Pemuda Rembau berjaya ternak ikan keli

Siang tadi saya berkesempatan bertemu seorang sahabat pemuda Rembau yang 
menternak ikan keli. Dia ternak dalam kolam konkrit depan rumah dia. Ada enam 
kolam besar dan beberapa kolam kecil.

Sambutan amat menggalakkan. Dia merancang untuk meluaskan pasaran. Ikan keli 
salai berhampiran pekan Pedas pun dia yang bekalkan.

Ketika ramai yang risau menghadapi ekonomi yang gawat, masih banyak lagi 
peluang perniagaan dan peluang kerjaya yang orang kita terlepas pandang.

Itulah yang seringkali saya katakan pada teman-teman. Kita perlu yakin bahawa 
rezeki Allah yang beri. Jangan kita rasa bahawa rezeki kita ini ditentukan oleh 
ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Eropah. Kalau Amerika Syarikat bankrap , 
habislah kita di Malaysia ini, kebulurlah kita semua.

Malam tadi juga jumpa seorang sahabat kontraktor di Rembau. Dia kata susah cari 
makan kontrak kelas F di Rembau. Ada 40 tawaran kerja yang datangnya lebih 200 
kontraktor. Tapi sebab dia yakin rezeki Allah yang beri, dia dapat tawaran 
kerja kontrak yang tidak putus-putus di luar Rembau.

Yakinlah sungguh-sungguh , rezeki Allah yang berikan. 

Jika kita menolong agama Allah , Allah akan menolong kita.

Kalau sesebuah negeri itu melaksanakan syariat dan hukum Allah , maka negeri 
itu akan dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah.

Gambar kolam ikan keli Pemuda Rembau tadi pada pautan ini 
http://waghih.blogspot.com/2009/04/ekonomi-gawat-perlu-yakin-rezeki-allah.html 



      

Kirim email ke