2:62 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan 
orang-orang Nasora (Nasrani) dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka 
itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, 
maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada 
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka 
pula tidak akan berdukacita. 
   
           [2:177] Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka 
ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang 
kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian 
Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada 
kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang 
terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk 
memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta 
mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya 
apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam 
masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam 
perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah 
orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah 
juga orang-orang yang bertakwa.   

   
  Hadis 
	Abu Zar r.a  
	

katanya:  


Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Apakah amalan yang 
paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Beriman kepada Allah dan berjuang pada 
jalan-Nya. Aku bertanya: Hamba yang bagaimanakah paling utama? Rasulullah s.a.w 
bersabda: Hamba yang paling baik menurut pemiliknya dan paling banyak harganya. 
Aku bertanya lagi: Bagaimana Jika aku tidak bekerja? Rasulullah s.a.w bersabda: 
Engkau boleh membantu orang yang bekerja atau bekerja untuk orang yang tidak 
memiliki pekerjaan. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu jika 
aku tidak mampu melakukan sebahagian dari amalan? Rasulullah s.a.w bersabda: 
Engkau hendaklah memberhentikan kejahatanmu terhadap orang lain kerana, hal itu 
merupakan sedekah darimu kepada dirimu 
  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 119
  
>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<
  
roz...@yahoo.com, unexpected_data_after_addr...@.syntax-error. wrote:
        Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga 
satu sen pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua 
di dunia ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan 
bangsa pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk orang 
India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris 
adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , 
malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata 
oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita bangsa Cina kita 
masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih 
sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu 
hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita kesian , 
kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa 
Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang tanpa izin sekali pun , lalu 
kita pun tolonglah menyelamatkan dia , tolong selamatkan anak-anak dia , tolong 
semalatkan harta benda dia , tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH akan 
menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan 
mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita , akan pemerintah 
alam ini.

Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana ALLAH 
agar negara ini selamat , aman dan makmur.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 


                           

       

Kirim email ke