Tajuk :
Menghormati Jenazah
Hadith :

Dari Umar bin Rabi’ah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu
melihat jenazah, berdirilah sehingga ia meninggalkan kamu.”

al-Bukhari

Huraian
Umat Islam adalah digalakkan untuk mengucapkan takziah kepad sesiapa
yang meninggal dunia. Begitu juga setiap jenazah hendaklah dihormati
kerana ia merupakan makhluk bernama manusia yang mempunyai maruah.
Sebab itulah Islam menghendaki agar sesiapa yang menguruskan jenazah
agar sentiasa berlemah lembut di saat memandikan, mengkafankannya serta
menjaga aurat jenazah itu sendiri sebagaimana yang sepatutnya.
sesungguhnya jasad yang sudah terputus roh dari badan akan merasai
kesakitan sekiranya diperlakukan dengan kasar. Bahkan jika dikaji hanya
di dalam agama Islam sahaja kita dapati terdapatnya adab-adab tertentu
terhadap jenazah di mana kita dilarang sama sekali menyakitinya sama
ada dengan percakapan mulut (membicarakan keburukan si mati) apalagi
dengan mengasarinya dengan anggota.


      

Reply via email to