--- In hidayahnet@yahoogroups.com, hanisah wrote: > > Salam, > > saya hanya ingin meminta pandangan pada pada rakan2. > Adakah wajar seorang isteri menonton wayang bersama rakan2 pada waktu mlm > (dengan izin suami), > sedangkan suami menjaga anak2 dirumah. > Maaf jika soalan saya ni agak sensetif... > > terima kasih.. > Waalaikum salam, Pada pandangan ana, diri puan sendiri tahu jawapannya. Iman yang mantap akan memberi jawapan yang yang tepat samada apa yang kita buat itu menyalahi hukum atau tidak. Iman yang mantap adalah hasil dari ilmu yang mantap yang kita perolehi di majlis-majlis ilmu. Soalan yang perlu diajukan pada diri kita ialah;
Pertama:Apakah yang aku akan lakukan ini bertepatan dengan syariat Islam? Kedua; Apakah perkara yang sebenarnya aku cari di dalam dunia ini? Ketiga: Adakah perbuatan aku ini diredhai Allah s.w.t. Keempat: Apakah pandangan masyarakat? Kelima: Dimanakah sepatutnya seorang isteri berada? Keenam: Perbuatan itu memberi manafaat atau lara sahaja? bermaksud adakah ianya akan mambawa ku ke syurga Allah s.w.t atau ke neraka? Ketujuh: Apakah janji Allah s.w.t. terhadap isteri yang taat setia kepada suaminya walau pun suaminya mungkar?Allah swt tidak pernah mungkir janji. Kelapan: Eh,berapa kali aku dah Khatam Al Quran? Kalau aku gunakan masa itu untukNya kan ianya lebih memberi manfaat dunia dan akhirat. Kesembilan: Kalaulah sedang aku seronok menonton wang bersama kawan2 dan selepas tu berseronok2 minum sebelum balik tiba2 Allah s.w.t mencabut nyawaku..Auzubillah...tiada bau syurga rasanya aku.. Kesepuluh: Kesian anak-anak ku....aku berseronok tapi....zalim aku ini walaupun suami ku membenarkan..zalim..sesungguhnya Allah s.w.t sangat murka kepada mereka yang zalim.. Walla hu aklam..puan fikir-fikirkan..ana sekadar memberikan pandangan. maaf sekiranya menyinggung..