Memanipulasikan Kebodohan Rakyat dan Kisah Di Perak
 
Ketika menyaksikan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang ‘baru’ 
terfikir di kepala betapa mudahnya rakyat diperbodohkan. Diperbodohkan,didungu 
dan ditutup dengan ilmu-ilmu tatasusila politik dalam kontek kita mengagungkan 
kita adalah bangsa yang penuh beradab.Masyarakat kita sejak dulu lagi tidak 
didedahkan dengan sistem perundangan dan hak-hak tertentu sehinggakan jika kita 
hendak mempelajari jurusan undang-undang betapa mahal kos yang perlu dibayar.
 
Mungkin kita tergolong dalam masyarakat yang buta perundangan.Dan kita harus 
akui perundangan membentuk tatasusila sesuatu masyarakat.Seperti agama yang 
mewajibkan peraturan supaya mendidik dan mencegah dari kita terkeluar dari 
tatasusila.Mengimbas situasi di Perak,ke mana hilangnya tatasusila tersebut?
 
Untuk mengambil alih sesuatu tampuk pemerintahan, usul undi tidak percaya 
hendaklah dulu dipersetujui sebelum diusulkan kepada Sultan untuk menukar atau 
membubarkan kerajaan yang sedia ada.Seharusnya,Ketua Pembangkang (BN) hendaklah 
mengeluarkan kepada Menteri Besar dan Speaker Dewan untuk mengadakan sidang 
tergempar bagi tujuan ketidak kepercayaan kepimpinan.Jika majoriti ahli dewan 
bersetuju atas usul tersebut maka wajib diusulkan kepada Sultan sebagai payung 
negeri agar satu bentuk kerajaan baru dibentuk seperti makna sistem Raja 
Berpelembagaan.
 
Perkara ini tidak berlaku di negeri Perak. Hanya rakyat ditunjukkan di media 
arus perdana barisan Adun berpaling berada di belakang TPM dan mengatakan 
mereka meletakkan keyakinan kepada BN.Adakah kita dapat mendengar penerangan 
dari mereka?Kenapa kerana mereka berada di belakang kepimpinan BN sudah cukup 
mengatakan mereka menyelebahi dan majoriti sudah cukup sedangkan sesuatu sistem 
kerajaan hendaklah dimulakan dan ditamat dalam dewan (Dewan Mesyuarat Negeri @ 
Parlimen @ House) yang mulia. 
 
Semuanya kerana perancangan yang licik dan keji yang tamakkan kuasa dan 
mengheret emosi rakyat untuk menyokong mereka.Mereka tahu akan perundangan 
kerana mereka orang terpilih dan terpelajar tetapi mereka mengambil kesempatan 
atas kebodohan dan kurang ambil tahu rakyat mereka.Mereka tahu jika dibawa usul 
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, mereka pasti menang jika diambil 
kira barisan exco berpaling tersenyum di belakang mereka ketika TPM memberikan 
pengumuman.Tetapi mereka mahu lebih dari itu.Mereka orang bijak,mengambil kira 
emosi masyarakat PR yang pastinya marah dan kesempatan itu juga keberanian 
mereka untuk mengheret institusi raja yang pastinya akan memenangkan mereka 
lebih dari yang mereka mahu.Akhirnya PR dibelasah teruk kerana sang penguasa 
yang menguasai keseluruhan pancaindera di negara ini.Seperti perlawanan 
bolasepak,jika menang dengan hanya satu gol tidak memadai jika keseluruhan 
sistem perlawanan,pengadilan dan penonton telah
 dikuasai.
 Sama-samalah kita fikirkan dan keluarkan dari kebodohan yang telah 
didoktrin.Kepada Adun dan MP PR juga buat anda jangan terlalu emosi sehinggakan 
mengadaikan maruah dan harapan pengundi anda. Tidak terfikirkah anda harga yang 
perlu dibayar oleh penyokong anda di bulan Mac dulu untuk mencuci kenderaan 
mereka akibat kesan menampal poster anda.

--- On Sat, 2/7/09, s...@yahoo.com <s...@yahoo.com> wrote:

From: s...@yahoo.com <s...@yahoo.com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan....di Perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Saturday, February 7, 2009, 8:46 PM






A'skum,
Doa demi untuk kebaikan...turut saya mohon...
Tapi jika doa yg apa dimaksudkan. .demi untuk politik....
memusuhi diantara sesama ISLAM..bukan itu caranya...
Insyaallah jika doa apa yg dimaksudkan demi untuk kebaikan...ianya akan 
diberkhati.. .
Jika ianya tidak diberkhati maka...apa yg berlaku itu adalah apa yg tersimpan 
dihati hanya tersirat pada PKR sendiri.





To: hidayah...@yahoogro ups.com
From: 
Date: Fri, 6 Feb 2009 12:24:08 +0800
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak










Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya zal Jalaliwalikram. ..kami tadahkan tangan 
yang hina ini kepada MU, ..Ampunkanlah seluruh dosa-dosa kami samada yang 
kelihatan dan tersembunyi, dosa-dosa kaum keluarga kami, dosa-dosa 
pemimpin-pemimpin kami dan para penyokong PR dan muslimin dan muslimat sekalian.
Ya Allah,,hanya pada Mu kami serahkan segala urusan kami, segala hajat-hajat 
kami, segala cita-cita kami dan amanah kami. Hanya pada Mu kami berharap dan 
bermohon agar segala kezaliman, kesengsaraan, tipu daya musuh kami yang menimpa 
kami, Engkau menjadi pelindungnya, Engkau menjadi penyelamatnya dan hanya 
Engkau sahaja yang berhak menghukum siapa yang melakukannya. Ya Allah, ya 
Rahman,,Ya Rahim,. Ya Karim..Musnahkanlah perancangan jahat musuh-musuh kami 
dan rakyat yang mahukan keadilan


Mula berbual dengan rakan di Yahoo! Pingbox serba baru hari ini! 
Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda 





See all the ways you can stay connected to friends and family 















      

Kirim email ke