Salam

FYI, TQ!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
INILAH RUMAH SAYA Utusan Malaysia, 14 Mac 2009


  Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani
Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
------------------------------
 Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk
seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang
menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik
sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata
berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di
rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik
Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi
(Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak
seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang
dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti
sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu
giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan
kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah
bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya
untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang
itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

[Message sent by radz...@gmail.com via AddThis.com. Please note that the
sender's email address has not been verified.]
Thanks & regards

BLOG
http://islamicfinance2u.blogspot.com

FACEBOOK
http://www.facebook.com/profile.php?id=523313603&ref=profile#/profile.php?id=523313603&v=info&viewas=523313603

GALLERY 1
http://www.new.facebook.com/profile.php?id=523313603&v=photos

GALLERY 2
http://picasaweb.google.co.uk/islamicfinance2u/

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant

Mobile | +6013 391 2695

Skype | fatkurradzi   Yahoo Messenger | fatkurradzi    Google Talk |
islamicfinance2u


2009/3/14 <em...@addthis.com>

> FYI, TQ!
>
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
>
> [Message sent by radz...@gmail.com via AddThis.com. Please note that the
> sender's email address has not been verified.]
>
>
>

Kirim email ke