betul..sya cukup-cukup menyampah hatta meluat nengok tv1 , tv2 dan tv3 
asik-asik pasal Kelantan..eh.. org Kelantan tak rasa marah ke.. dah lah di 
kutuk kata Kelantan hanya mampu melihat pembangunan di negeri jiran..pastu 
rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke luar untuk mencari rezeki..then bila dah 
berhijrah menyebabkan berlakunya penceraian.. nampak mcm rakyat Kelantan miskin 
dan byk penceraian.. hikhikhik.. kelakar sungguh.. yg dier org nak sibuk2 ni 
pasal apa agaknya..dah rakyat Kelantan yg pilih pemimpin .. dah tu pulak yg ckp 
tu main ikut sedap mulu padahal tak pernah pun duduk Kelantan.. saya menantu 
org Kelantan dan duduk Kelantan dulu 6 thn.. takde masalah pun nak carik keje..

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:              Bagi UMNO matlamat 
menghalalkan cara. Tafsiran sempit keatas agama Islam menyebabkan ibadah kepada 
Allah itu hanya dalam masjid saja tidak dalam urusan bisnes dan politik. Mereka 
(UMNO) rasa untuk mendaulatkan Islam hanyalah perlu buat masjid banyak-banyak 
seperti di Terengganu biarlah hanya dua tiga orang saja solat berjamaah kat 
masjid apa lagi untuk diisi dengn majlis ilmu yang mencakupi seluruh aspek 
kehidupan. Saya difahamkan ada ustaz balik Mesir mengajar di sebuah masjid di 
Terengganu bab haid dan nifas. Kalau yang dok dengar tu muda mudi tak apalah ni 
katanya empat lima orang yang dok dengar dah pun usia emas. Saya tak fikir 
ustaz tu tak mampu ajar ilmu-ilmu Islam lain tapi UMNO bimbang bila rakyat 
faham benar-benar Islam mereka mungkin menolak UMNO sekali lagi. 
   Buat masjid Kristal ratusan juta belanja untuk rakyatkah atau untuk kroni 
bolot keuntungannya?? Masjid di tengah pulau nanti yang ke masjid tu mungkin 
imam dengan bilal saja!! Kita haraplah Idris Jusoh ngajar kat masjid tu macam 
Tuan Guru Nik Aziz ngajar di masjid Pulau Melaka. Adakah orang yang nak dengar 
dia ngajar?? Kalau 8 Mac ni rakyat tolak UMNO dan beri kuasa kepada PAS 
bolehlah Tuan Guru Dato' Haji Hadi beri kuliah di masjid tu biar padan dengan 
perasmian nya yang disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong. 
   Cuma yang saya rasa pelik pilihanraya ni pilihaan raya umum ka pilihanraya 
negeri saja?? Propaganda UMNO kat TV macam nak pilihanraya kat Kelantan dan 
Terengganu sahaja!! Mungkin mereka rasa dapat perintah Kelantan dan Terengganu 
pun cukuplah. Agaknya mereka dah tak mampu nak perintah Malaysia jadi biar 
orang lain pula perintah Malaysia. Bagi peluang Tok-Tok Guru pula rawat 
Malaysia biarlah UMNO kononya nak rawat Kelantan. UMNO nak rawat Kelantan? Yang 
betul rakyat Kelantan saja boleh rawat penyakit UMNO yang kronik itu. UMNO/BN 
dah uzur benar!! Berdosa juga kita dok bebankan orang yang dah uzur ni dok 
pikul kerja berat-berat. Biarlah dia MC 5 tahun kalau pencen terus pun molek 
dah!! Wallahu'alam.

ibnuAli
kota jembal
   
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:      
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ahliumnokecewa01.html

Risalah kepada Melayu, Cina, India 
dan semua bangsa di Malaysia Laman [EMAIL PROTECTED] 

  
---------------------------------
  
  
     
  Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua 
Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau 
telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya. 
  Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan 
secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya 
umum yang akan datang. Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi 
mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen. 
  Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak 
berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah 
bahagian. Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan 
mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi. Ianya 
bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk 
tidak mengundi Umno. 
  Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan 
kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil. 
Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di 
antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya 
bernombor 1. Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan 
turut berbuat demikian. 
  Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi 
BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic. Pertamanya beliau 
berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai kredibiliti'. 
Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, 
perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak'. Jika kita 
mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir 
maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN. 
  Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. 
Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga 
bersedia untuk membuat perubahan. Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, 
Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak 
awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini. 
  Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik 
sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah 
suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India 
menjadi kaum termundur di negara ini. 
  Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. 
Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan 
tetapi BN tidak boleh bermengah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar 
yang menyusahkan rakyat. Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check 
and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan 
kejutan psikologi yang maha besar kepada BN. Ini akan membolehkan Abdullah 
Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan 
dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihan raya umum 
ini. Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak 
khazanah negara akan turut sama dijatuhkan. 
  Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN 
(terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam. Jika mereka kalah di kerusi 
Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai 
Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Ini 
bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh 
merubah senario politik kita. Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan 
sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan 
majoriti 2/3 BN. 
  Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh 
seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa 
sebarang campur tangan negara asing. Kita tidak hanya perlukan undi protes 
sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya tidak 
sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum. 
  
  
  Ahli Umno Kecewa 
  10.02.2008 
  Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak 
cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1 
Tajaan: PerigiDuit 

  
  
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   


    
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   

                         

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke