Memang semua ini penting untuk kita saling ingat mempringat. Yang diberi 
amanah wajiblah menunaikan amanah.Yang diberi kuasa memerintah wajib menunaikan 
amanah yang diberikan rakyat dalam mentadbir harta rakyat dan rakyat memang 
tidak wajar lupa. Cuma dalam melaksanakan amanah kepada rakyat kerajaan yang 
diamanahkan jangan pula lupa akan amanah oleh Allah SWT. Melaksanakan 
pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah jangan sekadar memenohi segala 
tuntutan dan keperluan rakyat tapi tuntutan Allah swt dalam melaksnakan syariat 
Nya sepenohnya diabaikan. Maka menunaikan amanah Allah adalah sama pentingnya 
dengan menunaikan amanah rakyat. Kedua-duanya wajib di laksanakan. 
 
    Kerajaan jangan anggap kuasa yang ada padanya itu datang dari rakyat belaka 
dan merasakan tanggungjawabnya hanya kepada rakyat tetapi lupa bahawa kuasa itu 
sebenarnya datang dari Allah swt. Maka Allah lah yang mesti lebih diutamakan !! 
Syariat Allah mesti dilaksanakan, menyeru makruf mencegah mungkar mesti 
dilaksanakan !! Benarlah seperti kata saudara jangan janji saja untuk bersih 
cekap dan amanah tapi lupa itu semua bila kuasa berada di tangan !! 
Jangan hanya seru rakyat melakukan kebaikan tetapi yang mungkar dibiarkan 
bahkan kerajaan bersekongkol pula dengan segala maksiat. Program media 
elektronik atau media cetak yang tidak besrsesuian dengan Islam jangan 
dibiarkan. Ada pertunjukan-pertunjukan fesyen wanita ? anjuran swasta yang 
mendedahkan aurat wanita apa perlunya disiarkan ?? Cukuplah dengan membiarkan 
mereka yang hadir di majlis itu menontonnya apa perlu disiarkan kepada umum ?? 
Jika nak disiarkan pastikan hanya fesyen yang menutup
 aurat saja dibenarkan !! 
 
     Dari segi harta dan wang ringgit pula katakan jika seorang pemimpin itu 
diamanahkan RM1000 untuk diberikan kepada seorang rakyat yang memerlukan 
bantuan jangan pula RM500 sahaja sampai ketangan rakyat tapi RM500 lagi masuk 
poket sendiri atau kroni pemimpin. Agensi-agensi kerajaan pula jangan pula 
diskeriminasikan rakyat hinggakan ada yang tak layak dibantu diberi bantuan dan 
yang layak dibantu pula tidak dibantu kadang-kadang kerana faktor 
politik.  Jadi kalau nak bersyukur kepada kerajaan yang bantu rakyat 
bersyukurlah tapi jangan sampai kita memejamkan mata jika terdapat mungkar yang 
dilakukan oleh mereka. Jika mereka tak mau menerima teguran beri saja 
kuasa kepada orang lain. Kita sewajarnya berusaha menilai berpandukan al Quran 
dan Sunnah Rasulullah SAW. Tidak dinafikan pandangan-pandangan saudara ini 
memang baik. Saya sekadar memberi sedikit pandangan tambahan sesuai dengan 
realiti semasa. Wallahua'lam !!
 
ibnuAli
kota jembal
 

--- On Sun, 4/12/09, fa...@yahoo.com <fa...@yahoo.com> wrote:

From: fa...@yahoo.com <fa...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] (unknown)
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, April 12, 2009, 5:34 AM













Kita ni manusia...kita ni juga Melayu. Melayu mudah lupa, manusia memang mudah 
lupa (maaflah pada yang bukan Melayu). Bukan niat nak tunjukkan Melayu ni lebih 
lemah dari mana kaum sekalipun. Kita lupa yang kerajaan turapkan jalan untuk 
kita, beri kita subsidi petrol (dulu aje, sekarang tak), sediakan pihak polis 
untuk jaga keselamatan kita, bagi peluang kita sambung belajar (biasiswa, yuran 
sekolah etc.) bagi kita pinjaman modal (skim ekonomi, bank etc). Pemimpin kita 
pon mudah lupa (kan Melayu mudah lupa), lupa ikrar taat setia, janji untuk jadi 
bersih, cekap dan amanah, lupa nak tunaikan janji2 masa pilihanraya dahulu. 
Kita semua memang mudah lupa.
   Tapi Allah tak lupa janji-janjinya. Dia dah janjikan syurga-neraka, 
pahala-dosa, juga hidup-mati. Setiap hari kita bangun dia berikan kita sehari 
lagi untuk beribadat padanya (dah mati tak perlu dah), beri kita rahmat Islam 
(yang belum memeluk Islam belum terima rahmat ini), sediakan udara untuk kita 
bernafas, nikmat makanan dan minuman, sihat tubuh badan dan kawan2 juga 
sanak-saudara. Sebelum dilahirkan ke dunia, kita dah janji dah dengan tuhan, 
nak buat itu la , inila, semua yang baik2 belaka. Keluar ke dunia, semua kita 
lupa. Tapi Allah tak lupa.
jadi berbalik pada soal pembangunan tadi. Semua mahukan pembangunan, kalo pon 
bukan dari aspek fizikal masih ada aspek mental pula. Semua nak kereta besar, 
rumah besar, bini 'besar', macam2 macam yang besar. Namun kita kenala 
seimbangkan dengan pembangunan mental pula (kendiri), contohnya nak bayar 
zakat, berpuasa, menolong orang kesusahan, sediakan bekalan untuk akhirat. 
Dalam al-Quran sudah pon menyebut telah ada peradaban yang maju suatu ketika 
dulu (Tasamud, A'd etc), semaju mana kita tak tahu. Apa yang terjadi pada kaum 
ni, Allah lebih mengetahui, yang penting Allah telah binasakan kaum2 itu kerana 
berpaling dari jalan Allah. Jadi bukanlah kita nak menolak pembangunan, namun 
ia perlu seimbang juga dari aspek akhirat. Betul ape yang saudara kita 
sampaikan, orang miskin bagaimana nak bersekah, nak tunaikan haji apatah lagi. 
Penting tunaikan haji, sebab ini dalam rukun Islam. Kalau tak cukup salah satu, 
tak sempurna salah satunya, bagaimana kita nak
 mengaku Islam. Bile dah kaya, dah ada kuasa sukar pula nak mengingati Allah. 
Masa hidup susah bertekad nak membantu orang lain, tapi bila dah hidup senang, 
senang2 juga pijak2 hak orang lain.


Try cool new skins, plus more space for friends. Check it out on Singapore 
Yahoo! Messenger now.
















      

Reply via email to