Jangan bergantung semata-mata pada ceramah , forum , bengkel , seminar , 
muktamar , perhimpunan agung , konvensyen untuk menyelamatkan generasi kini 
terutamanya orang Melayu dari gejala mat rempit , pengkid , bohsia , bohjan , 
peminum arak , tahi judi dan sebagainya. Perlu turun padang jumpa semua mereka 
ini dengan penuh kasih sayang untuk menyelamatkan mereka dari kesengsaraan 
dunia dan azab akhirat.

Justeru itu setiap daerah , setiap DUN , setiap kawasan Parlimen , setiap 
kariah masjid , setiap komuniti perlu ada sukarelawan yang melakukan kerja 
seperti ini. Kalau hendak tahu lebih lanjut cara hendak menyelamatkan remaja 
dan orang tua yang bermasalah di kawasan kita belajarlah dari sebuah 
sukarelawan LANDAS.

Maklumat lanjut di Laman web LANDAS http://urusetialandas.blogspot.com 



      

Kirim email ke