Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu di seluruh dunia
termasuk juga di Malaysia. Hujung minggu yang lalu
kami sekeluarga telah menghabiskan separuh cuti hujung
minggu di Melaka. Bukannya di Negeri Sembilan ini
tiada tempat untuk pelancongan, cuma anak-anak
merasakan promosi semasa membuatkan persepsi orang
ramai Melaka mempunyai lebih banyak tempat menarik
yang sesuai dilawati bersama keluarga. 

Sebelah malamnya kami sekeluarga menaiki bot menyusuri
Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit. Pada
sebelah siangnya kami melawat Bandar Hilir, Menara
Taming Sari, Muzium Samudera, Muzium Tentera Laut dan
Pasar Budaya.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Kompleks Al
Khawarizmi, Masjid Tanah sempena Hari Falak/Astronomi
peringkat negeri Melaka.

Syabas diucapkan kepada sektor pelancongan di negeri
Melaka. Banyak yang perlu dipelajari oleh kerajaan
Negeri Sembilan untuk memajukan sektor pelancongan di
Negeri Sembilan. Antaranya ialah kita boleh lihat
bagaimana beberapa agensi kerajaan di Melaka
bekerjasama untuk memajukan sektor pelancongan di
sana. Seperti kerjasama antara Muzium Samudera dan
Muzium Tentera Laut. Dengan pembelian satu tiket di
Muzium Samudera bolehh digunakan untuk masuk ke Muzium
Tentera Laut.

Begitu juga dengan Majlis Agama Islam Melaka dimana
masjid-masjid lama di sepanjang jalan utama dipelihara
keunikannya serta dipasang bendera Melaka, bendera
Malaysia dan bendera hijau dengan tulisan kalimah
LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH yang saya rasa tidak
terdapat di negeri lain.

Dalam fikiran saya kenapalah kurang promosi
pelancongan di Negeri Sembilan ini sedangkan di Negeri
Sembilan ini tidak kurang juga hebatnya kawasan
bersejarah, kawasan rekreasi yang bukan sahaja orang
luar Negeri Sembilan tidak tahu malah orang dalam
Negeri Sembilan sendiri pun tidak tahu. Mereka selama
ini hanya dimomokkan dengan aktiviti pelancongan di
Port Dickson.

Disebabkan kurangnya promosi pelancongan di Negeri
Sembilan ini maka ada beberapa pihak yang mengambil
inisiatif sendiri untuk mewujukan laman Blog untuk
mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Sembilan
ini seperti http://ziarahn9.blogspot.com 

Adalah diharapkan kerajaan Negeri Sembilan dapat
mencontohi usaha mempromosi produk pelancongan di
Negeri Sembilan ini serta mempertingkatkan
infrastruktur serta kemudahan awam di beberapa tempat
menarik di Negeri Sembilan ini dan tidak tertumpu di
Port Dickson sahaja.

Gambar kami melawat Melaka di
http://waghih.blogspot.com/2008/05/sektor-pelancongan-nsembilan-perlu.html



     
  Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke