salam, ini kes gangguan seksual. yg bahaya dari gangguan seksual boleh
melarat kepada rogol.  Yang penting minta your fren buat catatan kronologi
kejadian ;

*LANGKAH 1 :*
Tarikh :
Jam:
Tempat kejadian:
Bentuk gangguan seksual :
Sebutkan saksi jika ada:

 *LANGKAH 2 :*
a)Dapatkan sokongan rakan yang boleh dipercayai.
b)Jumpa bos/penyelia dan laporkan kejadian
c)Jangan gentar sekiranya pelaku gangguan seksual mengugut

Langkah 3 :
a) Cari alternatif lain untuk 'transport' balik kerja - cth. tumpang kawan
sejantina atau naik teksi aje coz bila overtime sure dapat bayaran extra,
insyaallah mampu cover cost. Lebih baik keluar duit lebih sikit dari menjadi
mangsa berterusan.
b) Standby hp yang boleh rekod suara -jika diugut atau pelaku ganguan
seksual cuba menggatal lagi jika direkod ada bukti.
c) Boleh laporkan kepada NGO seperti AWAM(ALL WOmen's Action
Society),tel-03-78774221/ WAO(Women's Aids Organisation),tel-03-79563488 dan
Sisters in Islam.
d) Untuk kes cabul fizikal atau rogol boleh terus ke Bilik Mawar di
Kecemasan , HKL.
e) Polis - 03-2302222
Ikhlas dari Pelajar Master Counseling SPADA, USIM

2009/4/12 <>

>
>
> salam sejahtera..
> ada sorang hamba Allah ni (pompuan) tanya saya tentang satu perkara
> baru-baru ni. saya tak dapat nak jawab permasalahn tu jadi terpaksa saya
> ajukan ke hidayahnet. harap tuan mod lepaskan.
>
> begini, pompuan tu, A, baru masuk keje kat satu jabatan k'jaan ni. pastu
> bila dia dah start buat OT, ada la sorang mamat drebar ni, B, yang tukang
> antar A balik sebab A ni takde transport sendiri. lepas tu ada satu hari tu
> B ajak A makan so dorang pun makan la kat satu tempat.
>
> lepas je makan, B minta A tunjukkan tapak tangannya. ajaib, sebaik je
> tengok tapak tangan A, B boleh meramal bagaimana bentuk tubuh A. A merasa
> malu yang amat sangat ketika tu tapi memandangkan mereka masih kat luar dan
> belum sampai ke umah A, A pun control ayu je.
>
> pastu sejak hari tu B selalu cakap kotor kat depan A. A takut tak layan dan
> takut nak report kat
> ketua jabatan sebab takut ia akan buat B buat jahat kat A lagi-lagi diorang
> dalam satu dept.
>
> pada pendapat anda, apa perlu A lakukan?
>
> Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang
> lain
> (Hadis riwayat Al-Qudhi)
> 
>

Kirim email ke