<http://bp2.blogger.com/_1dU-VTzE-Lo/SIdp5fPo65I/AAAAAAAAAMM/W2OV1ABzScY/s400/dato-onn-jaafar.jpg>Ada
dua manusia yang menjadi pengkhianat negara sebelum merdeka. Manusia pertama
- Lai Te, setiausaha agung PKM sebelum Chin Peng. Lai Te telah membatalkan
rancangan kemerdekaan selepas sahaja fasis Jepun menyerah diri, dengan
mengatakan British sudah mendarat. Kalau tak, kita sudah merdeka sama dengan
dengan Indonesia merdeka, iaitu pada Ogos 1945. Akhirnya, Lai Te menerima
hukuman yang setimpal dengan pengkhianatan yang dilakukannya.

Seorang lagi manusia pengkhianat negara ialah Dato' Sir Onn Bin Jaafar. Pada
zaman pendudukan fasis Jepun, manusia Onn Bin Jaafar ni menyertai KRIS
(Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) yang ditubuhkan selepas KMM
(Kesatuan Melayu Muda) diharamkan oleh fasis Jepun ni. Kemudian, selepas
saja fasis Jepun menyerah kalah, Onn Bin Jaafar ni keluar dari KRIS dan
mengutuk perjuangan kemerdekaan ni. Onn Bin Jaafar ni tidak yakin bahawa
bangsa Melayu ni boleh memerintah negara sendiri. Bangsa Melayu hanya boleh
hidup di bawah ketiak British. Onn Bin Jaafar ni boleh cakap "di bawah
pemerintahan British, orang Melayu boleh makan daging, tetapi jika merdeka
orang Melayu harus makan ubi kayu" (menurut memoir Abdullah CD bahagian
kedua). Onn Bin Jaafar ni juga memperlekeh perjuangan kemerdekaan yang
dibawa oleh gerakan-gerakan lain seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Malaya) dan apalagi PKM (Parti Komunis Malaya). Katanya lagi, "macam mana
kita nak lawan British, diorang ada kapal selam, askar, senapang cukup
lengkap. Kita ada apa?".

Akan tetapi, dengan semangat jiwa merdeka, PKMM dan gerakan-gerakan kiri
yang lain seperti API, AWAS, SEDAR dan HIZBUL MUSLIMIN serta BTM telah
berpadugabung menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan bekerjasama pula
dengan gabungan gerakan kiri dari bukan Melayu - AMCJA (All-Malaya Council
of Joint Action). Gabungan ini dengan membawa slogan MERDEKA telah
merencanakan sebuah perlembagaan yang diberi nama yang sangat sedap -
PERLEMBAGAAN
RAKYAT. Kalau tak, kita dah merdeka dah pada tahun 1947. Dah dua kali dah
kita tertangguh kemerdekaan. Pada waktu ketika inilah, Onn Bin Jaafar ni
yang membantah perjuangan kemerdekaan ni, yang telah menubuhkan UMNO pada 11
Mei 1046 ni, telah memecahbelahkan bangsa Melayu dengan membawa slogan HIDUP
MELAYU (sebenarnya slogan ni panjang lagi - HIDUP MELAYU DITENTUKAN OLEH
BRITISH).

Semasa PERLEMBAGAAN RAKYAT ni diumumkan, Onn Bin Jaafar ni telah berpakat
dengan Raja-raja Melayu (jadi Rajalinggam jangan harap nak masuk buku), dan
Onn Bin Jaafar ni juga berpakat dengan British untuk mewujudkan sebuah
Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Dan sejak
itu, British mengharamkan parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan lain
kecuali UMNO. Maka, mereka yang diharamkan oleh majlis fatwa British ni pun
terus memegang slogan (orang kita ni dengan slogan tak boleh dipisahkan) 'AYUH
PULANG KE KAMPUNG, KITA BERGERILLA'! Maka, darurat pertama Malaya 1948
bermula dan bermulalah juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh kerana gerakan-gerakan yang memperjuangkan merdeka ni diharamkan, mana
yang tak nak masuk hutan tu, dia join UMNO. Oleh kerana semangat mereka
masih membara, maka UMNO dengan tak malunya menukar slogan mereka kepada
MERDEKA.

Di sini, aku bukan nak buka kelas sejarah Malaya. Tapi aku nak ceritakan
bahawa Onn Bin Jaafar dan UMNO sebenarnya bukanlah pejuang kemerdekaan tulen
dan Malaya sebenarnya masih belum merdeka! Darurat bermula 1948 dan berakhir
pada 1960. Tetapi kita merdeka 1957. Apa ertinya kemerdekaan ni kalau kita
masih lagi dalam darurat? Apa yang merdekanya? Merdeka bermakna kita bebas
segala-galanya. Tak ada lagi belenggu sama ada belenggu jasmani mahupun
rohani! Bila dilihat kembali perangai UMNO yang diperkenalkan oleh manusia
yang bernama Onn Bin Jaafar ni, UMNO sehingga ke hari ini tidak pernah
menjaga kepentingan dan membela rakyat. Sebaliknya mereka menjaga kantung
dan usus mereka yang terdiri dari kerabat di-raja dan golongan bangsawan
(Bangsawan Bintang Timur tak masuk buku ha.. kalau tak, Rahman B dah ada
istana kat Bukit Tunku dah...).

Kebudayaan yang dibawa UMNO, yang wujud hari ini bukanlah kebudayaan rakyat.
Sebaliknya kebudayaan feudal. Rakyat umum tidak memakai songket. Gamelan
bukan muzik rakyat. Berpantun juga bukan gaya rakyat. KERIS bukan senjata
rakyat! Senjata rakyat ialah cangkul, kapak dan parang. Nak kata raja
merakyat lalu terbuka hati untuk berkongsi kebudayaan dengan rakyat, adakah
rakyat boleh menerima kebudayaan istana ini sedangkan jiwa rakyat bukan di
istana! Jiwa rakyat di ladang-ladang. Rakyat ada lagu sendiri, ada tarian
sendiri yang tak mementingkan aksesori dengan kilauan emas.

Malah bukan sahaja kebudayaan yang jadi mangsa. Pendidikan dan perubatan
juga sama. Rakyat tidak diberi pelajaran secara ilmiah di bawah hegemoni
UMNO ni. Lebih-lebih lagi sekarang ni. Pendidikan sastera lebih malang.
Dahlah sekarang ni zaman internet dan bahasa Melayu sudah dirosakkan. Boleh
pulak cucu kepada pengkhianat negara ni yang jadi menteri pelajaran ni bawa
karya Ahadiat Akashah sebagai rujukan sastera di sekolah? Tak payah tengok
tu, tengok saja Kamus Dewan. DBP tak pernah membantu rakyat membaca
sebenarnya. Buku-buki yang diterbitkan dicetak di atas kertas mahal. Jadi,
buku-buki dan kamus terutamanya berharga mahal nak mampus! Tak macam Oxford
yang ada cetakan yang dibuat atas 'paperback' dan harganya lebih murah!
Perubatan jangan cerita lah. Kita sekarang ni kalau tak ada insurans, jangan
harap nak dapat masuk hospital yang ubatnya bagus.

Jadi, Onn Bin Jaafar dan UMNO adalah peniru genius rakyat. Sebab tu, kita
tak ada lagu negara original dan bendera bukan dari warna bumi kita.
Dan ISAmasih diteruskan sebab
UMNO bukanlah kerajaan yang berdikari tetapi atas nama lain Malaya masih
lagi di bawah British. Kes ni samalah dengan Melayu nak buka pub tapi
undang-undang tak benarkan Islam menjual arak. Lalu Melayu ni guna nama Cina
sebagai lesen...

Korang ni, faham ke tak ni? Kalau tak faham, korang ni memang UMNO lah!

*** UMNO di atas bermaksud bodoh. Hehehehe, jangan marah ye...
-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke