Asmkm. Mengikut juma'ah fatwa Malaysia, kalau saya tidak silap, telah memutuskan bahawa mengisap rokok itu haram. Bagi saya untuk memutuskan haramnya sesuatu itu atas faktor benda itu akan membawa kepada kerusakan kepada diri dan makhluk lainnya. Maka berasas kepada ini bagi saya menghisap rokok haram. Apabila sesuatu yang haram itu kita melibatkan diri dalam apa bentuk aktiviti membawa kepada pengeluaran, pengedaran dan menjual maka hasil yang didapati itu haramlah. Kalau ada pekerjaan lain baiklah ntak usah libat diri dalam aktiviti seperti disebut di atas. Ingatlah bahawa rezki Allah SWT itu ada di mana-mana. Yang perlu ialah berusaha. Bermunajat melalui sembahyang Istikharah sebagai contonya sebelom memilih sesuatu pekerjaan minta petunjuk dari Allah SWT. Insya Allah mendapat petunjuk. Wassalam
--- On Wed, 4/15/09, Noraihan, ah...@yahoo.com <Noraihan, ah...@yahoo.com> wrote: From: Noraihan, ah...@yahoo.com <Noraihan, ah...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Minta pendapat To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Wednesday, April 15, 2009, 5:37 AM Salam semua, Dalam kegawatan ekonomi ni ramai diantara kita yg kena pecat/diberhentikan /buang kerja dll. Saya adalah salah seorang dari mereka. Alhamdulilah, saya telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat lain. Persoalan timbul bila syarikat baru ini berurusan dgn rokok. Actually syarikat ni refurbish mesin utk menghasilkan rokok. Memang termaktub dlm Al-Quran yg arak & segala activity dgn arak itu hukumnye haram.... Bagaimana pula rokok? Harap ada yg dapat membantu & memberikan buah pandangan. Sekian This e-mail may contain confidential and/or privileged information. If you are not the intended recipient (or have received this e-mail in error), please notify the sender immediately and destroy this e-mail. Any unauthorized copying, disclosure or distribution of the material in this e-mail is strictly forbidden.