Yang dok bangkitkan soal tanah dan MB Nizar tu boneka kerana beri tanah kepada 
kaum Cina adakah tanah ni bapa kita punya ka ? atau Sultan punya ka ? Yang dok 
bagi kat Melayu sekangkang kera dan kepada sebahagian pemimpin UMNO 
sampai berpuloh kangkang kera pun siapa yang majukan tanah tu bukan kaum 
Cinakah kebanyakannya dan pemimpin UMNO hanya ambil untung atas angin tu 
macamana ?? Kitakah yang ciptakan tanah tu daripada air laut (kalau anggap bumi 
Perak tu sebelum ini adalah laut) ? Kalau tak boleh beri tanah kepada Cina tak 
boleh  mereka miliki tanah atau dasar Islam kata orang bukan Islam tak boleh 
miliki sebarang tanah pergilah ke Amerika pergilah ke Rusia perang dan ambil 
tanah-tanah mereka kalau-kalau dapat mati syahid !!  Bukan itu misi kita 
dihantar ke dunia !! Kita dihantar kedunia untuk menyambung tugas para Anbiya 
menyeru manusia kepada Islam. Tanah yang hak milik kita jadikan terus ianya 
milik kita tapi yang patut mereka
 miliki mengapa tak boleh diserah kepada mereka ?? Yang dah jadi hak milik kita 
pun berapa banyak yang kita telah serah kepada mereka bila ditukar dengan duit 
berbakul bakul ?? Mereka tidak rampas macam Yahudi rampas tanah Palestin atau 
halang orang Islam berkumpul di masjid-masjid !!  UMNO dah berpuloh tahun bukan 
sekadar beri tanah tapi beri sebuah negeri kepada Cina mengapa tak bising ?? 
Ulamak pun kadang-kadang terperangkap juga dalam Assobiyah !! Sebnarnya umat 
Islam lemah kerana mereka leka dan lalai dalam pelbagai bidang terutama 
agama. Inilah yang menentukan masa depan mereka !! Tanpa babitkan soal tanah 
pun kalau perangai sebahagian orang Islam terutama yang anuti fahaman UMNO ni 
mungkin Allah akan hancurkan Melayu/Islam lebih cepat !! Nauuzubillah !! 
Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 2/11/09, sh...@yahoo.com <sh...@yahoo.com> wrote:

From: sh...@yahoo.com <sh...@yahoo.com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan....di Perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, February 11, 2009, 8:46 PM











Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak
Disiarkan pada Feb 07, 2009 dalam kategori Kenyataan, Penjelasan |
Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar 
kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana 
barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap. Saya pada prinsipnya 
tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak 
telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, 
sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah 
tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu 
tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar 
dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;


BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil 
memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja 
Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam.
1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, 
sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap 
yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah 
ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang 
benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?
2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang 
mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara 
membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau 
telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya 
kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani 
terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama 
terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ 
Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.
3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya 
sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. 
Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang 
didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu 
pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini 
bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat 
kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji 
dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?
4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah 
kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat 
dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu 
dilihat dengan teliti.
Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di 
Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti 
orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

--- On Tue, 2/10/09, gib...@yahoo. com <gib...@yahoo. com> wrote:

From: gib...@yahoo. com <gib...@yahoo. com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, February 10, 2009, 2:03 PM









Memanipulasikan Kebodohan Rakyat dan Kisah Di Perak
 
Ketika menyaksikan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang ‘baru’ 
terfikir di kepala betapa mudahnya rakyat diperbodohkan. Diperbodohkan, didungu 
dan ditutup dengan ilmu-ilmu tatasusila politik dalam kontek kita mengagungkan 
kita adalah bangsa yang penuh beradab.Masyarakat kita sejak dulu lagi tidak 
didedahkan dengan sistem perundangan dan hak-hak tertentu sehinggakan jika kita 
hendak mempelajari jurusan undang-undang betapa mahal kos yang perlu dibayar.
 
Mungkin kita tergolong dalam masyarakat yang buta perundangan. Dan kita harus 
akui perundangan membentuk tatasusila sesuatu masyarakat.Seperti agama yang 
mewajibkan peraturan supaya mendidik dan mencegah dari kita terkeluar dari 
tatasusila.Mengimba s situasi di Perak,ke mana hilangnya tatasusila tersebut?
 
Untuk mengambil alih sesuatu tampuk pemerintahan, usul undi tidak percaya 
hendaklah dulu dipersetujui sebelum diusulkan kepada Sultan untuk menukar atau 
membubarkan kerajaan yang sedia ada.Seharusnya, Ketua Pembangkang (BN) 
hendaklah mengeluarkan kepada Menteri Besar dan Speaker Dewan untuk mengadakan 
sidang tergempar bagi tujuan ketidak kepercayaan kepimpinan.Jika majoriti ahli 
dewan bersetuju atas usul tersebut maka wajib diusulkan kepada Sultan sebagai 
payung negeri agar satu bentuk kerajaan baru dibentuk seperti makna sistem Raja 
Berpelembagaan.
 
Perkara ini tidak berlaku di negeri Perak. Hanya rakyat ditunjukkan di media 
arus perdana barisan Adun berpaling berada di belakang TPM dan mengatakan 
mereka meletakkan keyakinan kepada BN.Adakah kita dapat mendengar penerangan 
dari mereka?Kenapa kerana mereka berada di belakang kepimpinan BN sudah cukup 
mengatakan mereka menyelebahi dan majoriti sudah cukup sedangkan sesuatu sistem 
kerajaan hendaklah dimulakan dan ditamat dalam dewan (Dewan Mesyuarat Negeri @ 
Parlimen @ House) yang mulia.
 
Semuanya kerana perancangan yang licik dan keji yang tamakkan kuasa dan 
mengheret emosi rakyat untuk menyokong mereka.Mereka tahu akan perundangan 
kerana mereka orang terpilih dan terpelajar tetapi mereka mengambil kesempatan 
atas kebodohan dan kurang ambil tahu rakyat mereka.Mereka tahu jika dibawa usul 
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, mereka pasti menang jika diambil 
kira barisan exco berpaling tersenyum di belakang mereka ketika TPM memberikan 
pengumuman.Tetapi mereka mahu lebih dari itu.Mereka orang bijak,mengambil kira 
emosi masyarakat PR yang pastinya marah dan kesempatan itu juga keberanian 
mereka untuk mengheret institusi raja yang pastinya akan memenangkan mereka 
lebih dari yang mereka mahu.Akhirnya PR dibelasah teruk kerana sang penguasa 
yang menguasai keseluruhan pancaindera di negara ini.Seperti perlawanan 
bolasepak,jika menang dengan hanya satu gol tidak memadai jika keseluruhan 
sistem perlawanan,pengadil an dan penonton telah
 dikuasai.
 Sama-samalah kita fikirkan dan keluarkan dari kebodohan yang telah 
didoktrin.Kepada Adun dan MP PR juga buat anda jangan terlalu emosi sehinggakan 
mengadaikan maruah dan harapan pengundi anda. Tidak terfikirkah anda harga yang 
perlu dibayar oleh penyokong anda di bulan Mac dulu untuk mencuci kenderaan 
mereka akibat kesan menampal poster anda.

--- On Sat, 2/7/09, s...@yahoo.com <s...@yahoo.com> wrote:

From: s...@yahoo.com <s...@yahoo.com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Saturday, February 7, 2009, 8:46 PM




A'skum,
Doa demi untuk kebaikan...turut saya mohon...
Tapi jika doa yg apa dimaksudkan. .demi untuk politik....
memusuhi diantara sesama ISLAM..bukan itu caranya...
Insyaallah jika doa apa yg dimaksudkan demi untuk kebaikan...ianya akan 
diberkhati.. .
Jika ianya tidak diberkhati maka...apa yg berlaku itu adalah apa yg tersimpan 
dihati hanya tersirat pada PKR sendiri.





To: hidayah...@yahoogro ups.com
From:
Date: Fri, 6 Feb 2009 12:24:08 +0800
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Munajat demi keadilan.... di Perak










Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya zal Jalaliwalikram. ..kami tadahkan tangan 
yang hina ini kepada MU, ..Ampunkanlah seluruh dosa-dosa kami samada yang 
kelihatan dan tersembunyi, dosa-dosa kaum keluarga kami, dosa-dosa 
pemimpin-pemimpin kami dan para penyokong PR dan muslimin dan muslimat sekalian.
Ya Allah,,hanya pada Mu kami serahkan segala urusan kami, segala hajat-hajat 
kami, segala cita-cita kami dan amanah kami. Hanya pada Mu kami berharap dan 
bermohon agar segala kezaliman, kesengsaraan, tipu daya musuh kami yang menimpa 
kami, Engkau menjadi pelindungnya, Engkau menjadi penyelamatnya dan hanya 
Engkau sahaja yang berhak menghukum siapa yang melakukannya. Ya Allah, ya 
Rahman,,Ya Rahim,. Ya Karim..Musnahkanlah perancangan jahat musuh-musuh kami 
dan rakyat yang mahukan keadilan


Mula berbual dengan rakan di Yahoo! Pingbox serba baru hari ini!
Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda





See all the ways you can stay connected to friends and family

















      

Reply via email to