*Sila Bawa Kondom Untuk Berzina*
Dilulus terbit pada Monday, June 02 @ 14:00:00 MYT oleh
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10655>
[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1>
Oleh
*Ibrahim Baba*

Agaknya itulah saranan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff, apabila
berucap merayakan Hari Peringatan AIDS Antarabangsa semalam, seperti yang
dilaporkan dalam The Star [1 Jun
2008]<http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/1/nation/21423252&sec=nation>
:

*In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should
carry a condom with her for her own protection, said Deputy Health Minister
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.*

Apakah itu kaedah terbaik untuk mencegah berjangkitnya AIDS kepada kaum
wanita?


Walaupun Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof Adeeba mengatakan ada wanita "*who
contracted HIV were housewives, infected unknowingly by their husbands who
could be drug addicts*", apakah berjuta lagi wanita Melayu lain wajar
membawa kondom juga untuk bersama suaminya kerana tidak pasti samada
suaminya dijangkiti AIDS atau tidak?

Menurut laporan itu lagi, di Malaysia pada tahun lepas, terdapat 3 orang
mati setiap hari akibat penyakit AIDS dan sebahagian besarnya adalah orang
Melayu.

*By ethnicity breakdown, Malays recorded the highest number of HIV sufferers
(58,267 in total), followed by Chinese (11,886), Indians (6,532) and
foreigners (2,722).*

Sebagai pemimpin Melayu, seorang yang duduk dalam pentadbiran tertinggi
Kerajaan, Dr. Latiff sewajarnya tidak melepaskan tangan dan menyerah kepada
NGO.

Beliau dan kerajaan berwajib untuk menimbang kembali polisi dan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan agar tidak menjurus kepada menggalakkan
pergaulan bebas, kerosakan akhlak remaja dan sebagainya.

Kita tidak perlu dilihat jauh. Sambutan yang sepatutnya mengajak rakyat,
terutama kaum remaja memahami erti patriotik dan cintakan negara yang
merdeka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sememangnya melalaikan
anak-anak muda dan menggalakkan kerosakan akhlak dengan pergaulan bebas.

Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat permasalahan ini dari akar
umbinya. Bukan sekadar cuba membaiki gejala yang menular akibat polisi dan
usaha yang tidak bersungguh dalam menyelesaikan punca timbulnya gejala ini.

IB mengatakan kerajaan tidak serius dalam hal ini. Para pemimpin Melayu amat
tidak serius untuk menyelesaikan masalah ini.

Kita bandingkan dalam senario yang berbeza. Apabila sebahagian besar
pengundi muda Melayu menolak UMNO dalam PRU1999, kerajaan telah melakukan
pelbagai program untuk memastikan bakal pengundi baru tidak lagi melakukan
perkara yang sama pada PRU1999. Hampir seluruh jentera telah dikerahkan,
terutamanya di IPTA untuk mengengkang pengaruh "pembangkang" dari "masuk" ke
kampus. Segala usaha ke arah kebaikan dihalang dan mahasiswa dilalaikan
dengan sogokan yang melesukan aktiviti kemahasiswaan dari berfikiran matang.

Tidak cukup dengan itu, usaha-usaha lain dilambakkan dalam masyarakat bagi
memastikan rakyat terutama muda-mudi diasyikkan dengan timbunan aktiviti
yang melalaikan. Baik di media mahupun dalam program-program hiburan disusun
dengan himpunan ribuan orang Melayu tanpa mengira lagi pergaulan bebas serta
melalai terus waktu solat.

Akibat dari semua ini kita lihat perubahan ketara dalam PRU2004. Akibat yang
amat ketara ialah juga gerakan serta aktiviti berbentuk keislaman lesu di
kampus-kampus. Mahasiswa pada umunnya tidak lagi berfikiran serius. Mereka
tidak lagi peka dengan nasib masyarakat - jauh lagi dari membela serta
memperjuangkan nasib orang Melayu.

Hingga ada pemimpin tertinggi parti Melayu mengatakan orang Melayu "Haprak"
pun ditepuk dengan gemuruh seluruh yang hadir.

Sekian, IB

...
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/06/01/sila-bawa-kondom-untuk-berzina/


-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Reply via email to