Salam,
Apa yang saya nampak ianya
tak lain tak bukan nak buat orang confuse lah tuh.. 
Mamat tu sengaje reka citer pun boleh.
di katalah bekas anggota Pas...perbuatan jahat tu 
akan dibalas jahat juga nanti...

sekian. 


Please respond to hidayahnet@yahoogroups.com
Sent by:        hidayahnet@yahoogroups.com
To:     "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc:      
Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Bila Ustaz PAS memesong 
Surah Al-Fath kepada kemenangan pilihan raya.

Salam.... 
Hmmm... Tak de pun apa yang di kata Ustaz Ishak ( Bekas Anggota PAS )... 
"Cara penafsiran Ustaz tersebut boleh membawa kesesatan dan penyelewengan 
terhadap Al-Quran. 'Kemenangan PAS' sebenarnya bukan kemenangan sebenar. 
Bahkan DAP dan PKR yang non-Muslim tidak masuk Islam berduyun-duyun bahkan 
mereka konsisten melawan konsep Islam."

Sila rujuk artikelnya di bawah ini...
Silap URL ??? Silap faham ??? Atau Saja2 Silap ??? Saja2 Tak Faham ??? 
Hmmm....
WAllahua3lam, 
Wassalam.. 
Hizamri
==============================================
Artikel Rujukan...
 
Monday, April 14, 2008
إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين  75;لله افواجا فسبح 
بحمد ربك و استغفره إنه كان توابا
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan nescaya engkau akan 
menyaksikan manusia berduyun - duyun menyertai agama Allah , maka 
bertasbihlah dengan segala kepujian tuhanmu dan beristighfarlah ( mohon 
ampun kepada Allah ) sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha menerima 
Taubat .

Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari ayat di atas .:
1. Pertolongan Allah swt. dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti 
akan berlaku dan ianya telah ditetapkan didalam planner Ilahi. Kemenangan 
itu hadhir setelah melalui proses pembentukan aqidah yang utuh dan 
pengorbanan yang jitu .
2. Kemenangan Islam membawa manusia beriman dan menerima Islam justeru 
mereka mula yakin akan keupayaan Islam memimpin dan memerintah . Bahkan 
mereka yakin bahawa Islam adalah agama yang suci , mulia dan kuat . ( 
umumnya berasaskan fitrah , manusia suka berpaut kepada yang mulia dan 
berlindung kepada yang kuat. )
3. Sambut Kemenangan dengan mensucikan Allah daripada segala syirik . 
Justeru menangnya kita bukan kerana kita hebat tetapi kerana Allah yang 
memberi pertolongan . Menurut Asy Syahid Syed Qutb Rhm. bahawa Tasbih dan 
Tahmid itu adalah suatu yang sangat wajar kerana kemenangan nerupakan 
kurniaan Ilahi. Kurniaan yang juga meletakkan kita sebagai pemegang amanah 
untuk laksana dakwah dan memelihara agama dan ummatnya.
4. Tatang kemenangan dengan tidak lepas - lepas kita memuji Allah agar 
senantiasa ingat Allah dan syukur kepada Allah agar kita tidak lalai , 
tidak alpa dan tidak melakukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah swt.
5. Pimpin kemenangan dengan jiwa yang merdeka dari rasa bersalah lantaran 
selaput dosa yang tebal . Bebas diri dari hambatan dosa untuk pimpin 
negeri dan rakyat dengan tenang selamanya.
Selamat dari angkuh dan sombong angkara mabuk menang malah selama ini kita 
mungkin pernah kecewa kerana lambatnya menang , tetapi bila sudah mencapai 
kemenangan sebahagiannya terlupa seketika bahawa ini adalah kedudukan yang 
memerlukan kita beristighfar.
Istighfar menyedarkan dan menginsafkan jiwa disaat ia tenggelam dalam 
kegembiraan kerana menang.
Istighfar meletakkan kita senantiasa merasakan diri kita diawasi oleh 
Allah swt dan ia adalah situasi yang cukup positif bagi membantu kita jauh 
dari mungkar dan maksiat . Sia - sialah kalau kita buru kemenangan , 
kejayaan , kebebasan dan kemerdekaan sedang kita masih terikat dengan 
keinginan - keinginan sendiri serta terbeban pula dengan desakan syahwah.
Renungilah bagaimana sikap yang diambil oleh 2 nabi Allah swt. yang pernah 
diberikan kemenangan :
1. Nabi Yusuf Alaihis salam . ( surah Yusuf : 101 )
Tuhanku , sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kepadaku sebahagian 
kerajaan dan Engkau telah mengajarku sebahagian dari ilmu menyingkap 
peristiwa yang berlaku . Wahai Tuhan pencipta Langit dan bumi , Engkau 
adalah pemimpinku di dunia dan di akhirat , wafatkan lah aku sebagai orang 
yang menyerah diri kepadaMu ( muslim ) dan himpunkan aku dikalangan orang 
- orang yang soleh .
2. Sulaiman Alaihis salam. ( surah an Naml : 40 )
Telah berkata orang yang memiliki ilmu mengenai al kitab , aku akan 
membawanya ( mahligai ) kepadamu sebelum matamu berkedip . Maka apabila 
Nabi Sulaiman melihat mahligai itu tersergam dihadapannya , lalu ia 
berkata : Ini adalah sebahagian daripada kurnia TUhanku untuk mengujiku , 
apakah aku bersyukur atau kufur . Dan barangsiapa yang telah bersyukur 
maka sesungguhnya ia bersyukur untuk ( kebaikan ) dirinya sendiri dan 
barangsiapa yang telah ingkar ( kufur ) maka sesungguhnya Tuhanku Maha 
Kaya lagi Maha Mulia.
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 10:06:00 PM

Pasbaru pascapru12 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Ustaz Nasaruddin Hj Hassan menulis dalam blognya. Cuba menafsirkan ayat 
surah Al-Fath dengan kemengangan PAS
ÅÐÇ ÌÇÁ äÕÑ Çááå æ ÇáÝÊÍ æ ÑÃíÊ ÇáäÇÓ íÏÎáæä Ýí Ïíä Çááå ÇÝæÇÌÇ ÝÓÈÍ ÈÍãÏ 
ÑÈß æ ÇÓÊÛÝÑå Åäå ßÇä ÊæÇÈÇ
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan nescaya engkau akan 
menyaksikan manusia berduyun - duyun menyertai agama Allah , maka 
bertasbihlah dengan segala kepujian tuhanmu dan beristighfarlah ( mohon 
ampun kepada Allah ) sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha menerima 
Tau bat .

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/04/blog-post_14.html

===============
Namun penyelewengan tafsir ayat ini telah ditegur oleh seorang Ustaz, 
sebagaimana disebut di bawah;

Nampaknya ada kecelaruan Ustaz dalam memetik ayat Al-Quran surah Al-fath, 
ayat ini menceritakan tentang kemenangan dan al-fath yang dilakukan ke 
atas negeri kufur.

Dan ayat ini menceritakan bahawa bila kemenangan (negeri musuh dibuka) 
orang kafir akan masuk Islam secara berduyun-duyun. Ayat ini tidak boleh 
digunakan untuk kemenangan PAS, atau orang masuk PASa berduyun-duyun.

Cara penafsiran Ustaz tersebut boleh membawa kesesatan dan penyelewengan 
terhadap Al-Quran. 'Kemenangan PAS' sebenarnya bukan kemenangan sebenar. 
Bahkan DAP dan PKR yang non-Muslim tidak masuk Islam berduyun-duyun bahkan 
mereka konsisten melawan konsep Islam.

PAS cuma menang di Kedah dan mengekalkan kerusi di Kelantang sahaja kali 
ini, tidak di Penang atau di Perak, bahkan PAS dan pemimpin PAS masih lagi 
dalam kebuntuan untuk menghapuskan jahiliah. Bahkan di Perak hukum 
jahiliah tetap dilaksanakan dan begitu juga di Kedah.

Nasihat saya PAS tak perlu sombong sangat kali ini, kerana PAS cuma 
memegang kerusi Pakatan yang paling kecil. Masih belum layak nak 
membicarakan surah al-fath dalam kontek itu.

Sekian
Ustaz Ishak
Bekas Anggota PAS
 Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.
 

Kirim email ke