Askum

CD yang saya beli tu didepan tertulis :

    Ayat-ayat Ruqyah Syariah PENGUSIR & PEMBAKAR JIN
    Ijazah & Keizinan - Syeikh Wahid Abdus Salam Bali (Mesir)
                Kepada
    Qari : Syeikh Mohammad Syahatah (Arab Saudi)

Harga : RM15.00

Terbitan & Edaran :      RAHFA ENTERPRISE
35-1B, Jalan Pandan 3/10
Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur

Tel :    03-9283 2875

Email :    ui...@yahoo.com  or rahfaenterpr...@yahoo.com

Terima kasih.

Puan Aiza




________________________________
Daripada: "rozaimy baharud...@yahoo.com" <rozaimy baharud...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Jumaat, 12 Disember, 2008 11:26:14
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] AYAT PEMBAKAR JIN


download aje dlm website saya, letak dlm hp....

ambil yg kecil aje http://www.komputer .com.my/cvt. htm
iaitu ruqyah 12.6MB


2008/12/11 <"Nur Insyira">

Salam Puan Aiza,
Minta bantuan bagaimana untuk  saya dapatkan CD bacaan Ayat Pembakar Jin tu.
 
Atau boleh hubungi saya
Nur (HP : 013-7474602)  email : hamidi_insyira@ yahoo.com. my
 

________________________________

From:hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayah...@yahoogro ups.com] On Behalf 
Of Ruhaiza.Mohd. sap...@returns. groups.yahoo. com
Sent: Tuesday, December 09, 2008 1:12 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] AYAT PEMBAKAR JIN
 
Mengikut pengalaman saya sendiri, kalau gangguan yang kuat setakat baca surah 
yasin dan ayatul qursi tak akan berhasil.  Setiap hari saya dan anak-anak 
memang baca quran dan tu memang dah jadi amalan kami selama beberapa tahun.  
Lagi banyak kami baca lagi kuat gangguannya.  Bacaan kami bukan setakat baca 
ala kadar tapi cukup dengan tajwid dan makhraj yang terpelihara (inyaAllah). 
 
Suatu malam ketika anak perempuan saya sedang baca al quran, dia nampak saya 
buka pintu bilik dan suruh dia baca cepat sikit supaya boleh cepat tidur.  Dia 
betul-betul ingat saya yang suruh dia cepat tapi sebenarnya bukan saya sebab 
waktu tu saya di bilik depan.  Anak saya juga pernah dikunci di dalam bilik 
sewaktu solat subuh.  Pintu tak boleh dibuka walaupun menggunakan kunci, jadi 
terpaksa pecahkan pintu.  Anak saya pernah menyanyi sewaktu sedang cuci pinggan 
dan terdengar suara menyanyi bersama dia.  Bagus juga Jin tu sebab anak saya 
nyanyi lagu Inggeris dan jin tu boleh ikut lagu Inggeris juga.
 
Anak lelaki saya pernah sampai lewat ke rumah selepas tiusyen iaitu waktu 
maghrib.  Lepas mandi seperti biasa dia akan azan dan solat maghrib.  Lepas 
solat dia menangis sebab tak tahan sebab seluruh badan dan muka penuh dengan 
bintik-bintik merah dan gatal dan mula membengkak.  Sebelum tu saya pernah 
jumpa Ustaz minta air untuk mandi yang telah di baca dengan ayat-ayat quran dan 
doa, saya suruh dia mandi sekali lagi kemudian sapu dengan krim gatal yang 
memang ada dalam simpanan.  Setengah jam kemudian gatal pun hilang walau pun 
muka tetap bengkak hingga keesokan hari.
 
Setakat suara memanggil memang dah selalu sangat kami dengar.  Waktu cuti 
anak-anak saya memang suka tidur lewat sebab suka catting dengan kawan-kawan.  
Mereka selalu dengar suara orang berbual-bual dan suara kanak-kanak bermain di 
depan rumah sambil ketawa menjerit-jerit waktu lewat tengah malam hingga pagi.  
Bila ditinjau di luar tak de sesiapa pun tapi pun suara-suara tu masih 
kedengaran.
 
Saya dan anak-anak pernah beberapa kali baca surah Al Fatihah (1x), Ayat 4 Qul 
(7x), Ayat Qursi (7x) dan Yasin (7x) pada seperiuk air.  Kemudian air tu saya 
spray keseluruh kawasan luar dan dalam rumah.  Sewaktu saya spray, anak-anak 
saya nampak macam-macam seperti ada orang perempuan berambut panjang dan 
berbaju putih duduk di sit belakang kereta sedangkan saya tak nampak apa-apa 
pun.  Setiap kali spay anak-anak saya akan ketakutan.  Tapi hasilnnya, senyap 
sunyi rumah saya selama beberapa minggu selepas baca ayat-ayat di atas selama 3 
malam berturut-turut. 
 
Saya juga pernah berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang mengamalkan 
perubatan menghalau gangguan dari benda halus ni tapi hasilnya tak kekal lama.
 
Sebenarnya saya dah penat dengan gangguan ni dan terpaksa redha dengan dugaan 
yang saya hadapi tapi kesian dengan anak-anak yang sentiasa ketakutan setiap 
hari.  Gangguan ni bukan hanya di waktu malam tapi juga disiang hari.
 
Beberapa bulan yang lalu saya telah menghadir bengkel sehari perubatan secara 
Islam dan gangguan saka.  Selepas bengkel ustaz tersebut telah memperkenalkan 
Ayat Pembakar Jin yang saya rasa mungkin susah kita amalkan kerana telalu 
panjang, iaitu termasuk beberapa surah, azan dan doa-doa syifa'.  Saya telah 
ceritakan tentang gangguan di rumah saya tu dan Ustaz tu minta saya datang 
berjumpa dengan beliau kemudian. Saya telah membeli satu CD bacaan Ayat 
Pembakar Jin ni yang dibaca oleh seorang Ustaz dari Mesir iaitu seorang 
pengamal perubatan Islam yang terkenal.  Pada anggapan saya, bacaan melalui CD 
mungkin tidak mujarab. 
 
Suatu hari sebab tak tahan dengar terlalu kuat bunyi seperti orang sedang 
bergumpal di atas bumbung rumah, saya telah tutup tv dan hanya perdengarkan 
bacaan CD tu saja sehingga pagi.  Alhamdulillah, hilang semua bunyi dan 
suara-suara yang tiap malam kami dengar.  Kadang-kadang ada berbau bangkai, 
setanggi (bau orang India sembahyang) dan bau kemenyan di dalam rumah saya juga 
hilang bau tu.
 
Setiap kali saya nak pasang CD tu, saya akan terasa seperti ada ramai ...... 
berkumpul di belakang saya.  Seperti kata orang tua-tua "Jangan Pandang 
Belakang" jadi saya memang tak pernah pandang belakang walau apa pun saya rasa 
seperti ada orang di belakang.  Hingga sekarang saya masih amalkan pasang CD 
bacaan Ayat Pembakar Jin tu.
 
Cerita saya di atas bukanlah rekaan tapi pengalaman saya sendiri selama tinggal 
di rumah saya sekarang selama 17 tahun. 
 
Puan Aiza.
 
 
 
 
 

 
 

________________________________

Daripada:"ros...@yahoo. com" <ros...@yahoo. com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Selasa, 2 Disember, 2008 9:25:31
Subjek: RE: Help Palestine [hidayahnet] AYAT PEMBAKAR JIN
Apa yang pernah disampaikan kepada saya melalui kuliah
di surau, antara kaedah kita membaca ayat qursi adalah
samada dengan berhenti bacaan (waqaf) pada 9 tempat,
atau boleh juga dengan waqaf 7 tempat pada ayat qursi tersebut.
Dan jika gangguan itu terlalu keras, maka bolehlah dibaca
surah yaasin bagi menghalang gangguan tersebut.

Rosham

------------ --------- --------- --------
> Ya betui ayat Qursi sila amalkan dengan membacanya setiap hari di waktu
> pagi dan petang..insyallah Allah maha mengetahui akan kelemahan makluk
> ciptaannya..
>
> ____________ _________ _________ __
>
> From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayah...@yahoogro ups.com] On
> Behalf Of Siti.Asmah.Bt. Ahmad.Hamdan@ returns.groups. yahoo.com
> Sent: Friday, November 21, 2008 10:58 AM
> To: Ikhwanul Muslimun
> Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] AYAT PEMBAKAR JIN
>
>
>
> Ayat Qursi
>
> -----Original Message-----
> From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayah...@yahoogro ups.com] On
> Behalf Of Haron,Wahidah
> Sent: Wednesday, November 19, 2008 12:09 PM
> To: Ikhwanul Muslimun
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] AYAT PEMBAKAR JIN
>
> Assalamualaikum,
>
> Di sini saya ingin memohon pertolongan kepada sesiapa yang menonton
> Programme TV Oasis ai itu AR-RAYAN yang bertajuk SIHIR.
>
> Di dalam episode Sihir DR FATMA ada memberi ayat untuk PEMBAKAR JIN.
> Saya tak sempat nak dengar sepenuh nya. Bolih sesiap yang tahu AYAT itu
> atau ada yang menonton dan dapat menyalinnya bolih tak emailkan kepada
> saya.
>
> Terima Kasih banyak banyak kepada saya yang dapat membantu.
>
> Saya yang inginkan bantuan
>
>
>
> The information contained in this email and any attachments may be
> confidential and is provided solely for the use of the intended
> recipient(s) . If you are not the intended recipient, you are hereby
> notified that any disclosure, distribution, or use of this e-mail, its
> attachments or any information contained therein is unauthorized and
> prohibited. If you have received this in error, please contact the
> sender immediately and delete this e-mail and any attachments.
>
> No responsibility is accepted for any!
> virus or defect that might arise from opening this e-mail or
> attachments, whether or not it has been checked by anti-virus software.
>
>
>
>
> DISCLAIMER:
> This e-mail and the attachment is from Telekom Malaysia Berhad ("TM"). It
> is intended solely for the person to whom they are addressed and may be
> confidential and privileged. If you are not the intended recipient, you
> are notified that disclosing, distributing, copying or taking any action
> in reliance of the content of this information is strictly prohibited.
> Please notify the sender immediately if you have received this e-mail and
> delete it from your system. The recipient should check the e-mail and any
> attachment for the presence of viruses that could be transmitted via
> e-mail. Email transmission cannot be guaranteed to be secure or error free
> as information could be intercepted, corrupted, lost, destroyed,
> incomplete or contain viruses. TM accepts no liability for any errors or
> omissions in the contents of this message which arises as a result of
> e-mail transmission. Opinions, conclusions and other information in this
> e-mail that does not relate to the official business of TM shall be
> understood as neither given nor endorsed by TM.
>
 

________________________________


Live Chat NOW! Love in 1 Click!


--
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer .com.my



      Cuba Yahoo! Messenger 9.0 terbaru. Akhirnya ia muncul! 
http://my.messenger.yahoo.com

Reply via email to