Pemimpin Hamas bersama 4 isteri dan 10 anak shahid dibom Yahudi
03 Jan 2009  3:06PM




BANDAR GAZA: Jet pejuang Israel meneruskan serangan
ke atas Gaza semalam, sehari selepas menggugurkan bom seberat satu tan
ke atas rumah pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, menyebabkan beliau dan 18
anggota keluarganya terkorban.
Menurut
laporan, pesawat F-16 Israel membedil rumah lima tingkat milik Rayyan
di kem pelarian Jabaliya dengan dua butir peluru berpandu menyebabkan
beliau, empat isteri, 10 anak beliau, serta empat jirannya terkorban.
Letupan yang kuat itu menghumban mayat Encik Rayyan ke jalan raya, menurut para 
saksi.
Semalam, kumpulan militan Palestin berikrar menuntut bela di atas kematian 
Rayyan, 51 tahun, dan keluarganya.
'Kami
tak akan berdiam diri sehingga kami musnahkan entiti Zionis,' kata
seorang pemimpin Hamas, Fathi Hammad, di upacara pengebumian Rayyan.
Rayyan
adalah pemimpin Hamas paling kanan terbunuh sejak Abdel Aziz
al-Rantissi dibunuh Israel pada 2004. 'Semua pilihan kita terbuka,
termasuk serangan bom nekad,' kata jurucakap Hamas, Ismail Rudwan.
Pesawat dan meriam tentera laut Israel melancarkan lebih 50 serangan ke atas 15 
sasaran Hamas kelmarin.
Dalam taktik terbaru, tentera Israel menghubungi beberapa rumah memberi amaran 
kepada penduduk sebelum melancar serangan.
Pada
sestengah kes pesawat malah melepaskan bom bunyi sebelum meranapkan
rumah dengan peluru berpandu, kata para pegawai Palestin dan Israel.
Pesawat
Israel turut menggugurkan risalah memberitahu penduduk nombor sulit dan
alamat e-mel supaya mereka melapor lokasi roket militan kepada Israel.
Awal
semalam, Israel menyerang 20 lagi rumah militan Hamas dan sekutu
mereka. Malah sebuah masjid di Jabaliya turut dibedil kerana disyaki
'sarang pengganas' dan jadi tempat menyimpan roket dan senjata militan.
Dengan
askar dan kereta kebal sudah berhimpun di sempadan Gaza, Israel
membenarkan 300 warga asing, termasuk dari Amerika Syarikat, Russia,
Turkey dan Kazakhstan meninggalkan Gaza.
Hamas berkata separuh mangsa yang terkorban anggota pasukan 
keselamatannya.Sementara
itu ribuan orang menunjuk perasaan anti-Israel di serata dunia semalam,
termasuk di Pakistan, Afghanistan dan Indonesia.
Lebih
10,000 orang di Indonesia menyertai tunjuk perasaan anjuran Parti
Keadilan Sejahtera (PKS) di Jakarta, mengutuk serangan Israel ke atas
Gaza.
'Ini untuk menunjukkan kepada
dunia rakyat Indonesia menyokong perjuangan rakyat Palestin,' kata
timbalan ketuanya, Encik Hilman Rosyad Syihab. / Agensi





Israel laknatullah.. Jenazah Nizar Rayyan sekeluarga diarak warga Palestin 
sebelum dikebumikan




Rayyan (tengah) merupakan pemimpin kanan Hamas ketika hayatnya




Warga Palestin sembahyangkan jenazah Rayyan sekeluarga





      

Kirim email ke