Assalammualaikum,

saya rasa adalah yang terbaik bagi puan hanisah untuk bertanya kepada 
ustaz/ustazah yang sahih bertauliah dan bukan di laman e-group ini kerana 
terlalu ramai yang memberi pendapat yang tidak menepati syariah. Dah memang di 
isyaratkan pada akhir zaman yang menghampiri kiamat, ramai yang tak pandai 
agama akan bercakap pasal agama seolah mereka mendalami agama itu sendiri. jadi 
saya harap puan berhati-hati supaya tak terjerumus ke dalam kefahaman songsang 
yang akan merosakkan pegangan puan sendiri. wassalam 

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, hanisah wrote:
>
> Salam,
> 
> saya hanya ingin meminta pandangan pada pada rakan2.
> Adakah wajar seorang isteri menonton wayang bersama rakan2 pada waktu mlm 
> (dengan izin suami), 
> sedangkan suami menjaga anak2 dirumah.
> Maaf jika soalan saya ni agak sensetif...
> 
> terima kasih..
>


Reply via email to