Pejabat MAS terima surat ancaman 
pengganas






                                        Harakahdaily


                                                                Sat | Jan 03, 
09 | 10:15:37 pm MYT







                                KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Pejabat Malaysia 
Airlines (MAS) di Chennai

India menerima sepucuk surat ancaman daripada kumpulan pengganas yang tidak 
dikenali dan

kemudian menyerahkannya kepada polis bandar raya untuk siasatan lanjut.





    Iklan
     








     


     
     

Seorang kakitangan MAS, Arul Doss mengesahkan bahawa pejabat itu, yang terletak 
di Dr

Radhakrishnan Road yang sibuk di Mylapore, menerima surat satu muka itu 
menerusi pos.


"Ia hanyalah sepucuk surat satu muka yang mengancam untuk meletupkan semua 
tempat

penting di seluruh India dan menyatakan bahawa serangan di udara, darat dan air 
akan

dilancarkan.

"Tujuan surat ancaman itu dihantar ke pejabat kami tidak diketahui dan kami 
telahpun

menyerahkannya kepada polis," katanya yang dipetik daripada Bernama.


Ketika dihubungi, Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan Chennai, M. Saleth Raj

mengesahkan bahawa pejabat MAS menerima surat sedemikian.


Saleth Raj berkata berikutan persepsi ancaman di seluruh negara sejak berlakunya

serangan pengganas pada November, surat itu tidak akan diabaikan dan siasatan 
akan

dijalankan.


Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 200 cedera di pusat kewangan India pada 
November

lepas apabila pengganas menyerbu hotel mewah dan stesen kereta api.


Pasukan keselamatan India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas insiden 
itu. -

azm


_




      

Kirim email ke