Waalaikumusalam wbt,
 
   Memang al Quran itu kalam Allah dan pastinya suci tapi suci bagi sebahagian 
besar  orang Islam berbangsa Melayu cukup sekadar diletak atas tempat yang 
tinggi-tinggi, mesti berwudhu bila nak menyentuh dan membacanya atau ditandingi 
bacaannya (musabaqah). Namun apakah sekadar ini yang dikehendaki oleh Allah dan 
Rasul Nya ?? Pada hal al Quran itu diberikan kepada Nabi kita untuk kita 
menjadikan nya sebagai panduan dalam segenap aspek kehidupan !! Jika ianya 
dibaca oleh orang bukan Islam pastinya mereka membacanya bukan untuk bertanding 
sedap atau tidak bacaan nya !! Jika YB En Ngor seorang Cina bukan Islam 
membacanya bukan mengharapkan berapa markah yang harus diberi keatas bacaannya 
tapi baginya ajaran Islam itu wajar diterima pakai oleh sesiapa yang anggap al 
Quran itu kitab agamanya. En Ngor kini mungkin sudah lebih paham tentang Islam 
dan al Quran itu sendiri  tapi masih ramai dari kalangan kita bukan saja masih 
tak paham tapi ramai yang
 paham tetap juga buat-buat tak paham !!
 
    Sebenarnya ramai dari  kalangan kita yang bukan sekadar tidak memelihara 
kesucian al Quran bahkan menghina al Quran dan Islam. Al Quran seharusnya 
menjadi dasar dalam menegakan sistem pemerintahan dan rakyat sama ada Islam 
atau bukan Islam harus dilayan sama adil selagi mana mereka tidak menentang 
Islam. Hampir semua orang Melayu /Islam cukup memusuhi agama Kristian tapi 
masih ramai yang dalam kehidupannya mengamalkan sebahagian cara hidup orang 
Kristian (walau pun tak ke gereja). Ini sebenarnya suatu kejayaan yang dicapai 
oleh kalangan yang menyeru kepada agama Kristian dan kalau orang bukan Islam 
sudah mau membaca al Quran dan boleh menerima apa yang dianjurkan dalam al 
Quran bukankah ni suatu kejayaan kita orang Islam ?? Tiada makna kita anggap al 
Quran suci selagi kita tidak mematuhinya dan apabila ada orang lain yang bukan 
Islam mau menghampirinya kita anggap satu penghinaan. Kristian bangga dengan 
rantai salib nya dan jika ada yang
 masuk Kristian salib pun sudah cukup untuk jadi kebanggaan mereka dan 
terpampang digantung pada dada mereka. Apakah kita juga terutama yang berada 
dalam UMNO meletakkan nilai al Quran itu sama saja saperti salib yang sekadar 
untuk menjadi simbol ??!! Kalau perbuatan en Ngor  dianggap sebagai permainan 
politik apa kurangnya pula mereka dari kalangan UMNO yang baca ayat-ayat al 
Quran tapi terima hanya sebahagian saja ketetapan Allah dalam al Quran untuk 
digunapakai dalam kehidupan dan "tolak" sebahagiannya. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 4/16/09, abu sa...@yahoo.com <abu sa...@yahoo.com> wrote:

From: abu sa...@yahoo.com <abu sa...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, April 16, 2009, 1:35 AM









Assallamualaikum. ..
 
Ya benar sekali hujah saudara amri....siapakah dia yang
diberikan hak untuk menbaca dan mentafsir ayat suci
Al Quran?.
Begitulah buruknya politik sekarang...campur tangan kaum
kafir ini dlm hal ugama kita DIBENARKAN oleh pihak pembangkang
malahan mendapat tepukan gemuruh dari orang Islam sendiri.
Bagaimana PEMBESAR PAS ?. Anda kalut ataupun anda telah sadar ?.
 
Manjakan kaum ini...ya pasti lama laun anda dan ugama anda
akan DITELANJANGKAN tanpa anda sedar dan yang bersorak adalah
orang Islam yang berbangsa Melayu .
 
Wassallam
 
 
 

----- Original Message -----
From: amri el wahab
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Monday, April 13, 2009 2:30 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran




 Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
 Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.
 Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam 
tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
 

Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al 
Quran ketika itu?
Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak....... .
Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk 
tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.
Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan 
politik nya untuk tujuan meraih undi.
Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya 
bermotif politik.
Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli 
dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan 
parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas 
ini.
Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina 
boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.
Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut 
sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran 
untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, 
apatah lagi bagi orang bukan Islam. 
Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
Mengapa?
Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al 
Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan 
orang yang mahir Al Quran atau guru.
Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum 
hukum yang berkenaan dengan nya.
Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun 
lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?
Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak 
belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang 
mahir.
Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang 
orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)
Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada 
hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk 
tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... ..!!!
Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati 
lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah 
tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.

Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Sila ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

















      

Kirim email ke