bang...tulis tu...jangan lah ikut perasannnnn.

 



________________________________
Daripada: "Muhd. Izat Abd. h...@yahoo.com" <Muhd. Izat Abd. h...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Jumaat, 10 April , 2009 8:18:44
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain





aku sokong 1,000,000%

pompuan melayu skang mmg ego tinggi. sikap berlumba2 hal duniawi meluap2 sampai 
lupa tanggungjawab n rukun. yg jadi mangsa adalah si suami.

aku lebih rela berkahwin ngan yg bukan islam tapi punya kesetiaan n ketaatan pd 
suami yg cukup tinggi. ia ibarat mencorak sehelaikain putih. wanita melayu pula 
adalah kain putih yg dh dicorakkan.

kpd pompuan melayu...sori berlori2 laa...aku dh ada pengalaman.. .tu pasal aku 
sokong n hentam cukup2. kesetiaan pd suami mmg payah nak dpt dr wanita melayu. 
andai x memuaskan hati, wanita melayu akan kerap mencari helah supaya 
kesalahannya x nampak atau ditutup dan akhirnya si suami/lelaki yang nampak 
bersalah walhal puncanya dr wanita melayu.

wanita melayu jgk ramai melahirkan lelaki dayus pada zaman moden ini. so, 
disebabkan lahirnya lelaki dayus maka pintu ke syurga tutup rapat buat si suami.

ptuihh!!




________________________________
From: "c...@yahoo. com" <c...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Friday, April 10, 2009 12:15:18
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain


Bahan bacaan bila dok termenng depan pc @ www.ceria.com. my


PEMBACA mungkin telah banyak membaca masalah, penderitaan dan isu-isu berkaitan 
wanita hidup bermadu. Dari banyak pandangan yang diberikan rasanya cuma satu 
dua sahaja wanita yang dimadukan merasa bahagia dan selesa hidupnya 
dipoligamikan. Kebanyakannya rata-rasa meraka melahirkan rasa tidak puas hati, 
keciwa dan menderita bukan sahaja melibatkan diri mereka sahaja tetapi juga 
anak-anak turut menjadi mangsa.
Namun tidak dinafikan mungkin ada yang merasa bahagia, tetapi tidak mahu 
pengalamannya dipaparkan di ruangan ini untuk kita sama-sama melihatnya dengan 
hati dan mata lebih terbuka.

Bagaimana pun penulis kurang menerima pandangan daripada kaum lelaki yang 
berpoligami kalau ada pun yang mengirimkan jumlah mereka terlalu kecil 
berbanding wanita. Kebanyakan surat, e-mel mahupun faks yang diterima dari kaum 
wanita sentiasa menceritakan masalah hidup bila suami kahwin lagi.

Seorang suri rumah, Puan Cik Wan memberikan sebab mengapa kaum lelaki kurang 
memberi pandangan, katanya kerana mereka tidak menghadapi masalah berpoligami, 
sebab mereka yang menerima padah bermadu adalah wanita, ada antara isteri yang 
ditinggalkan tanpa nafkah, ada yang juga terpaksa ikat perut kerana suami 
kurangkan duit belanja dan sebagainya, jadi hidup kaum lelaki memang tidak ada 
masalah, kerana mereka adalah golongan pembuat masalah.

Katanya kaum lelaki boleh tutup mata, hati dan perasaan terhadap kehidupan 
anak-anaknya, dia tak peduli anak-anaknya dapat makan, boleh pergi sekolah, 
duduk di rumah yang sempurna ataupun tidak, asalkan kehendak hatinya beristeri 
lebih daripada satu terlaksana.

Pada mereka, masalah isteri dan anak-anak tak penting, asalkan cita-cita dan 
hasrat hatinya terlaksana. Kaum lelaki juga sering melahirkan kata-kata keramat 
bahawa keadilan kalau beristeri lebih tidak boleh diukur kerana tidak ada kayu 
pengukur, dan ianya terlalu subjektif. Wang ringgit juga tidak boleh diambil 
kira, kerana wanita sentiasa laparkan wang berapa banyak pun wang yang diberi 
tidak pernah cukup.

``Pada saya itu adalah pembohongan, kaum lelaki sering lalai dan lupakan 
tanggung jawabnya setelah beristeri lebih, biasanya isteri mudalah yang menjadi 
keutamaan. Tetapi banyak juga isteri kedua menghadapi masalah kerana 
sebab-sebab tertentu. Terutama setelah rahsia dia berpoligami terbongkar.

``Selagi boleh menyembunyikan isteri keduanya, selagi itulah lelaki akan 
menafikan dia berkahwin lagi, Bila rahsia sudah bocor, suami biasanya akan 
menjadi takut dan terus meninggalkan isteri keduanya, terutama apabila dia 
merasakan isterilah atau keluarga isterinya tempat dia banyak bergantung.

Demikian pandangan Puan Cik Wan kenapa kaum lelaki kurang memberikan pandangan 
tentang poligami. Mereka lebih suka mengukuk di belakang tidak berani 
berhadapan isterinya.

Bagaimana pun baru-baru ini penulis menerima e-mel daripada Encik Saiful yang 
menceritakan pandangannya tentang masalah poligami, oleh kerana pandangan kaum 
lelaki jarang diterima untuk ruangan ini, maka minggu ini dipaparkan pandangan 
beliau yang rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti.

Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi, sebab dan 
apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami merasa amat keciwa 
dengan sikap mereka yang terlalu ego.

``Saya mengikuti dengan penuh khusyuk tentang artikel yang dimuatkan dalam 
ruangan DCCK ini tentang bermadu. Memang menarik, pelbagai pandangan diberikan 
dan saya memang suka mengikuti bab ini. Kerana ia secara tidak langsung 
melihatkan diri saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

``Namun sebagai pembuka tirai izinkan saya dahulu memperkenalkan diri saya 
sebagai Saiful berusia dekat 40an tahun dan sudah berumah tangga. Kini saya 
mempunyai 3 orang anak yang sedang meningkat remaja.

``Di dalam saya mengikuti artikel-artikel yang dipaparkan terutama sekali DCCK  
lalu berjudul ``Pegang bara api dulu baru layak bermadu.Saya teruja untuk 
memberikan pandangan kerana saya merasa amat kesal dengan cara Puan Norlia 
mengatakan cukup tebalkah iman lelaki untuk berlaku adil seperti Nabi. 
Sesungguhnya iman seseorang manusia itu tidak dapat diwarisi dan saya kesal 
kerana beliau mengambil mudah untuk menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur.

``Beliau mungkin terlupa kisah isteri Nabi bernama Habsah yang telah dipulaukan 
oleh Nabi selama sebulan, sehinggan bapanya, Saidina Umar datang menyepak 
Habsah. Lupakah kita bahawa isteri-isteri Nabi adalah mereka yang di janjikan 
Syurga. Jika wanita boleh berkelakuan sedemikian kepada Nabi, inikan manusia 
biasa dan ramai kes-kes penceraian berlaku atas sikap wanita itu sendiri. 
Mereka terlalu ego dengan kelebihan dan kedudukan mereka sekarang.

``Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka kucar 
kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri, mengapa suami 
mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami mereka sampai sanggup 
berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki berkahwin dua tanpa sebab 
tertentu.

``Pada pandangan saya kebanyakkan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat 
tinggi. Mereka ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza 
dengan wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan 
setia.

``Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil daripada penglibatan saya 
dengan PERKIM. Beliau merupakan seorang wanita Inggeris yang telah memeluk 
Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan 
Metropolitan beliau pada masa lalu dan kini menetap di pendalaman di Selangor 
bersama suaminya tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.

``Semua ini dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan 
namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum hawa Melayu, kesanggupan 
wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya untuk bersama-sama suami 
amat mengkagumkan saya dan beliau telah membahagiakan suaminya.

``Jadi kepada Puan Norlia, Nabi pernah berkata bahawa sekiranya manusia ini 
boleh menyembah selain dari Allah, maka isteri akan disuruh menyembah suami. 
Dan bagi wanita, sesungguhnya Syurga itu amat mudah jika di bandingkan dengan 
lelaki, sembahyang, puasa dan taatlah pada suami, maka pilihlah mana-mana pintu 
syurga yang kamu kehendaki.

``Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera orang lelaki atau mengangkat 
mertabat kaum lelaki, tetapi ini adalah yang hak, dan anda sendiri yang 
menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur, sepatutnya menjadi lebih insaf.

``Pada pandangan saya kebanyakkan cerita yang dipaparkan seolah-olah 
menyalahkan kaum lelaki berpoligami, seolah-oleh dengan berpoligami itu satu 
cara yang sah untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya 
adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki.

``Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang di 
Syurga dan kenapakah dijadikan Hawa. Kerana Allah mengetahui bahawa Adam 
kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya. Itulah sebabnya, 
lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan berkahwin lain.

``Berlainan dengan kaum wanita yang boleh meneruskan hidup selepas kematian 
suami. Mereka boleh hidup sendirian, boleh menguruskan diri, rumahtangga dan 
anak-anaknya sendiri, tetapi lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki 
demikian, tetapi itulah yang berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya.

``Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, 
saya katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian walaupun 
ada isteri tetapi dia yang tidak memperdulikan kebajikan saya menyebakan atau 
menjadi faktor utama yang menolak (pushing faktor) saya ke arah hidup 
berpoligami.

``Sebagai suami siapa boleh sabar kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa 
dengan kita, kerana egonya terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak 
mendapat layanan sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk 
mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap seorang 
isteri terhadap suaminya. Dan sikapnya yang sedemikian tidak boleh ditegur dan 
dinasihat.

``Bagaimana pun bagi saya, hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi 
saya amat kesunyian dan memerlukan 'companionship' yang lebih lagi. Saya selalu 
memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak. Rasanya 
pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya amat memerlukan 
seorang rakan hidup.

``Pada pandangan saya zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan 
pendidikan, pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, 
mereka telah gagal memahami fungsi mereka sebagai ibu dan isteri di dalam 
institusi keluarga. Malahan, mereka beria-ria ingin setanding dengan lelaki 
yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu sendiri.

``Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sikap 
dan perbuatan isteri saya sendiri jika ditegur kepada kebaikan, isteri saya 
akan meminta menceraikannya dengan alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi 
sebab saya menegurnya. Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?

``Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakkan isteri akan 
melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup bermadu tanpa memikirkan 
atau muhasabah diri sendiri di manakah silap mereka terdahulu.

``Itulah sebabnya mengapa saya katakan bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi 
sekali. Kaum wanita tidak ingin diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang 
serong dengan tanggapan bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan 
suami cari lain, atau berkahwin lagi.

``Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan bahawa saya memang berhasrat untuk 
menikah lagi dan saya kini sedang berkenalan dengan seorang janda. Beliau 
banyak membantu saya di dalam melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan 
menjadi rakan hidup saya yang baik.

``Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya 
sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya. Beliau tidak ingin digelar 
perampas suami orang. Itulah peliknya kaum hawa. Mereka hanya memikirkan diri 
sendiri tanpa memikirkan apakah perasaan kaum lelaki.

``Jadi kepada Puan Norlia, saya amat bersimpati dengan saudari tetapi, kaum 
hawa juga perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak 
suami. Jangan memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang 
anda harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami anda.

``Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang kaum lelaki yang ingin 
berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka, lihatlah ke dalam diri 
sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki hanya mahukan rakan hidup lebih daripada 
seks. Perkahwinan ini adalah segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.

``Jika agama itu dijadikan landasan hidup berumahtangga, maka tidak akan 
menjadi porak peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah 
pendek dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah 
pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita dan suami 
kita redha dengan kita, maka Syurga itulah pembalasannya dan itulah yang kekal.

Demikian cerita Encik Saiful tentang pengalamannya dan pandangannya tentang 
kebanyakan isteri zaman ini dan mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah 
wanita ego atau sebaliknya, tentu pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami.
 
 
- Maimunah



________________________________
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!



      Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke