http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

[nota saya: ASB pun sekadar harus, itu pun tunggu bekas mufti selangor 
meninggal, barulah umum. Dgn kekuatan yg ada PNB masih belum mahu mengeluarkan 
saham yg islamik. Mungkin yang ni kena tunggu Ahmad Sarji mati pula .....(mesti 
ada yg ngamuk bila saya sebut hal mati niii)]


PNB urus 80b unit saham
Oleh Ainul Asniera Ahsan
MELAKA 20 April - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) kini menguruskan
sejumlah 79.1 bilion unit saham yang merupakan 35 peratus daripada
pasaran saham amanah negara ini milik 9.015 juta pemegang unit.
Jumlah tersebut bersamaan 72 peratus daripada keseluruhan industri saham amanah 
negara.
Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jika diambil
kira jumlah nilai aset bersih (NAV), firma pelaburan negara itu
menguasai 58.4 peratus daripada jumlah keseluruhan NAV industri unit
amanah.
Menurut beliau, dana pemegang unit amanah serta dana yang diurus
oleh PNB sekarang berjumlah RM120 bilion atau 12.6 peratus modal
pasaran Bursa Malaysia. 
''Dengan jumlah dana yang terkumpul itu, PNB kini mempunyai
kemampuan menjadi pemegang ekuiti dalam 313 buah syarikat tempatan yang
256 daripadanya tersenarai di Bursa Malaysia.
''Antaranya ialah Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah syarikat
gergasi perladangan dunia yang kini menerajui Bursa Malaysia dengan
modal pasaran mencecah lebih RM60 bilion,'' katanya ketika berucap pada
majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia kali kesembilan di sini
hari ini.
Antara pelaburan PNB yang besar ialah dalam Maybank yang merupakan
bank terbesar di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam perbankan
Islam dan takaful.
Chemical Company of Malaysia (CCM) pula menguasai lebih daripada 30
peratus pasaran baja tempatan dan hampir 20 peratus daripada pasaran
farmaseutikal negara.
Northport yang mengendalikan 7.5 juta TEUs menguasai 55 peratus
bisnes pelabuhan negara manakala syarikat-syarikat automotif seperti
Sime Darby dan UMW menguasai 50.15 peratus pasaran kenderaan tempatan.
Ahmad Sarji berkata, PNB kini juga memiliki beberapa bangunan
komersial di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur yang bernilai
berbilion ringgit termasuk Menara PNB, Bangunan MAS, PNB Darby Park,
Wisma Nusantara, Menara Tun Ismail dan Wisma KPMG.
Beliau menambah, PNB juga telah menjalin pakatan strategik dengan
syarikat-syarikat pengurus dana ternama antarabangsa dan akan membuka
pejabat pengurusan dananya sendiri di Singapura, London serta Tokyo
dalam waktu yang terdekat ini.
''Nilai dana yang dilaburkan di pasaran antarabangsa kini berjumlah
RM1 bilion dan setakat ini pulangan yang diperoleh dalam tempoh 10
tahun ini bernilai RM726 juta,'' ujar beliau.
Menurutnya, PNB telah berjaya mengagihkan dividen dan bonus tahunan di atas 
kadar yang kompetitif berjumlah RM60.4 bilion.
Katanya, keyakinan pelabur bukan bumiputera terhadap PNB juga telah
terbukti. Seramai 748,030 pelabur bukan bumiputera memegang unit saham
berjumlah RM10 bilion.

 hamdy 013 3696712  www.rancanghidup.blogspot.com
Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke