Oleh Bernama Sabtu, 12 Julai 2008 *KB: *Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan kerajaan pusat melaksanakan sistem pembelajaran satu sekolah dengan menjadikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai model.
Beliau berkata sekolah terbabit dibolehkan mengajar semua bahasa termasuk Cina, Tamil, India dan Orang Asli dan tidak terikat kepada Bahasa Inggeris sahaja atau Bahasa Malaysia semata-mata. "Kalau boleh dedahkan kepada rakyat kita dengan pelbagai bahasa kalau tidak melibatkan semua pelajar, pilih murid yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru dan anugerah kecemerlangan Maahad Pengajian Islam di sini, Sabtu. Nik Aziz berkata cara demikian boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam di samping menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat tanpa terikat kepada mana-mana kaum sahaja. "Dengan cara itu dapat kita menangkis tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam," katanya. Beliau berkata untuk memulakan sistem itu, terserah kepada pihak pengurusan iaitu kerajaan pusat untuk menentukan peringkat tertentu pelajar terlibat dengan sistem yang dicadangkan. -- Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat<http://perisik-rakyat.blogspot.com/2008/07/sekolah-cadangan-nik-aziz.html>at 7/12/2008 11:43:00 PM -- * Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!* Visit My Blog : http://perisik-rakyat.blogspot.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).