*Ustaz Nasaruddin Hj Hassan menulis dalam blognya.* Cuba menafsirkan ayat
surah Al-Fath dengan kemengangan PAS
*إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا فسبح بحمد
ربك و استغفره إنه كان توابا*
* *
*Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan nescaya engkau akan
menyaksikan manusia berduyun - duyun menyertai agama Allah , maka
bertasbihlah dengan segala kepujian tuhanmu dan beristighfarlah ( mohon
ampun kepada Allah ) sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha menerima
Taubat .*

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/04/blog-post_14.html

===============
*Namun penyelewengan tafsir ayat ini telah ditegur oleh seorang
Ustaz,*sebagaimana disebut di bawah;

*Nampaknya ada kecelaruan Ustaz dalam memetik ayat Al-Quran surah Al-fath,
ayat ini menceritakan tentang kemenangan dan al-fath yang dilakukan ke atas
negeri kufur.

Dan ayat ini menceritakan bahawa bila kemenangan (negeri musuh dibuka) orang
kafir akan masuk Islam secara berduyun-duyun. Ayat ini tidak boleh digunakan
untuk kemenangan PAS, atau orang masuk PASa berduyun-duyun.

Cara penafsiran Ustaz tersebut boleh membawa kesesatan dan penyelewengan
terhadap Al-Quran. 'Kemenangan PAS' sebenarnya bukan kemenangan sebenar.
Bahkan DAP dan PKR yang non-Muslim tidak masuk Islam berduyun-duyun bahkan
mereka konsisten melawan konsep Islam.

PAS cuma menang di Kedah dan mengekalkan kerusi di Kelantang sahaja kali
ini, tidak di Penang atau di Perak, bahkan PAS dan pemimpin PAS masih lagi
dalam kebuntuan untuk menghapuskan jahiliah. Bahkan di Perak hukum jahiliah
tetap dilaksanakan dan begitu juga di Kedah.

Nasihat saya PAS tak perlu sombong sangat kali ini, kerana PAS cuma memegang
kerusi Pakatan yang paling kecil. Masih belum layak nak membicarakan surah
al-fath dalam kontek itu.

Sekian
Ustaz Ishak
Bekas Anggota PAS*



 **
* *
* *

**

Kirim email ke