terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar
> tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa
> pulang ke rumah. 
>    
>   Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak
> seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli
> seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma
> perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat
> ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang,
> saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua
> bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di
> belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu
> dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya
> tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian
> ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini
> membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit.
> Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan
> keli dan oleh itu ia perlu dibuang. 
>    
>   Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang
> yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua
> bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau
> tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak
> mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang
> kedua-dua bahagian ini. 
>    
>   Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama
> dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang
> dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang
> akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan
> berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan
> berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat
> pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah
> mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan
> sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas
> bersalin. 
>    
>   Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat
> eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka
> muda atau makan nangka atau makan cempedak,
> insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru
> bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar
> cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam. 
>    
>   Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat
> lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan  oleh
> orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta
> sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit
> pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout,
> boleh mencuba makan ikan pari dua hari
> berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya. 
>    
>   Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan.
> Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama
> keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima
> , dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM
> jalan Semarak, Kuala Lumpur . Berpisahlah anak
> ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari
> mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal
> bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh
> ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari. 
>    
>   Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan
> kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau
> malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah
> beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli.
> Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan
> keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak
> saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan
> tengahari dan makan malam. 
>    
>   Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah
> kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan
> malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi
> seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak.
> Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM.
> Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan
> memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun
> ruam merah ini tidak hilang malahan semakin
> bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan
> demam tetapi anak saya tidak demam. 
>    
>   Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak
> dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak
> ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya
> membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan
> kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air
> kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya.
> Keesokan harinya saya menelefon anak saya
> bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas
> minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar.
> Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di
> bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia
> keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah
> tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya
> bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di
> samping tiada demam. Ia memang pelik. 
>    
>   Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri
> saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar
> ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan
> oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan
> semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu
> maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini
> ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu
> tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri,
> saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya
> untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan
> keli. 
>    
>   Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada
> badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan
> bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya
> suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah
> guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta
> pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini
> memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini
> adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan
> terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan
> daun-daun tertentu. 
>    
>   Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami
> merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi
> ubat dirumah isteri arwah guru saya pada  24 dan 25
> Ogos 2007. Sepanjang  tempuh menunggu  mandi ubat
> ini, ruam pada badan anak saya  ini tidak bertambah
> dan tidak pula berkurang. 
> 
=== message truncated ===



      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Kirim email ke