SALAM..MAAFKAN SAYA BERKENAAN DGN STATEMENT INI....SAYA TAK BERPIHAK
PADA MANA-MANA PARTI POLITIK DALAM HAL NI...SAYA PUN TK TAHU APA NK JADI
DGN MALAYSIA SEKARANG NI.

  ASYIK BERCEKAU MACAM ANJING DGN KUCING..SAMA-SAMA MELAYU PUN NK
BERCEKAU, MEMBURUKKAN SANA DAN SINI MACAM MULUT MAKCIK-MAKCIK..MALULAH
KAT BANGSA LAIN DEPA GELAKKAN KITA DAN MEMPERGUNAKAN BANGSA KITA SEBAGAI
STEPPING STONE TO GO FORWARD AND CONTROL MALAYSIA..

  PASAL TU DALAM YG MELAYU NI TK SEMUA ISLAM DAN DALAM YG ISLAM NI TK
SEMUA MUKMIN.SAYA TK SALAHKAN PENULIS DI BAWAH NI KERANA ADA YG
BETULNYER STATEMENT DIA..BILER ADANYER PEMIKIRAN PEMIMPIN PARTI (PARTI
SANG SODOMI & PARTI SANG LANUN + SANG KERIS TUMPUL )YG TK MALU MACAM
LEMBU NI YG MENYUSAHKAN  ORG LAIN DAN MENCEMARKAN SISTEM BERPOLITIK DI
MALAYSIA....

  PADA PENDAPAT SAYA KALAULAH DI GABUNGKAN PARTI PAS DAN BARISAN DEPA
JADI GENG BAIK DAN DI SATUKAN JADI SATU KERAJAAN ...MALAYSIA JADI STABLE
DALAM BIDANG POLITICAL...  TAKDELAH TERJADINYER  SANG KERIS TUMPUL +
PARTI-PARTI SANG SODOMI TK BERANI NK CURI TULANG AYAM DAN JADI
LANUN-LANUN DARATAN .DAN JANGANLAH BERSEKONGKOL DGN BANGSA-BANGSA LAIN
YG KONONYER MAU TOLONG MELAYU KASI NAIK MELAYU TETAPI HAKIKATNYER INGIN
JATUHKAN DAN HANCURKAN HAK MELAYU DI MALAYSIA. LIHAT SENDIRI ZAMAN
MAHATDHIR JADI BIG BOSS DULU...SATU DUNIA TAKUT DGN DIA..SEKALI DIA
TERBELIAK BIJIK MATA ... SEMUA MACAM TIKUS....INI MANA IDAK NYER DAH
MACAM KUCING FRISKIES...MAKAN DAN TIDUR APA YG TERJADI BUAT TAK
TAU...PALING KUAT DEN PONING KOPALO ...BAK SINI PANADOL 2 BIJIK...

SEKIAN SAYA AKHIRI EMAIL SAYA YG BUKAN DARI PERKATAAN !!
Wallahua'lam..TAPI DARI KEBENARAN ...

P/S = 1.JANGAN SAMPAI GENG TAK SUNAT CONTROL MALAYSIA....LU FIKIRLAH
    = 2. JGN BERCEKAU LAGI..
    = 3. CARI FINAL SOLUTIONS TO RESOLVE THIS MATTER..
    = 4. PADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YG DOK LENA TU...LU PIKIRLAH SENDIRI
         APA PATUT BUAT..TAU LU BANYAK DUIT..JGN TAU ENJOY JER..TAK
ABIH2


 -----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of Kholid Ali
Sent: Wednesday, 11 February 2009 11:00 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN
dan MP dari PAKATAN

Waalaikumusalam wbt,

      Berlaku adil adalah tuntutan yang sangat diutamakan dalam Islam.
Jika pemimpin bawahan tidak berlaku adil maka Raja wajib berlaku adil
jika tidak siapa lagi ? Pemimpin parti politik pula ada yang letak
gambar dacing tanda memperjuangkan keadilan tapi realiti yang diamalkan
oleh ketua (sama ada yang kecil atau yang besar) parti cap dacing
terutama yang bersenjatakan keris telanjang bukan sekadar menzalimi
rakyat tapi zalim di sisi Allah. Mereka mengetepikan sebahagian perintah
Allah dan mengambil hanya yang sesuai dengan nafsu mereka sahaja maka
termasuklah mereka dalam golongan yang zalim. Rakyat "dipaksa" baca
surat kabar mereka, dengar media-media mereka. Ada surat kabar lain tapi
kabanya dirampas oleh mereka. Mengaku parti cap dacing terutama yang dok
bawa keris telanjang itu yang merekalah jagoh mempertahankan Raja-Raja
tapi dulu merekalah yang "nak buang" Raja-Raja kerana mereka berharap
dapat menjadi "Raja". Beberapa hari ini mereka menjadi dalang keluar di
jalanraya marahkan Karpal yang nak saman Raja. Karpal tidak keluar pun
kejalan raya bersama ribuan orang untuk menghina Raja. Dia hanya ajak
gunakan sistem keadilan di mana setiap rakyat dan Raja diwajikan
berpegang dengan nya seperti digariskan dalam rukun negara !! Yang
dulunya keluar ribuan orang menghina Raja ialah pemimpin dan penyokong
UMNO yang mahukan Raja juga tertakluk kepada undang-undang tapi mereka
dah lupa. Betul juga kata Mahathir Melayu mudah lupa mungkin hari ini
lebih sesuai di sebut UMNO mudah lupa !! Maka UNMO tak layak menerajui
pemerintahan negeri Perak apa tah lagi nak terus perintah Malaysia !!

     Bukan itu saja yang mereka lupa tapi lupa mereka atau buat-buat
lupa yang bumi ini milik Allah dan yang layak mentadbirnya hanyalah
khalifah Allah iaitu mereka yang dipilih bagi melaksanakan amanah Allah
swt.  Raja yang beragama Islam tentunya percaya bumi yang dipijaknya
adalah bumi milik Allah swt maka wajiblah dia melaksanakan segala titah
perintah Allah. Oleh kerana sistem yang diamalkan menetapkan mereka yang
mentadbir negeri mestilah dari kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat
maka biarlah rakyat yang memilih. Namun Raja juga berkewajipan
melaksanakan tugas dakwah agar rakyat hanya memilih siapa yang layak
bagi melaksanakan perintah Allah. Raja-Raja juga akan dihisab di mahsyar
nanti. Rakyat harus diingatkan agar memilih mereka yang benar-benar
dapat melaksanakan Islam (Islam yang Nabi bawa bukan Islam Hadhari) di
atas bumi Allah ini. Amanah ini bukan sekadar diberikan kepada puak yang
jumlah kerusi mereka lebih banyak. Mungkin menjadi banyak kerusi mereka
kerana mereka gunakan tipu muslihat. Bagi mereka matlamat menghalalkan
cara maka Raja jangan biarkan diri terpedaya agar layak menjadi Raja dan
Khalifah bagi memikul amanah Allah swt di atas bumi Nya ini !!
Contohilah Kesultanan Terengganu yang enggan lantik individu yang
diyakini ? tidak amanah dalam mengendalikan negeri sebelum itu. Banyak
laporan dibuat (secara langsung dan tidak langsung) keatas individu
berkenaan tapi pihak berkuasa (pemerintah dari kalangan UMNO sendiri)
tidak membawa kes itu kemahkamah ? demi periuk nasi mereka. Namun
individu (wakil rakyat) yang dipilh Raja negeri itu bagi menggantinya
ialah dari kalangan wakil rakyat parti yang menang dalam pilihanraya
secara jelas bukan sepertimana  yang berlaku di Perak !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Mon, 2/9/09, am...@yahoo.com <am...@yahoo.com> wrote:


        From: am...@yahoo.com <am...@yahoo.com>
        Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat
semua ADUN dan MP dari PAKATAN
        To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
        Date: Monday, February 9, 2009, 8:27 PM


        Assalamualaikum. ...

        Kenyataan lompat parti itu semua hanya kempen perang saraf aje
nak tengok jugak siapa yang melatah
        nanti tiba2 BN pulak yg menunjukan budaya lompat parti jadi
kenyataan. Sekarang apa dah jadi.....siapa yang termakan umpan Anwar.
Untuk Negeri baik di bubar kan parlimen adakan sekali lagi pilihanraya
supaya semua rasa puas hati. Biarlah  rakyat yang menentukan dalam
pilihanraya. Sepatut nya tuan punya negeri berbuat begitu barulah di
kata tuan yang adil.

        Wassalam



________________________________


        To: hidayah...@yahoogro ups.com
        From:
        Date: Sat, 7 Feb 2009 09:51:01 +0800
        Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA : Buat
semua ADUN dan MP dari PAKATAN



        Assallamualaikum. ..

        Apa yang terbaca dari kenyataan Lim Guan Eng, dia mengakui
terdapatnya
        " kekalutan " di dalam DAP. Cuma dia berharap supaya wakil DAP
itu tidak
        menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi mana
mungkin
        ye tak ?.

        Saya pernah menyatakan di dalam ruangan ini, tak kira siapa pun
maupun
        dari parti mana,  jika dapat berkuasa "WAJAH " mereka tetap sama
( sama
        sangkaliau ) . Jika asas perjuangan mereka untuk kesenangan
dunia ( semestinya
        duit ) BN, PKR, DAP dan segelintir saja PAS, mereka semua saja.
        Jangan lupa syaitan pernah MENYEMBAH DUIT KERANA DIA TAU INILAH
        PUNCA MANUSIA LUPA DIRI DAN TUHAN.

        Saya tertarik dengan surat terbuka buat Adun dan MP dari PR.
Saya ingin
        bertanya sejujurnya kepada penulis tersebut.... .Jika
perancangan Anwar untuk
        mengambil ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyertai PR
berjaya, apakah
        ini dibolehkan dalam Islam dan bagaimana pulak reaksi saudara
penulis ?.
        Adekah ini tidak jijik ? Adekah mereka semua jadi wira pada PR
?.
        Adekah Anwar akan jadi sanjungan rakyat walhal dia telah
melakukan sesuatu
        yang tak sepatutnya ( membeli wakil rakyat )?. Sebagaimana yang
terjadi di Perak
        sekarang. Perlu kita ingat, membeli wakil rakyat ini memang
dimulakan oleh Anwar
        semasa di dalam BN lagi. Ianya cuba diteruskan kini tapi gagal
nampaknya ( mungkin
        duit PR tak cukup gamaknya ). Demi mencapai wawasannya jadi PM
dan segelintir
        nampaknya terus buta-buta menyokong dia. Dia mungkin tak
berubah...apakah
        beliau tidak menikam PAS semasa jadi TPM dulu.
        Nampaknya perancangan PR diikuti pulak oleh BN...Jadi kita nak
marahkan siapa sekarang ?
        Kita MESTI berpijak dibumi nyata bahawa " JIKA PR BOLEH BUAT
BERMAKNA BN
        PUN BOLEH BUAT " BUKANNYA " JIKA PR TAK APE TAPI BN BUAT TAK
BOLEH "

        Begitu juga halnya dengan Nizar, semasa kes perlantikkan MB
Terengganu dulu, PR
        MELOBI menyatakan ahli dan pemimpin BN menderhaka pada sultan,
tapi apa dah
        jadi pada sekarang ?. Nizar nak saman sultan Perak, kat
Terengganu dulu tak sampai
        pulak saman menyaman.... Kes Terengganu PR cakap Sultan punyai
kuasa atas perlantikkan
        MB dan sekarang terima ajelah ( yang tuan punya negeri - di
dunia aje )  dah halau dah...
        esok-esok kalau menang lagi di Perak dalam PRU 13 nak jumpa lagi
muka Sultan...tak malu
        ke ?.
        Saya pasti ini semua adalah cadangan dari KEPAL SINGH-DAP.
Inileh akibatnya jika berkawan
        dgn orang yang tak tau adat Melayu....sampai nak menderhaka .
Sepertimana negara Arab
        bersahabat dgn Yahudi....kemudian Yahudi sewenang membunuh
SAUDARA SEAGAMA,
        mereka semua jadi batu yang tau berkata-kata. ....asyik- asyik
nak berbincang sedangkan
        dah 60 tahun Palestin menderita, apakah masih tak cukup lagi
perbincangan. Lagi buruk
        berbincang pun masih nak gaduh sesama mereka.

        Sekarang kita sejujurnya nilaikan siapa lagi teruk, PR ATAU BN .
Jangan jadi seperti
        perpatah Melayu " NAK KATA DULANG, PAKU SERPIH. NAK ORANG PR
YANG
        MELEBIH-LEBIH " dan " KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG

        TAHI ".

        Wassallam






                ----- Original Message -----
                From: amirul rahman <mailto:amirul%20rahman>
                To: Ikhwanul Muslimun
<mailto:hidayahnet@yahoogroups.com>
                Sent: Friday, February 06, 2009 10:59 AM
                Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA :
Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN

                Salam,

                Kalau ADUN PKR yang keluar parti PKR dan menyokong BN
tu, kita rasakan mungkin mereka agenda mereka tersendiri.
                Yang menariknya saya ingin tahu mengapa ADUN dari DAP,
sementelah dia adalah Timbalan Speaker Dewan juga keluar dari DAP
menjadi calon bebas.
                Setahu saya ADUN PAS dan DAP cukupr kental dengan
prinsipnya, tidak seperti ADUN PKR atau UMNO yang sering mempunyai
agenda tersendiri..

                Sesiapa boleh komen?


________________________________

                To: hidayah...@yahoogro ups.com
                From:
                Date: Wed, 4 Feb 2009 17:54:35 -0800
                Subject: Help Palestine [hidayahnet] SURAT TERBUKA :
Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN


                SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN
                Dilulus terbit pada Thursday, February 05 @ 08:30:00 MYT
oleh TokBatin
                Oleh tantawi08

                "
                Iklim
                politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini
diburukkan oleh
                pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh
dilelong ke sana
                sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya
kelihatan bergayut
                pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

                Cukup
                jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada
aras nilai pada
                diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana
hubbud dunya wa
                karaahiyatul maut .

                Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah
swt. Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .

                Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli
Parlimen [ MP ] PAKATAN RAKYAT .

                Tatkala
                kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai
perjuangan suci
                bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan
keadilan dalam
                sistem politik negara ini ,

                jua
                membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai
penyelewengan
                dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang
berada di atas
                landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang
makmur , sentosa
                dan harmoni .

                Malah
                kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat
untuk mereka
                keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas
dan pemerintahan
                zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .

                Biarpun
                tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada
perjuangan kita
                , namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak
kita membentuk
                iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata -
rata rakyat
                mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju
perjuangan kita .

                Alhamdulillah
                kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk
dipimpin atau ditadbir
                oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan
sejak 18 tahun
                yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai
dalam waktu yang
                singkat .

                Ya
                .... satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita
semua . Apakah
                kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta
amanah sebagai
                pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau
kita kufur lantas
                kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta
khianat terhadap
                amanah dan mandat rakyat .

                Ujian
                ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas
oleh mereka yang
                kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani
oleh mereka yang
                tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal
, bijak ,
                hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan
antara
                kriteria yang mesti dimiliki semua kita .

                Gopoh
                , tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah
dan khianat pula
                adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan
dari menguasai
                diri dan minda kita .

                Realiti yang perlu diteliti

                Mazmumah
                adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang
cepat menyerang
                dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu
melumpuhkannya.
                Semangat perjuangan yang berkobar - kobar cepat serat
dan pudar sejurus
                dijangkiti virus mazmumah ini .

                Sebaliknya
                , jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh
menuetralkan kesan
                jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi
mangsa .

                Pastinya
                vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini
pula mampu
                menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan
pemilik atau
                pemakainya hebat dan kuat anti body .

                Kita
                tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah
dilalui oleh
                Kerajaan Negeri Kelantan . Pengalaman memerintah negeri
dengan
                kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi
dipertengahan musim
                ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir .

                Lebih
                getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi
yang hanya
                dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi
. Kerusi
                tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb.
Zakaria Yaakub ]
                pada masa itu .

                Pelbagai
                helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling
Kerajaan
                pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat . Cara
                baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah
digunakan oleh
                UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali
mengambil kira dosa
                dan neraka .

                Berbekalkan
                kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan
hingga tamat
                musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti
2/3 kerusi
                Dewan Undangan Negeri Kelantan .

                Keupayaan
                dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala
ugutan , bujukan
                , tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa
yang sukar
                dilunturkan oleh virus mazmumah .

                Saya
                masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil
rakyat dengan
                kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta
ringgit yang
                ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah
setengah juta ringgit
                itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri
dan menggadai
                maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO
menggulingkan
                Kerajaan negeri Kelantan .

                Tawaran setengah juta di tolak ?

                Apakah
                Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta
ringgit ? Ya ...
                seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi
Atiqullah [ ADUN
                Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak
terpengaruh dengan
                tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat
Kerajaan [
                sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga
UMNO kehilangan aqal dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam
mengolah bakti .

                Sekalung
                tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri
Kelantan yang tahu
                harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata
wang dunia .

                Sikap
                dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa
ADUN dan MP
                PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang
cukup dikesali .
                Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan
sandiwara
                politik murahan yang memualkan .

                Bayangkanlah
                , betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam
jiwa rakyat agar
                menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri
atau negara kepada
                PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak
lekat unjak atau
                kuat cacangnya .

                Ingatlah
                , kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain
politik bagi
                memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh
, tetapi satu
                penyertaan yang menyandang matlamat suci . Matlamat
melahirkan sebuah
                negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan
Negara yang bebas
                rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas
penyelewengan dan salah
                guna kuasa .

                Matlamat
                yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan
pengkhianatan yang
                kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi .
Jangan sampai muka
                diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris
sendiri . Semuanya
                bermula dari episode sebuah pengkhianatan .

                Iklim
                politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini
diburukkan oleh
                pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh
dilelong ke sana
                sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya
kelihatan bergayut
                pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .

                Cukup
                jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada
aras nilai pada
                diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana
hubbud dunya wa
                karaahiyatul maut ."






________________________________

        Make the most of what you can do on your PC and the Web, just
the way you want. Windows Live <http://www.get.live.com/wl/all>



*** RANHILL - WORLEYPARSONS GROUP NOTICE ***
"This email is confidential.  If you are not the intended recipient, you must 
not disclose  or  use the  information contained in it.  If you have received 
this email in error,  please notify us immediately by return email and delete 
the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the 
writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the 
Ranhill - WorleyParsons Group of Companies."

Kirim email ke