Rosol jamin tidak kemuka usul undi tidak percaya terhadap MB 
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

TIADA USUL... Datuk Rosol Wahid (kiri) memberi jaminan beliau tidak akan 
membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said 
(kanan) pada persidangan DUN yang akan bermula esok.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk
Rosol Wahid memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak
percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok.

Malah beliau turut menafikan sekeras-keranya dakwaan yang mengatakan
bahawa beliau akan mengetuai beberapa lagi ADUN Barisan Nasional (BN)
untuk berbuat demikian.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).
"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri 
Besar," katanya kepada mStar Online.
Persidangan DUN Terengganu mulai esok sehingga Rabu ini akan
dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR),
Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Jelasnya lagi, dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan beliau
turut hairan mengapa namanya dikaitkan dengan perkara tersebut.
"Ini semua tidak betul, saya pun pelik kenapa orang kaitkan nama saya dengan 
benda-benda begini," katanya.
Desas-desus yang mengatakan ada ADUN BN akan mengemukakan usul undi
tidak percaya terhadap Ahmad Said mula tersebar sejak beberapa minggu
lepas.

Sebelum ini, khabar angin turut mengatakan bahawa jawatan Menteri
Besar akan bertukar tangan pertengahan tahun ini, malah perkara
tersebut semakin hangat diperkatakan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Khabar angin itu mengatakan bahawa akan ada perubahan beberapa
jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Najib.
Bagaimanapun jelasnya, beliau tidak dapat memastikan jika ada ADUN lain yang 
ingin mengutarakan usul berkenaan.
"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi 
bagi saya memang tak ada," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan menghadiri persidangan DUN yang akan bermula esok.
Diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar yang memberi
amaran bahawa ADUN BN yang mengemukakan usuk undi tidak percaya
terhadap kepimpinannya akan dipecat, Rosol berkata, amaran tersebut
terpulang kepadanya.

"Terpulang kepada beliau nak beri amaran, tapi kita pun tak pasti
amaran tersebut ditujukan kepada siapa atau pihak mana," katanya.


OK... best gok sesekali tengok UMNO ngan UMNO bergasak.... wakakakaka. 


Jemputan : Orangkampong

Reply via email to