BOLEH DAPATKAN NO AKAUN MAYBANK ATAU APA2 NO AKAUN BANK LAIN UNTUK 
MEMUDAHKAN BANTUAN KEWANGAN DISALURKAN.......
TERIMA KASIH...



Suara N9 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
22/04/2009 09:58 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Rumah Lindungan Kasih Tampin perlu bantuan











TAMPIN 16 April - Masyarakat disaran supaya tampil menghulurkan sumbangan 
bagi membantu penghuni-penghuni Rumah Lindungan Kasih di Taman Suria dekat 
sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sebarang bantuan sama ada 
dari segi kewangan atau barangan keperluan harian amat dialu-alukan.

Selain itu, katanya, orang ramai boleh membantu dengan berkhidmat secara 
sukarela sebagai pembimbing kepada seramai 16 penghuni yang terdiri 
daripada bayi, kanak-kanak dan remaja di pusat jagaan tersebut.

''Saya berharap lebih ramai anggota masyarakat akan tampil memberi 
sumbangan kepada Rumah Lindungan Kasih," katanya.

Osman berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan 
dan lawatan ke Rumah Lindungan Kasih di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan dan 
Pegawai Daerah Tampin merangkap Pengerusi Rumah Lindungan Kasih, Datuk 
Mohd. Yusof Yunus.

Sementara itu, kata Mohd. Yusuf, Rumah Lindungan Kasih yang mula 
beroperasi pada 1 Januari tahun lalu merupakan sebuah pusat jagaan yang 
menempatkan penghuni perempuan sahaja.

''Terdapat dua kategori penghuni di Rumah Lindungan Kasih iaitu anak yatim 
dan miskin serta remaja yang pernah terjerumus dalam masalah sosial.

''Kemasukan ke pusat jagaan tersebut adalah secara sukarela, terbuka 
kepada semua kaum serta tiada bayaran dikenakan," jelasnya.

Tambahnya, pada masa ini, Pusat Lindungan Kasih memerlukan sumbangan 
perabot bagi membolehkan kesemua penghuni menjalani kehidupan dalam 
suasana lebih selesa.

Utusan Malaysia 17 April 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm
 




-----------------------------------------------------------------------
FULFILLING THE VISION OF CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY AND GOVERNANCE
SAVE PAPER - READ THIS ON SCREEN, NOT IN PRINT UNLESS NECESSARY
This email transmission is intended solely for the named recipient(s).
It may contain confidential and/or privileged information.
If you are not the intended recipient, note that disclosing, copying or 
distributing it may be unlawful.
Please notify the sender immediately if you have received it by mistake, 
and delete it from your system.

<<image/gif>>

Reply via email to