Assalamualaikum,
 
Rilekslah, sekadar tatapan dan sisipan sejarah je untuk pengetahuan umum, mana 
yang betul ikut yang tak betul tinggalkan, insyaallah.

--- On Sun, 8/10/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: Sudah-sudahlah tu topeng perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, August 10, 2008, 10:48 AM











Assalamualaikum,
 
Sudah-sudahlah tu topeng perak. Kalau awak orang Melayu Islam, cari perpaduan, 
bukan teruskan perpecahan. Mana orang tak ada buat silap? Semua manusia buat 
silap. Kita bukan bangsa UMNO, PAS atau Keadilan. Nabi pun ada silap. Cuma Nabi 
tak ada dosa sebab maksum.
 
Bukan semua orang Melayu yang berjuang dalam UMNO itu tak baik. Ada juga yang 
baik. Macam itu juga PAS atau Keadilan. Kalau ada salah orang-orang dulu, 
jadikan pengajaran, bukannya itu dijadikan kutukan.
 
Kalau dah tahu, generasi dulu buat silap, ubahlah. Janganlah teruskan kesilapan 
orang-orang dulu. Berjuang berjuang jugak, pendekatan hikmah dalam 
perjuangan kena ada. Kalau tak, takkanlah Allah perintahkan Nabi Musa a.s. 
cakap elok-elok dengan Firaun, mudah-mudahan Firaun dapat hidayah. Sedangkan, 
Firaun buat dosa yang paling besar, mengaku dirinya Tuhan! Dengan orang yang 
bukan saja syirik, tapi mengaku Tuhan pun Allah suruh cakap elok-elok. Inikan 
pula pada umat Islam yang berdosa.
 
Cuba baca buku Dr. Yusuf Qardawi tajuk dia Fiqh Ikhtilaf.
 
Wassalam.
 
 
 
 
 


--- On Wed, 8/6/08, Topeng [EMAIL PROTECTED] com <Topeng [EMAIL PROTECTED] com> 
wrote:

From: Topeng [EMAIL PROTECTED] com <Topeng [EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pengkhianat negara! - Sempena Bulan 
Kemerdekaan.
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Wednesday, August 6, 2008, 9:03 AM





Ada dua manusia yang menjadi pengkhianat negara sebelum merdeka. Manusia 
pertama - Lai Te, setiausaha agung PKM sebelum Chin Peng. Lai Te telah 
membatalkan rancangan kemerdekaan selepas sahaja fasis Jepun menyerah diri, 
dengan mengatakan British sudah mendarat. Kalau tak, kita sudah merdeka sama 
dengan dengan Indonesia merdeka, iaitu pada Ogos 1945. Akhirnya, Lai Te 
menerima hukuman yang setimpal dengan pengkhianatan yang dilakukannya.


Seorang lagi manusia pengkhianat negara ialah Dato' Sir Onn Bin Jaafar. Pada 
zaman pendudukan fasis Jepun, manusia Onn Bin Jaafar ni menyertai KRIS 
(Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) yang ditubuhkan selepas KMM (Kesatuan 
Melayu Muda) diharamkan oleh fasis Jepun ni. Kemudian, selepas saja fasis Jepun 
menyerah kalah, Onn Bin Jaafar ni keluar dari KRIS dan mengutuk perjuangan 
kemerdekaan ni. Onn Bin Jaafar ni tidak yakin bahawa bangsa Melayu ni boleh 
memerintah negara sendiri. Bangsa Melayu hanya boleh hidup di bawah ketiak 
British. Onn Bin Jaafar ni boleh cakap "di bawah pemerintahan British, orang 
Melayu boleh makan daging, tetapi jika merdeka orang Melayu harus makan ubi 
kayu" (menurut memoir Abdullah CD bahagian kedua). Onn Bin Jaafar ni juga 
memperlekeh perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh gerakan-gerakan lain 
seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya) dan apalagi PKM (Parti 
Komunis Malaya). Katanya lagi, "macam mana kita nak lawan
 British, diorang ada kapal selam, askar, senapang cukup lengkap. Kita ada 
apa?".

Akan tetapi, dengan semangat jiwa merdeka, PKMM dan gerakan-gerakan kiri yang 
lain seperti API, AWAS, SEDAR dan HIZBUL MUSLIMIN serta BTM telah berpadugabung 
menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan bekerjasama pula dengan gabungan 
gerakan kiri dari bukan Melayu - AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action). 
Gabungan ini dengan membawa slogan MERDEKA telah merencanakan sebuah 
perlembagaan yang diberi nama yang sangat sedap - PERLEMBAGAAN RAKYAT. Kalau 
tak, kita dah merdeka dah pada tahun 1947. Dah dua kali dah kita tertangguh 
kemerdekaan. Pada waktu ketika inilah, Onn Bin Jaafar ni yang membantah 
perjuangan kemerdekaan ni, yang telah menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1046 ni, 
telah memecahbelahkan bangsa Melayu dengan membawa slogan HIDUP MELAYU 
(sebenarnya slogan ni panjang lagi - HIDUP MELAYU DITENTUKAN OLEH BRITISH).

Semasa PERLEMBAGAAN RAKYAT ni diumumkan, Onn Bin Jaafar ni telah berpakat 
dengan Raja-raja Melayu (jadi Rajalinggam jangan harap nak masuk buku), dan Onn 
Bin Jaafar ni juga berpakat dengan British untuk mewujudkan sebuah Persekutuan 
Tanah Melayu dengan membawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Dan sejak itu, British 
mengharamkan parti-parti atau pertubuhan-pertubuh an lain kecuali UMNO. Maka, 
mereka yang diharamkan oleh majlis fatwa British ni pun terus memegang slogan 
(orang kita ni dengan slogan tak boleh dipisahkan) 'AYUH PULANG KE KAMPUNG, 
KITA BERGERILLA'! Maka, darurat pertama Malaya 1948 bermula dan bermulalah juga 
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh kerana gerakan-gerakan yang memperjuangkan merdeka ni diharamkan, mana 
yang tak nak masuk hutan tu, dia join UMNO. Oleh kerana semangat mereka masih 
membara, maka UMNO dengan tak malunya menukar slogan mereka kepada MERDEKA.

Di sini, aku bukan nak buka kelas sejarah Malaya. Tapi aku nak ceritakan bahawa 
Onn Bin Jaafar dan UMNO sebenarnya bukanlah pejuang kemerdekaan tulen dan 
Malaya sebenarnya masih belum merdeka! Darurat bermula 1948 dan berakhir pada 
1960. Tetapi kita merdeka 1957. Apa ertinya kemerdekaan ni kalau kita masih 
lagi dalam darurat? Apa yang merdekanya? Merdeka bermakna kita bebas 
segala-galanya. Tak ada lagi belenggu sama ada belenggu jasmani mahupun rohani! 
Bila dilihat kembali perangai UMNO yang diperkenalkan oleh manusia yang bernama 
Onn Bin Jaafar ni, UMNO sehingga ke hari ini tidak pernah menjaga kepentingan 
dan membela rakyat. Sebaliknya mereka menjaga kantung dan usus mereka yang 
terdiri dari kerabat di-raja dan golongan bangsawan (Bangsawan Bintang Timur 
tak masuk buku ha.. kalau tak, Rahman B dah ada istana kat Bukit Tunku dah...).

Kebudayaan yang dibawa UMNO, yang wujud hari ini bukanlah kebudayaan rakyat. 
Sebaliknya kebudayaan feudal. Rakyat umum tidak memakai songket. Gamelan bukan 
muzik rakyat. Berpantun juga bukan gaya rakyat. KERIS bukan senjata rakyat! 
Senjata rakyat ialah cangkul, kapak dan parang. Nak kata raja merakyat lalu 
terbuka hati untuk berkongsi kebudayaan dengan rakyat, adakah rakyat boleh 
menerima kebudayaan istana ini sedangkan jiwa rakyat bukan di istana! Jiwa 
rakyat di ladang-ladang. Rakyat ada lagu sendiri, ada tarian sendiri yang tak 
mementingkan aksesori dengan kilauan emas.

Malah bukan sahaja kebudayaan yang jadi mangsa. Pendidikan dan perubatan juga 
sama. Rakyat tidak diberi pelajaran secara ilmiah di bawah hegemoni UMNO ni. 
Lebih-lebih lagi sekarang ni. Pendidikan sastera lebih malang. Dahlah sekarang 
ni zaman internet dan bahasa Melayu sudah dirosakkan. Boleh pulak cucu kepada 
pengkhianat negara ni yang jadi menteri pelajaran ni bawa karya Ahadiat Akashah 
sebagai rujukan sastera di sekolah? Tak payah tengok tu, tengok saja Kamus 
Dewan. DBP tak pernah membantu rakyat membaca sebenarnya. Buku-buki yang 
diterbitkan dicetak di atas kertas mahal. Jadi, buku-buki dan kamus terutamanya 
berharga mahal nak mampus! Tak macam Oxford yang ada cetakan yang dibuat atas 
'paperback' dan harganya lebih murah! Perubatan jangan cerita lah. Kita 
sekarang ni kalau tak ada insurans, jangan harap nak dapat masuk hospital yang 
ubatnya bagus.

Jadi, Onn Bin Jaafar dan UMNO adalah peniru genius rakyat. Sebab tu, kita tak 
ada lagu negara original dan bendera bukan dari warna bumi kita. Dan ISA masih 
diteruskan sebab UMNO bukanlah kerajaan yang berdikari tetapi atas nama lain 
Malaya masih lagi di bawah British. Kes ni samalah dengan Melayu nak buka pub 
tapi undang-undang tak benarkan Islam menjual arak. Lalu Melayu ni guna nama 
Cina sebagai lesen...

Korang ni, faham ke tak ni? Kalau tak faham, korang ni memang UMNO lah!

*** UMNO di atas bermaksud bodoh. Hehehehe, jangan marah ye...
--
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik- rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa 
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab 
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu 
telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).
















      

Kirim email ke