--- On Fri, 8/15/08, Shania Opal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Subject: IN THE NEWS : Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar
Date: Friday, August 15, 2008, 4:28 PM





Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar
15-08-2008 09:36:42 PM
Oleh ZIEMAN | mStar Online

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut 
dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau 
menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat 
besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, 
kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak 
tergambar oleh dirinya sendiri," tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri 'Seminar Tajdid' di USM, Kota 
Bharu berkata, "Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan 
samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan 
terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan."

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh 
menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan 
mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam 
keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya 
lagi.

Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk 
menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri 
Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. 
Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, 
Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang 
benar, siapa yang salah."


Kirim email ke