Lagi berkaitan jenazah (orang Islam):
 
    Suatu ketika Abu Hurairah r.a. meriwayatkan hadis berikut:
     "Seorang yang menyertai jenazah akan mendapat satu qirat jika dia pulang 
selepas urusan jenazah tetapai jika dia terus tinggal di situ sehingga 
pengkebumiannya dia akan memperolehi dua qirat. Satu qirat adalah terlebih 
besar daripada gunung Uhud."
 
     Mungkin ramai kita menyedari semakin hari semakin kurang dari kalangan 
kita yang berada ditempat berlaku kematian dan pengurusan jenazah sehingga 
keperingkat pengkebumian. Agaknya mungkin kerana kesibukan dengan urusan cari 
makan masing-masing tapi kadang-kadang pada hari cuti pun keadaan serupa juga. 
Sebaliknya apabila diadakan majlis tahlil arwah beserta jamuan sehingga 
beberapa hari ramai pula yang hadir. Nampaknya apa yang tidak diberatkan oleh 
Islam itu yang orang Islam lebih mengambil berat tapi apa yang Islam anjurkan 
melalui Nabi SAW tidak pula dititik beratkan. Mungkin satu hari segala urusan 
jenazah akan diswastakan. Setakat hari ini ada yang masyarakat masih beri 
pertolongan secara sukarela walau pun sudah ada urusan tertentu yang 
diswastakan. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Mon, 3/23/09, muham...@yahoo.com <muham...@yahoo.com> wrote:

From: muham...@yahoo.com <muham...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] HIMPUNAN HADITH HARIAN: Menghormati Jenazah
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, March 23, 2009, 8:46 PM












Tajuk :

Menghormati Jenazah

Hadith :

Dari Umar bin Rabi’ah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat 
jenazah, berdirilah sehingga ia meninggalkan kamu.”

 
al-Bukhari

Huraian
Umat Islam adalah digalakkan untuk mengucapkan takziah kepad sesiapa yang 
meninggal dunia. Begitu juga setiap jenazah hendaklah dihormati kerana ia 
merupakan makhluk bernama manusia yang mempunyai maruah. Sebab itulah Islam 
menghendaki agar sesiapa yang menguruskan jenazah agar sentiasa berlemah lembut 
di saat memandikan, mengkafankannya serta menjaga aurat jenazah itu sendiri 
sebagaimana yang sepatutnya. sesungguhnya jasad yang sudah terputus roh dari 
badan akan merasai kesakitan sekiranya diperlakukan dengan kasar. Bahkan jika 
dikaji hanya di dalam agama Islam sahaja kita dapati terdapatnya adab-adab 
tertentu terhadap jenazah di mana kita dilarang sama sekali menyakitinya sama 
ada dengan percakapan mulut (membicarakan keburukan si mati) apalagi dengan 
mengasarinya dengan anggota.

















      

Reply via email to