Waalaikumusalam wbt,
 
      Berlaku adil adalah tuntutan yang sangat diutamakan dalam Islam. Jika 
pemimpin bawahan tidak berlaku adil maka Raja wajib berlaku adil jika tidak 
siapa lagi ? Pemimpin parti politik pula ada yang letak gambar dacing tanda 
memperjuangkan keadilan tapi realiti yang diamalkan oleh ketua (sama ada yang 
kecil atau yang besar) parti cap dacing terutama yang bersenjatakan keris 
telanjang bukan sekadar menzalimi rakyat tapi zalim di sisi Allah. Mereka 
mengetepikan sebahagian perintah Allah dan mengambil hanya yang sesuai dengan 
nafsu mereka sahaja maka termasuklah mereka dalam golongan yang zalim. Rakyat 
"dipaksa" baca surat kabar mereka, dengar media-media mereka. Ada surat kabar 
lain tapi kabanya dirampas oleh mereka. Mengaku parti cap dacing terutama yang 
dok bawa keris telanjang itu yang merekalah jagoh mempertahankan Raja-Raja tapi 
dulu merekalah yang "nak buang" Raja-Raja kerana mereka berharap dapat menjadi 
"Raja". Beberapa hari ini
 mereka menjadi dalang keluar di jalanraya marahkan Karpal yang nak saman 
Raja. Karpal tidak keluar pun kejalan raya bersama ribuan orang untuk menghina 
Raja. Dia hanya ajak gunakan sistem keadilan di mana setiap rakyat dan Raja 
diwajikan berpegang dengan nya seperti digariskan dalam rukun negara !! Yang 
dulunya keluar ribuan orang menghina Raja ialah pemimpin dan penyokong 
UMNO yang mahukan Raja juga tertakluk kepada undang-undang tapi mereka dah 
lupa. Betul juga kata Mahathir Melayu mudah lupa mungkin hari ini lebih sesuai 
di sebut UMNO mudah lupa !! Maka UNMO tak layak menerajui pemerintahan 
negeri Perak apa tah lagi nak terus perintah Malaysia !! 
 
     Bukan itu saja yang mereka lupa tapi lupa mereka atau buat-buat lupa yang 
bumi ini milik Allah dan yang layak mentadbirnya hanyalah khalifah Allah iaitu 
mereka yang dipilih bagi melaksanakan amanah Allah swt.  Raja yang beragama 
Islam tentunya percaya bumi yang dipijaknya adalah bumi milik Allah swt maka 
wajiblah dia melaksanakan segala titah perintah Allah. Oleh kerana sistem yang 
diamalkan menetapkan mereka yang mentadbir negeri mestilah dari kalangan mereka 
yang dipilih oleh rakyat maka biarlah rakyat yang memilih. Namun Raja juga 
berkewajipan melaksanakan tugas dakwah agar rakyat hanya memilih siapa yang 
layak bagi melaksanakan perintah Allah. Raja-Raja juga akan dihisab di mahsyar 
nanti. Rakyat harus diingatkan agar memilih mereka yang benar-benar dapat 
melaksanakan Islam (Islam yang Nabi bawa bukan Islam Hadhari) di atas bumi 
Allah ini. Amanah ini bukan sekadar diberikan kepada puak yang jumlah kerusi 
mereka lebih banyak. Mungkin
 menjadi banyak kerusi mereka kerana mereka gunakan tipu muslihat. Bagi mereka 
matlamat menghalalkan cara maka Raja jangan biarkan diri terpedaya agar layak 
menjadi Raja dan Khalifah bagi memikul amanah Allah swt di atas bumi Nya ini !! 
Contohilah Kesultanan Terengganu yang enggan lantik individu yang diyakini ? 
tidak amanah dalam mengendalikan negeri sebelum itu. Banyak laporan dibuat 
(secara langsung dan tidak langsung) keatas individu berkenaan tapi pihak 
berkuasa (pemerintah dari kalangan UMNO sendiri) tidak membawa kes itu 
kemahkamah ? demi periuk nasi mereka. Namun individu (wakil rakyat) yang 
dipilh Raja negeri itu bagi menggantinya ialah dari kalangan wakil rakyat parti 
yang menang dalam pilihanraya secara jelas bukan sepertimana  yang berlaku di 
Perak !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 

--- On Mon, 2/9/09, am...@yahoo.com <am...@yahoo.com> wrote:

From: am...@yahoo.com <am...@yahoo.com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, February 9, 2009, 8:27 PM






Assalamualaikum. ...
 
Kenyataan lompat parti itu semua hanya kempen perang saraf aje nak tengok jugak 
siapa yang melatah
nanti tiba2 BN pulak yg menunjukan budaya lompat parti jadi kenyataan. Sekarang 
apa dah jadi.....siapa yang termakan umpan Anwar. Untuk Negeri baik di bubar 
kan parlimen adakan sekali lagi pilihanraya supaya semua rasa puas hati. 
Biarlah  rakyat yang menentukan dalam pilihanraya. Sepatut nya tuan punya 
negeri berbuat begitu barulah di kata tuan yang adil.
 
Wassalam





To: hidayah...@yahoogro ups.com
From:
Date: Sat, 7 Feb 2009 09:51:01 +0800
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN






Assallamualaikum. ..
 
Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui terdapatnya
" kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP itu tidak
menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana mungkin
ye tak ?.
 
Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun maupun
dari parti mana,  jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama ( sama
sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan dunia ( semestinya
duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja.
Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH
PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN.
 
Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR. Saya ingin
bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.... .Jika perancangan Anwar untuk
mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR berjaya, apakah
ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara penulis ?.
Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR ?.
Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah melakukan sesuatu
yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang terjadi di Perak
sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang dimulakan oleh Anwar
semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal nampaknya ( 
mungkin
duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM dan segelintir
nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak berubah...apakah
beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu.
Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak marahkan siapa 
sekarang ?
Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT BERMAKNA BN
PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK BOLEH "
 
Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB Terengganu dulu, PR
MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan, tapi apa dah
jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat Terengganu dulu tak 
sampai
pulak saman menyaman.... Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai kuasa atas 
perlantikkan
MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di dunia aje )  dah 
halau dah...
esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi muka 
Sultan...tak malu
ke ?.
Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP. Inileh akibatnya 
jika berkawan
dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka . Sepertimana 
negara Arab
bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh SAUDARA SEAGAMA,
mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata. ....asyik- asyik nak berbincang 
sedangkan
dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi perbincangan. Lagi 
buruk
berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka.
 
Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN . Jangan jadi 
seperti
perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR YANG
MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG
TAHI ".
 
Wassallam
 
 
 
 
 

----- Original Message -----
From: amirul rahman
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN



Salam,

Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN tu, kita rasakan mungkin 
mereka agenda mereka tersendiri.
Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP, sementelah dia adalah 
Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP menjadi calon bebas.
Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan prinsipnya, tidak seperti 
ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai agenda tersendiri..

Sesiapa boleh komen?



To: hidayah...@yahoogro ups.com
From:
Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800
Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP 
dari PAKATAN




SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN
Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT oleh TokBatin
Oleh tantawi08

"
Iklim
politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

Cukup
jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
karaahiyatul maut .

Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha 
Perkasa lagi Maha Bijaksana .

Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] PAKATAN 
RAKYAT .

Tatkala
kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan suci
bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam
sistem politik negara ini ,

jua
membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengan
dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di atas
landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosa
dan harmoni .

Malah
kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk mereka
keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahan
zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .

Biarpun
tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita
, namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentuk
iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata - rata rakyat
mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita .

Alhamdulillah
kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbir
oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahun
yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yang
singkat .

Ya
.... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakah
kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai
pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantas
kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadap
amanah dan mandat rakyat .

Ujian
ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yang
kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yang
tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak ,
hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antara
kriteria yang mesti dimiliki semua kita .

Gopoh
, tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pula
adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasai
diri dan minda kita .

Realiti yang perlu diteliti

Mazmumah
adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerang
dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya.
Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat dan pudar sejurus
dijangkiti virus mazmumah ini .

Sebaliknya
, jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesan
jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa .

Pastinya
vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampu
menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik atau
pemakainya hebat dan kuat anti body .

Kita
tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui oleh
Kerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri dengan
kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musim
ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir .

Lebih
getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanya
dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusi
tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ]
pada masa itu .

Pelbagai
helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaan
pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Cara
baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan oleh
UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosa
dan neraka .

Berbekalkan
kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamat
musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi
Dewan Undangan Negeri Kelantan .

Keupayaan
dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan
, tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukar
dilunturkan oleh virus mazmumah .

Saya
masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengan
kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yang
ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgit
itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadai
maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkan
Kerajaan negeri Kelantan .

Tawaran setengah juta di tolak ?

Apakah
Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya ...
seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUN
Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengan
tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [
sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal dalam 
mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti .

Sekalung
tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahu
harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia .

Sikap
dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MP
PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali .
Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwara
politik murahan yang memualkan .

Bayangkanlah
, betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agar
menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepada
PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak atau
kuat cacangnya .

Ingatlah
, kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi
memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu
penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat melahirkan sebuah
negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas
rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah
guna kuasa .

Matlamat
yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yang
kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai muka
diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanya
bermula dari episode sebuah pengkhianatan .

Iklim
politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh
pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana
sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut
pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

Cukup
jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada
diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa
karaahiyatul maut ."









Make the most of what you can do on your PC and the Web, just the way you want. 
Windows Live















      

Kirim email ke