Assalamualaikum
Bangsa arab ke...melayu ke...jepun ke...bangla ke...mmg xde nilai satu sen 
pn...sekupang pn xdak cuma taqwa saja menentukan kita ni org baik atau pn 
buruk...sebab itu sahaja nilaian Allah terhadap manusia..nabi pn ada 
bersabda..tidak kira samada dia daripada keluarga ku atau pun tidak kalau dia 
tidak bertaqwa tiada sebarang nilai pn padanya disisi Allah..sdgkan abu jahal 
tu pn bapak sedara nabi..pn ke neraka...apa yang ada pada bangsa..tujuan Allah 
ciptakan kita berpuak2 adalah untuk kita berta'aruf antara satu sama lain..tp 
yg paling mulia adalah yg paling bertaqwa..kalau kita menanggap bangsa satu 
kemuliaan dan kelebihan kita saling tak tumpah macm yahudi..

pendapat ana sahaja...maaf kalau ada yg salah..
wassalam




________________________________
Daripada: "isa.sulai...@yahoo.com" <isa.sulai...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Jumaat, 19 Disember, 2008 3:44:55
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun



apa yang yang kau mempertahankan? ???

jika kau kata melayu tak ada harga 1 sen..mengapa Allah mencipta kawasan  in 
dari rumpun melayu.????

Kau lahir dari bangsa apa?mak atau bapak kau tu apa melayu ke??islam kah 
mereka????

tuan guru kau tu belajar di tanah arab......bolehkah kau kata org arab tak de 
harga 1 sen juga?????

apa keturunan Rasul?  arab kan...boleh kau kata tak de harga 1 sen?


Aku hanya tahu Ahlul Bait MuhAMMAD SAW.....





Ahmad Fahmi AhmadTarmizi
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com
19/12/2008 01:41 PM
Please respond to
hidayah...@yahoogro ups.com
 To "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
cc
Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun




Assalamualaikum. Tuan Guru, pendapat Tuan Guru betul. Saya sokong seratus 
peratus apa yang diucapkan oleh Rozmal. Melayu tiada harga langsung di mata 
Allah swt. Yang dipandang Allah hanyalah ketakwaan dan keimanan seorang manusia 
itu. Saya agak kurang faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh saudara 
zain tadi. Dan, untuk menjelaskan kepada saudara Zain, saya ingin mengatakan 
saya membaca balasan saudara berkali-kali sebelum membalas emel ini. Yang saya 
ucapkan adalah yang saya faham dari apa yang saudara zain balas. Dari apa yang 
saya faham, saudara zain, tidak melihat ceramah tersebut dari sudut 
objektifnya. Mati mempertahankan bangsa Melayu, saya tidak nampak, saudara akan 
dimasukkan ke dalam syurga. Sebab, Melayu bukanlah suatu ketakwaan. Jika 
Malaysia diserang oleh orang Amerika, kita mempertahankan negara kita atas 
dasar agama, kerana Islam menyuruh kita menentang jika kita dijajah. Dan itu 
lebih baik dari menentang atas dasar kaum. Saya tidak
 ingat hadis mana tetapi ucapan ini juga pernah diucapkan oleh Syeikh Jalaludin 
Al-Afghani, seingat saya. (Jika salah, tolong betulkan). Ini tidak bermakna, 
saya tidak menyayangi bangsa saya, cuma saya terasa bangsa Melayu sudah lari 
dari Islam yang sebenar. Ramai anak-anak dara menyidai kain di ampaian tanpa 
bertudung, itu adalah satu cara hidup di kampung-kampung. Apabila berjuang 
mempertahankan sesuatu yang salah, adakah kita akan menjadi betul? Kalau 
saudara ingin menjadikan saudara berkorban demi bangsa kita Melayu jika ianya 
ditindas, adalah wajar untuk kita meletakkan niat BUKAN UNTUK BANGSA tetapi 
adalah UNTUK ISLAM, barulah pengorbanan kita berteraskan Islam, dan insyaallah, 
jika niat kita demi Allah swt, dosa kita akn dihapuskan dan kita akan diberi 
pahala. Selangkah ke arah Allah swt, 10 langkah Allah swt akan menghampiri kita.

Tuan Guru, berkasih sayang, cukup bagus. Walaupun saya tidak mendengar ceramah 
itu, matlamatnya ada terasa di naluri saya. Benda yang bukan realiti pada masa 
sekarang tidak bermakna ianya adalah benda yang mustahil pada masa akan datang. 
Pernahkah manusia di tahun 1700 mengimpikan mentol lampu. Amerika mungkin tidak 
berfikiran seperti Tuan Guru buat masa sekarang, tetapi, jika kita mengambil 
langkah seperti orang Kristian (orang Kristian, mereka mengetuk pintu rumah dan 
menyampaikan ceramah dari rumah ke rumah), kita berdakwah di sana sini, mereka 
boleh berhijrah kepada agama kita. Akan datang satu masa di mana Islam akan 
mentadbir dunia dan membuka kota Rom, dan masa itu belum sampai lagi. Kita 
masyarakat sekarang yang sepatutnya melihat peluang ini dan berusaha 
mencapainya. Kita mungkin bertepuk sebelah tangan buat masa ini. Tetapi, dengan 
satu usaha menyebarkan Islam kepada mereka, bermakna, kita telah melangkah 
setapak, semakin hampir dengan kejayaan
 itu. Dan jika kita tidak berjaya mencapai apa yang kita impikan buat masa 
sekarang setelah kita mencuba, tidak bermakna, kita gagal. Kita adalah manusia 
yang BERJAYA, berbanding merkea yang TIDAK BERIMPIAN atau BERIMPIAN TAPI TAKUT 
MENCUBA. Pada saya, tidak salah untuk berimpian demi agama, dan mencuba 
mendapatkannya.

Jika saudara Zain pernah bercakap dengan American, Irish dan Western people, 
mereka semua berfikiran terbuka. Mereka menerima agama kita dan mereka 
menyediakn ruang untuk diri mereka mengenali agama kita.

Dan kita orang Islam ditindas bukan kerana fikiran ini, tetapi, kita ditindas 
kerana kita TIADA fikiran ini. Jika seluruh umat Islam di dunia ini berfikiran 
sama (bahawasanya, kita adalah berpupu, tiada jenayah yang berlaku), mewujudkan 
masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan bijaksana, tiada kuasa besar ini akan 
mengganggu kita, malahan kita akan menjadi kuasa besar. Benda ini boleh 
dicapai. Fikiran ini, boleh semua umat Islam rasai, kerana, umat Islam di zaman 
Rasulullah saw, dapat melakukannya. Jika seluruh umat Islam menjadi labi-labi 
dan berenang ke arah pulau Inggeris, nescaya, akan tenggelamlah pulau itu.

Saya ada satu cerita, di Ireland, umat Islam berbuka puasa bersama-sama, di 
masjid dan surau. Walaupun berlainan bangsa, negro, asian, arab, dan ada juga 
Irish, semua seperti bersaudara.. Memanggil umat Islam yang lain sebagai, 
BROTHERS and SISTERS. Saling menegur jika lihat kita melakukan kesalahan dan 
juga menolong kita jika kita menghadapi kesulitan. Suatu perasaan berdasarkan 
agama wujud, dan inilah yang Tuan Guru ingin kita semua umat Islam di Malaysia 
lakukan. Insyaallah, tiada yang mustahil jika kita ingin menyampaikan agama 
kerana rasul-rasul lebih teruk disiksa sebelum kita. Dan mereka semua tabah 
melakukannya dan mereka berjaya.  

WAHAI UMAT ISLAM, KITA BERADA DI PIHAK YANG MENANG. JANGANLAH TAKUT UNTUK 
BERJIHAD DI JALAN ALLAH KERANA JANJI ALLAH AKAN MEMBANTU KITA. YAKINLAH DAN 
KITA AKAN MENANG JUGA AKHIRNYA.

Assalamualaikum.. . (Saya juga seorang Islam, seorang Melayu, seorang manusia 
yang masih cetek ilmu agama. Tiada yang sempurna di dunia ini, yang sempurna 
hanyalah yang Maha Pencipta, Allah swt. Maafkan saya jika terlanjur.)


________________________________
Daripada: "z...@yahoo.com" <z...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Isnin, 15 Disember, 2008 4:19:44
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun

Mencelah sikit - Kalaulah semua insan di dunia ini tanpa mengira bangsa dan 
aama berfikiran sama seperti Tuan Guru itu maka dunia ini akan aman - tetapi 
hakikatnya tidak sedemikian. Kita jangan hidup dalam impian sedemikian. 
Lihatlah bagaimana orang Islam dizalimi di merata tempat di dunia ini. Ini akan 
berlaku kepada Melayu kalau Melayu berfikiran sedemikian. Bertepuk tangan bukan 
sebelah saja. Saya faham agama tapi saya juga seorang realist. What is real is 
real. Banyak manusia yang cuba membina utopia mereka tetapi gagal. Fikirlah 
sendiri. Saya orang Melayu dan saya seorang Muslim sejati - dan sanggup matui 
mempertahankan kedua-duanya.. Orang Iraq tanpa mengira agama menentang Amerika 
dan Barat. Orang Palestin tanpa mengira agama (Muslim dan Kristian) menenang 
Zionis/Israel - Kita bernasib baik di sini - kekalkanlah.


________________________________
From: "roz...@yahoo. com" <roz...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sunday, December 14, 2008 6:41:34 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun

Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga satu sen 
pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua di dunia 
ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan bangsa 
pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk orang 
India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris 
adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , 
malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata 
oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita bangsa Cina kita 
masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih 
sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu 
hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita kesian , 
kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa 
Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang tanpa izin sekali pun , lalu 
kita pun tolonglah menyelamatkan dia , tolong selamatkan anak-anak dia , tolong 
semalatkan harta benda dia , tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH akan 
menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan 
mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita , akan pemerintah 
alam ini.

Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana ALLAH 
agar negara ini selamat , aman dan makmur.

Rozmal bin Malakan
http://waghih. blogspot. com



________________________________
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.



      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Reply via email to