suggestion
   
  1- selalu lah check darah sekurang kurangnya sekali setahun.
  2- pemakaian condom bukan untuk mengelakan dari mengandong saja. tapi juga 
memberi sex yang sihat.
  3- mewajibkan pemakaian kondom samada antara suami isteri atau lain lain 
jenis hubungan.
   
  sila tambah jika ada idea lain.
   
  Iman
o.com, [EMAIL PROTECTED] wrote:
                  Msalahnya biler Mufti Perak suruh asingkan org ada AIDS kat 
pulau orang xnak dengar.Nilah jadinya biler nasihat ahli2 agama tak mahu diguna 
pakai.

--- On Fri, 6/6/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
  From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Sila Bawa Kondom Untuk Berzina
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Friday, 6 June, 2008, 11:45 PM

        jangan komplain jer, sila berikan cadangan apa aktiviti keislaman yang 
tuan maksudkan supaya di uruskan sebaiknya. 
   
  jika setakat nasyid berkumpulan, berzanji, syarahan ugama, memang lah sah 
lesu macam biskut masuk angin....
   
  iman

"Topeng Perak"@yahoo. com wrote:
      
Sila Bawa Kondom Untuk Berzina
Dilulus terbit pada Monday, June 02 @ 14:00:00 MYT oleh SongkokPutih 
 Oleh Ibrahim Baba

  Agaknya itulah saranan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff, apabila 
berucap merayakan Hari Peringatan AIDS Antarabangsa semalam, seperti yang 
dilaporkan dalam The Star [1 Jun 2008]:
    In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should 
carry a condom with her for her own protection, said Deputy Health Minister 
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
  Apakah itu kaedah terbaik untuk mencegah berjangkitnya AIDS kepada kaum 
wanita?


  Walaupun Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof Adeeba mengatakan ada wanita 
"who contracted HIV were housewives, infected unknowingly by their husbands who 
could be drug addicts", apakah berjuta lagi wanita Melayu lain wajar membawa 
kondom juga untuk bersama suaminya kerana tidak pasti samada suaminya 
dijangkiti AIDS atau tidak?
  Menurut laporan itu lagi, di Malaysia pada tahun lepas, terdapat 3 orang mati 
setiap hari akibat penyakit AIDS dan sebahagian besarnya adalah orang Melayu.
    By ethnicity breakdown, Malays recorded the highest number of HIV sufferers 
(58,267 in total), followed by Chinese (11,886), Indians (6,532) and foreigners 
(2,722).
  Sebagai pemimpin Melayu, seorang yang duduk dalam pentadbiran tertinggi 
Kerajaan, Dr. Latiff sewajarnya tidak melepaskan tangan dan menyerah kepada NGO.
  Beliau dan kerajaan berwajib untuk menimbang kembali polisi dan 
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan agar tidak menjurus kepada menggalakkan 
pergaulan bebas, kerosakan akhlak remaja dan sebagainya.
  Kita tidak perlu dilihat jauh. Sambutan yang sepatutnya mengajak rakyat, 
terutama kaum remaja memahami erti patriotik dan cintakan negara yang merdeka 
dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sememangnya melalaikan anak-anak muda 
dan menggalakkan kerosakan akhlak dengan pergaulan bebas.
  Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat permasalahan ini dari akar 
umbinya. Bukan sekadar cuba membaiki gejala yang menular akibat polisi dan 
usaha yang tidak bersungguh dalam menyelesaikan punca timbulnya gejala ini.
  IB mengatakan kerajaan tidak serius dalam hal ini. Para pemimpin Melayu amat 
tidak serius untuk menyelesaikan masalah ini.
  Kita bandingkan dalam senario yang berbeza. Apabila sebahagian besar pengundi 
muda Melayu menolak UMNO dalam PRU1999, kerajaan telah melakukan pelbagai 
program untuk memastikan bakal pengundi baru tidak lagi melakukan perkara yang 
sama pada PRU1999. Hampir seluruh jentera telah dikerahkan, terutamanya di IPTA 
untuk mengengkang pengaruh "pembangkang" dari "masuk" ke kampus. Segala usaha 
ke arah kebaikan dihalang dan mahasiswa dilalaikan dengan sogokan yang 
melesukan aktiviti kemahasiswaan dari berfikiran matang.
  Tidak cukup dengan itu, usaha-usaha lain dilambakkan dalam masyarakat bagi 
memastikan rakyat terutama muda-mudi diasyikkan dengan timbunan aktiviti yang 
melalaikan. Baik di media mahupun dalam program-program hiburan disusun dengan 
himpunan ribuan orang Melayu tanpa mengira lagi pergaulan bebas serta melalai 
terus waktu solat.
  Akibat dari semua ini kita lihat perubahan ketara dalam PRU2004. Akibat yang 
amat ketara ialah juga gerakan serta aktiviti berbentuk keislaman lesu di 
kampus-kampus. Mahasiswa pada umunnya tidak lagi berfikiran serius. Mereka 
tidak lagi peka dengan nasib masyarakat - jauh lagi dari membela serta 
memperjuangkan nasib orang Melayu.
  Hingga ada pemimpin tertinggi parti Melayu mengatakan orang Melayu "Haprak" 
pun ditepuk dengan gemuruh seluruh yang hadir.
  Sekian, IB

...
http://ibrahimbaba. wordpress. com/2008/ 06/01/sila- bawa-kondom- untuk-berzina/


-- 
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakya t.blogspot. com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa 
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab 
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu 
telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).   



    
---------------------------------
  Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.   



Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

                           

       
---------------------------------
 Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.  Muat turunnya sekarang.

Reply via email to