http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ahliumnokecewa01.html

Risalah kepada Melayu, Cina, India 
dan semua bangsa di Malaysia  Laman [EMAIL PROTECTED] 
 
---------------------------------
 
  
   
Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua 
Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau 
telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya. 
Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan 
secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya 
umum yang akan datang. Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi 
mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen. 
Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak 
berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah 
bahagian. Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan 
mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi. Ianya 
bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk 
tidak mengundi Umno. 
Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan 
kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil. 
Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di 
antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya 
bernombor 1. Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan 
turut berbuat demikian. 
Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi 
BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic. Pertamanya beliau 
berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai kredibiliti'. 
Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, 
perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak'. Jika kita 
mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir 
maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN. 
Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu 
juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia 
untuk membuat perubahan. Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, 
Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal 
lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini. 
Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik sejak 
sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu 
kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India 
menjadi kaum termundur di negara ini. 
Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. 
Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan 
tetapi BN tidak boleh bermengah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar 
yang menyusahkan rakyat. Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check 
and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan 
kejutan psikologi yang maha besar kepada BN. Ini akan membolehkan Abdullah 
Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan 
dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihan raya umum 
ini. Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak 
khazanah negara akan turut sama dijatuhkan. 
Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya 
Umno) tidak mempunyai jawatan awam. Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau 
kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha 
Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Ini bermakna saluran untuk 
mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh merubah senario politik 
kita. Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat 
dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN. 
Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh 
rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang 
campur tangan negara asing. Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. 
Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya tidak sabar 
untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum. 
  
  
Ahli Umno Kecewa 
10.02.2008 
Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak 
cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1 
Tajaan: PerigiDuit 


       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Reply via email to