Ya memang hebat, saya hampir menitiskan air mata setiap kali membaca kisah adik 
Nik Nur Madihah ini. Alangkah beruntungnya ibubapa yang mempunyai anak yang 
sebegini. Serta merta terpancar angan-angan di hati saya untuk mendapat anak 
seperti ini. Allah itu maha adil. Wallahua'lam




________________________________
Daripada: "fatkurra...@yahoo.com" <fatkurra...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Jumaat, 13 Mac, 2009 10:49:50
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] INILAH RUMAH SAYA


Salam

FYI, TQ!

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

INILAH RUMAH SAYA
Utusan Malaysia, 14 Mac 2009



Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di 
rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – 
UTUSAN/Hafiz Johari
________________________________

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk 
seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi 
pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil 
membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata 
berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah 
ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. 
Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), 
Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan 
berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang 
agak senang.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah 
Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata 
kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran 
untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia 
terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik 
kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat 
manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi 
bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

[Message sent by radz...@gmail. com via AddThis.com. Please note that the 
sender's email address has not been verified.]
Thanks & regards

BLOG
http://islamicfinan ce2u.blogspot. com

FACEBOOK
http://www.facebook .com/profile. php?id=523313603&ref=profile# /profile. 
php?id=523313603&v=info&viewas=523313603

GALLERY 1
http://www.new. facebook. com/profile. php?id=523313603&v=photos

GALLERY 2
http://picasaweb. google.co. uk/islamicfinanc e2u/

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant

Mobile | +6013 391 2695

Skype | fatkurradzi   Yahoo Messenger | fatkurradzi    Google Talk | 
islamicfinance2u



2009/3/14 <em...@addthis. com>

FYI, TQ!

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

[Message sent by radz...@gmail. com via AddThis.com. Please note that the 
sender's email address has not been verified.]







      Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke