*Salam, *
*Syukur-alhamdulillah.*
*Atas usaha Pisang menolong Sufiah kembali*
*kepangkal jalan. Walau pun pada peringkat awal*
*ada pehak-pehak dan individu yang membantah *
*usaha ini kononnya satu pembaziran. Didoakan*
*muga ALLAH mempermudahkan jalan hidup Sufiah*
*dan untuk kita semua.
*
On Wed, Dec 3, 2008 at 6:01 AM, malaysia news <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>    Sufiah kerja amalOleh Helmy Abd Rahman
> [EMAIL PROTECTED]
>
>
> KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti
> Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.
>
> Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong
> dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi
> Harian Metro, semalam.
>
> Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi
> pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut
> mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.
>
> "Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal.
> Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas
> Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.
>
> "Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan
> mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia
> berada," katanya.
>
> Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac
> lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu
> menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling
> (RM845) bagi satu sesi.
>
> Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di
> laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan
> baju-T.
>
> Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar
> untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus
> separuh masa selama dua tahun di London.
>
> Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan
> terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.
>
> Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya
> untuk membayar sewa.
>
> Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah
> tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia
> bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang
> begitu berprestij.
>
> Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal
> dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis
> berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.
>
> Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan
> gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.
>
> "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu
> keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).
>
> "Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan
> Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan
> kepada Allah," katanya.
>
> Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam
> mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.
>
> Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk
> bertemu Sufiah.
>
>

Kirim email ke