Memang perlu ada tindakan bukan sekadar merungut dan mencerca mereka sahaja. 
Kerajaan negeri Kelantan melalui EXCO Belia nya YB Sdr Abdul Fatah Mahmud pada 
bulan Ramadhan yang lepas telah menganjurkan Kembara Sahur. Lebih kurang 500 
mereka yang bermotosikal sebahagiannya Mat Rempit dikumpulkan dan selepas 
tengah malam lebih kurang 100 orang akan bergerak kebeberapa distinasi yang 
telah dikenalpasti termasuk beberapa masjid/ pondok untuk bersahur di 
tempat-tempat berkenaan disamping menemui para ulamak dan mendengar tazkirah. 
Saya difahamkan empat kali kembara diadakan sepanjang Ramadan lepas dan saya 
berada di salah satu distinasi berkenaan bertindak sebagai tuan rumah. Kalau 
tak salah sedutan program itu disiarkan oleh TV9 termasuk ucapan Tuan Guru MB 
Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
    Saya rasa program begini seharusnya diadakan lebih kerap mungkin juga dalam 
bentuk XPDC ketempat-tempat menarik bagi menimbulkan rasa kagum dan insaf akan 
kebesaran Allah SWT. Mungkin juga mereka dapat di munafaatkan untuk aktiviti 
gotong royong atau mendedahkan mereka kepada sesuatu kemahiran dengan menjemput 
pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perusahaan atau lain-lain 
yang berfaedah. Bagaimana pun ramai dari mereka harus diberi bimbingan 
berterusan sehingga mereka yang ada kesungguhan berjaya.kerana ramai dari 
mereka sukar berdikari pada peringkat permulaan. Allahuakbar !
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Sun, 12/21/08, roz...@yahoo.com <roz...@yahoo.com> wrote:

From: roz...@yahoo.com <roz...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kena turun padang selamatkan Mat Rempit
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, December 21, 2008, 6:07 PM






Jangan bergantung semata-mata pada ceramah , forum , bengkel , seminar , 
muktamar , perhimpunan agung , konvensyen untuk menyelamatkan generasi kini 
terutamanya orang Melayu dari gejala mat rempit , pengkid , bohsia , bohjan , 
peminum arak , tahi judi dan sebagainya. Perlu turun padang jumpa semua mereka 
ini dengan penuh kasih sayang untuk menyelamatkan mereka dari kesengsaraan 
dunia dan azab akhirat.

Justeru itu setiap daerah , setiap DUN , setiap kawasan Parlimen , setiap 
kariah masjid , setiap komuniti perlu ada sukarelawan yang melakukan kerja 
seperti ini. Kalau hendak tahu lebih lanjut cara hendak menyelamatkan remaja 
dan orang tua yang bermasalah di kawasan kita belajarlah dari sebuah 
sukarelawan LANDAS.

Maklumat lanjut di Laman web LANDAS http://urusetialand as.blogspot. com
















      

Kirim email ke