salam,

saya juga tidak setuju ayat al-quran diguna-pakai oleh orang bukan islam dengan 
sesuka hati.

ya memang betul al-quran diturunkan untuk seluruh alam, tetapi untuk membaca 
malahan memegangnya sekalipun telah ditetapkan adabnya.

sedangkan wanita islam yang berhaid dan nifas pun dilarang membaca al-quran. 
inikan pula saudara ngor yang bukan islam ini.

adakah kita patut berbangga jika seorang yang tidak berhadas, dalam keadaan 
tidak suci , tidak mengucap membaca al-quran.

di manakah letaknya islam anda, membiarkan malahan bermegah dan bergembira bila 
orang-orang sebegini mempermainkan ayat al-quran dengan tidak mengikut adab 
yang telah ditetapkan.

al-quran bukanlah hanya sebuah kitab yang anda boleh samakan dengan buku-buku 
yang boleh dipijak-pijak sesuka hati atau kitab-kitab lain hatta karangan 
imam-imam besar sekalipun, al-quran itu tiada bandingan.

anda kene ingat rukun iman yang ke-empat, PERCAYA KEPADA KITAB_KITAB.
al-quran itu adalah salah satu cabangan rukun iman. 

oleh itu peliharalah ia, bukan sahaja dari segi bacaan, malahan adab membaca 
dan memegangnya.

jika benar saudara ngor begitu arif dalam pengkajian islamnya maka beliau patut 
tahu sebagai orang bukan islam, beliau hanya boleh membacakan tafsirannya 
sahaja.

adakah dia belajar daripada seorang individu islam atau belajar sendiri? 

jika beliau belajar sendiri, saya berharap agar ada individu islam yang sudi 
mengajar beliau dengan betul agar terbuka pintu hati beliau menerima hidayah 
allah dan bukannya bacaan beliau hanya sebagai gimik politik sahaja.

teguran saya kepada anda yang bersetuju cuma satu sahaja, JANGANLAH ANDA 
TERLALU GHAIRAH UNTUK MENGHALALKAN ATAU MENGHARAMKAN SEMUA PERKARA YANG ANDA 
RASA BOLEH MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT LEBIH ISLAMIK.

wallahualam...

honeyk...@yahoo.com





--- In hidayahnet@yahoogroups.com, amri el wahab wrote:
>
>    Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
> 
>  Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.
>  Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam
> tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
> 
> 
>    1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong
>    ayat Al Quran ketika itu?
>    2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak........
>    3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata
>    mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari
>    itu.
>    4. Maka di sini kita lihat dia telah *mempergunakan* ayat Quran
> sebagai *alat
>    mainan* politik nya untuk tujuan meraih undi.
>    5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu
>    bahawa ianya bermotif politik.
>    6. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam
>    boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
>    7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan
>    rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam
>    selepas ini.
>    8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat
>    orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya
>    lintang pukang.
>    9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di *pergunakan* oleh orang bukan
>    Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
>    10. Walhal orang Islam sendiri di larang *mempergunakan atau
>    memperalatkan* Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk
>    meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
>    11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
>    12. Mengapa?
>    13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al
>    Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di
>    hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
>    14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
>    15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
>    16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid....
>    dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
>    17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang
>    bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah 
> nya
>    malam itu?
>    18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan
>    hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan
>    seorang yang mahir.
>    19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan
>    orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik
>    kan?)
>    20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang
>    terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak 
> dan
>    bertepuk tangan.Malang........dan memalukan..............!!!
>    21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran
>    sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
>    22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam
>    sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.
> 
> 
> 
> Salaam & Regards
> Amri el Wahab
> 68000 Ampang, Selangor
> MALAYSIA
> SMS: 0122441105
> Sila ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
>


Kirim email ke