salam buat sahabt2 pena yg lain....

sedih pilu ku baca alkisah sedemian rupa perihal Suami yg punya angkara tidak 
bersyukur punyai isteri yg setia dlm melayan karenah suami yg adakalanya tidak 
mempunyai "Hati" dan "Mata"

namum kisahku belum pula reda kusentiasa berdoa agar kebahagian yg ku tunggu 
bakal tiba disamping isteri yg masih ku cinta... mecari yg lain tidak terpikir 
pula.....kesian anak2 yg nanti menderita. nasihat sudah ku beri padanya hanya 
menunggu keajaipan menjelma. walaupun kini hanya menunggu retak dihujung 
tangga.......




________________________________
From: "c...@yahoo.com" <c...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 24, 2009 8:19:39
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Suami Ugut Cerai Sebab Tak Serah Duit Gaji


Lagi kisah kehidupan @ www.ceria.com. my



KISAH sebelum ini menarik perhatian Puan Shana turut sama memberikan pandangan 
berdasarkan pengalaman yang hadapi kini. Katanya, memang tepat kata orang 
tua-tua berumah tangga tidak semuanya berjalan lancar seperti sungai mengalir.

Kalau cerita Norzie suaminya banyak melebihkan keluarganya, demikian juga yang 
dihadapi oleh Shana, malah yang lebih teruk lagi, suaminya tidak menyukai 
keluarga sebelahnya, hinggakan untuk memberikan ibunya duit setiap bulan pun 
dilarang, inilah masalah besar yang sentiasa berlengkar dalam kehidupannya.

Bukan setakat itu, nak balik kampung pun ada jadual, tak boleh balik sesuka 
hati, malah kenduri-kendara mahupun majlis perkahwinan saudara mara 
dipilih-pilih malah dia tidak galakkan pergi, kalau pergi pun cuma saya 
seorang, demikian cerita Shana dalam e-mel kepada penulis, dan ketika kami 
berbual di telefon, katanya dia sering diugut akan diceraikan kalau tidak mahu 
mengikut kehendak dan kemahuannya.

``Saya tak tahu pengalaman orang lain, tetapi pahit maung yang saya lalui 
selama berumah tangga selama 8 tahun ini amat membebankan perasaan dan menekan 
jiwa saya. Walaupun kini sudah mempunyai 2 orang anak, boleh dikira dengan jari 
bilangan saya balik kampung dalam setahun, biarpun kampung saya dalam negeri 
yang sama.

``Masa mula-mula kahwin dahulu, suami saya Eddy memberitahu, rancangan masa 
depannya terhadap rumah tangga kami dan bagaimana kami boleh memiliki rumah 
sendiri dengan tidak payah menyewa rumah lagi. Rancangannya kalau diikut memang 
bagus, tetapi malangnya tidak berjalan lancar seperti yang dia sendiri susun.

``Rancangnya saya mesti serahkan gaji saya semuanya kepada dia kemudian 
dicampur dengan duit gajinya, kami boleh beli rumah dan kereta lebih baik 
daripada yang dia ada pada waktu itu. Sementara mencari lokasi taman perumahan 
yang elok dan dekat dengan tempat kerja kami, maka kami terpaksa menyewa rumah 
dahulu, saya mengikut saja.

``Dari sebulan setahun rumah masih tak ditemui, kalau ada pun rumah yang 
sesuai, lokasi tak baik, tak jadi beli. Kadang tu lokasi sesuai, tetapi kawasan 
perumahan tak cantik tak beli juga. Alasannya, kalau salah pilih setahun rumah 
dah roboh, buat apa! Ada juga kawasan tak sesuai kerana selalu banjir dan sesak 
dengan kereta pun dia tak beli.

``Tapi yang peliknya rumah sewa kami memang di kawasan sesak dengan kereta 
setiap pagi hingga ke malam dia tak kisah pulak, alasannya kerana rumah sewa. 
Kini sudah tujuh tahun kami duduk di tempat yang sama, dan sesak tapi dia tak 
pulak jadi masalah kepadanya. Bagaimana kereta kami kini sudah dua kali 
bertukar.

``Saya tak kisah kalau dia cerewet pasal beli rumah, kerana seleranya tinggi, 
tapi saya bimbang semakin lama bertangguh, harga semakin mahal dan pasti 
rumahnya bukanlah dekat bandar lagi, tentu jauh dari KL. Kalau pun ada harganya 
sekali lipat.

``Namun yang memeningkan kepala saya ialah bab menguruskan rumah semua dia nak 
buat, kalau tak mahu beli perabut saya tak kisah, tak tukar langsir empat lima 
tahun pun saya boleh sabar, sebab tak ada siapa nak datang ke rumah saya, 
saudara mara saya jauh sekali mahu datang. Kalau datang pun keluarga dia nak 
malu pun rumah tak cantik dia sendiri bukan saya, sebab saya tak ada duit dan 
tak ada kuasa dalam rumah sendiri.

``Semua Eddy tentukan. Perabut rumah kami yang ada cuma yang perlu sahaja, 
kerusi meja, peti sejuk, dapur, meja makan, set bilik tidur semasa saya kahwin 
dulu, itu sahaja. Permaidani pun tak ada, alasan Eddy ia berhabuk tak baik 
untuk kesihatan. Kipas angin saya ambil dari rumah emak sebab tak tahan panas, 
begitu juga pinggan mangkuk periuk belanga hadiah emak semasa saya pindah lepas 
kahwin dahulu.

``Eddy tak galakkan saya pegang duit takut saya boros dan membazir, kalau nak 
beli pakaian saya dan anak-anak dia ikut sama dan tentukan yang mana sesuai 
untuk kami. Tudungsaya pun dia pilihkan. Biasalah kami beli pakaian setahun 
sekali dekat raya.

``Selepas lima tahun kahwin, saya rasa sudah tidak selesa lagi, janji beli 
rumah entah di mana saya sendiri tidak pegang duit gaji saya kecuali diberikan 
duit makan semasa di pejabat. Namun yang lebih membuatkan saya memberontak 
dalam hati ialah bila saya meminta duit daripada Eddy untuk diberikan kepada 
ibu bapa saya dia tak bagi. Alasannya kalau duit selalu keluar mana cukup nak 
beli rumah.

``Saya jelaskan kepadanya, kalau sebelum kahwin saya bagi emak bapak saya 
paling kurang RM200 sebulan, takkan sekarang RM100 sebulan pun tak boleh. Saya 
pujuk lagi gunakan duit saya itu bagi emak setiap kali hari raya dan hujung 
tahun waktu bukan sekolah untuk membantu adik-adik, itu pun dia tak bagi. 
Kadang tu selepas menangis dua tiga hari baru dia bagi RM100 setahun sekali. 
Mana cukup.

``Akhirnya bila uisa meningkat saya beranikan diri simpan duit sendiri dan saya 
beritahu Eddy saya akan uruskan makan minum, susu anak dan sebagainya, saya tak 
mahu beri duit padanya lagi, kerana saya kira duit gaji saya yang disimpannya 
selama 5 tahun sudah cukup untuk membayar duit muka rumah yang dirancang untuk 
dibeli itu.

``Perubahan sikap saya tentulah menjadi kemarahannya, dia merajuk tak balik 
rumah beberapa hari hinggakan saya terpaksa naik teksi dan bas ke tempat kerja. 
Akhirnya dengan bantuan kawan-kawan saya menumpang mereka dan selesai satu 
masalah. Mulai bulan itu juga saya kirimkan duit untuk emak setiap bulan. Dan 
saya masih ada simpanan lagi. Amuk Eddy tak pernah surut, selagi saya tak 
menyerahkan duit gaji saya padanya.

``Namun saya sudah nekad tidak akan berganjak dari keputusan yang dibuat. Eddy 
mengugut, katanya isteri yang engkar pada suami tak cium bau syurga, tapi saya 
lebih yakin bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu.

``Saya cuba jelaskan kepadanya, kalau saya berbakti kepada emak saya dan bagi 
emak saya duit pun cuma beberapa tahun ini sahaja, paling lama 10 atau 15 
tahun, lepas itu entah ibu bapa saya ada lagi atau tidak. Sebab mereka dah 
tua.. Tetapi saya akan terus berbakti atau menjadi kuli kepada suami saya 
hingga ke akhir hayat, kalau tidak kena cerai mungkin 30 atau 40 tahun lagi, 
jadi mengapa marah kalau saya ingin berbakti dan memberi sedikit duit kepada 
ibu bapa saya. Tak lama!

``Lagi pun saya fikir bila lagi saya dapat membalas jasa ibu bapa saya yang 
selama ini membanting tulang membesarkan saya, suami mengambil saya sebagai 
isteri setelah saya dewasa, berkerja dan memberi hasil kepadanya, dia tidak 
bersusah payah menjaga saya, sebaliknya saya yang selama ini membantunya. Kalau 
saya sakit pun belum tentu dia boleh menjaga saya dengan baik seperti ibu 
menjaga saya dulu.

``Lebih penting, saya pun tak tahu jodoh dan kasih sayang saya dengannya, 
mungkin panjang mungkin tidak, mungkin dia kahwin lagi, atau mungkin saya 
dimadukan siapa tahu? Tapi kasih ibu kepada anak tak pernah padam. Saya katakan 
juga kalau saya tak pernah bertanya berapa banyak duit yang diberikan kepada 
emaknya setiap bulan mengapa hak saya dipertikaikan?

``Lebih memberatkan hati saya untuk menguruskan duit gaji sendiri setelah 
hubungan saya dengan ibu bapa dan adik-beradik saya cuba dibataskan, sebagai 
contoh, nak balik kampung di sekat, kenduri kahwin saudara mara kalau balik pun 
cuma saya sendiri, sedangkan dia tak suka berhubung rapat dengan keluarga saya.

``Kalau balik kampung saya semasa Hari Raya pun selepas tiga raya, tidur 
semalam esok balik tak sempat jumpa adik-beradiksaya, sebab mereka sudah balik 
ke rumah masing-masing, nak pergi ke rumah mereka, Eddy tak mahu. Belum pernah 
saya balik kampung pada raya pertama, sebab Eddy tak suka bergaul dengan ipar 
duai atau biras saya, lebih penting dia tak mahu keluar duit. Ialah takkan 
balik tangan kosong tak mahu beli daging sekilo ke, bagi duit raya pada 
anak-anak saudara ke, atau kepada ibu bapa saya!

``Sebab itulah saya bertindak menguruskan duit sendiri sebab saya tak nampak 
perubahan Eddy kepada kebaikan. Lebih menyakitkan hati saya bila di tanya 
berapa jumlah simpanan sekarang dah cukup ke untuk bayar duit muka rumah, 
jawapannya adalah sikit, tak banyak. Dia tak pernah beritahu saya jumlah 
sebenar, mengapa mesti sembunyikan jumlahnya daripada pengetahuan saya, 
bukankah kita berkongsi menyimpannya, jadi saya pun berhak tahu. Setiap kali 
bertanya ia akan mencetuskan pertengkaran, mula-mula dulu memang saya takut 
bertanya, tapi lama kelamaan saya dapati ketakutan saya itu menjadi senjata 
kepadanya supaya saya tak berani bertanya pada dia lagi.

``Betul kata Eddy bukan tanggungjawab saya beri duit pada ibu dan bantu 
persekolahan adik-adik. Tetapi apa tanggungjawab saya sebagai anak kepada ibu 
bapa yang susah, tergamakkan saya melihat adik-adik terkial-kial nak bersekolah?

``Saya bukan buta hati dan buta perut, sebagai anak saya rasa itu satu dari 
tanggungjawab saya. Inilah sahaja bakti saya kepada ibu bapa saya sebelum 
mereka meninggal dunia. Saya mahu mereka senang hati, emosi dan fizikal di 
hujung-hujung usia mereka.

``Malangnya niat baik saya ini telah membawa masalah besar dalam kehidupan 
saya, kalau dahulu Eddy nampak gembira setiap kali balik ke rumah, tetapi sejak 
saya uruskan duit sendiri, dia tidak mahu lagi melayan saya dan anak-anak 
dengan baik, ada-ada sahaja yang salah terhadap diri saya. Saya faham semuanya 
kerana saya tidak serahkan duit gaji saya padanya setiap bulan.

``Bagaimana pun jika saya kembali seperti dulu menyerahkan gaji saya kepadanya, 
hati dan jiwa saya pula tidak tenteram, saya boleh berkorban, tapi sampai bila, 
sedangkan baru dua setengah tahun saya menguruskan duit sendiri, saya sudah 
boleh menyimpan hampir RM4,000 dan saya rasa Eddy sudah pasti menyimpan lebih 
banyak lagi kerana dia begitu berkira dalam berbelanja, baik soal rumah mahupun 
makan minum kami.

``Boleh dikatakan setahun sekali kami pergi berkelah ke Port Dickson pun susah, 
kalau pergi pun kami bawa bekalan makanan dan minuman, tak pernah makan di 
restoran. Kalau keluar belanja pun cuma duit minyakdan tol. Tapi saya tak kisah 
asalkan anak-anak gembira. Kebiasaannya kami cuma berhibur dan makan angin ke 
Taman Titiwangsa atau ke sungai-sungai perkelahan di pinggir kota. Tentu Eddy 
banyak simpan duit!

``Walau pun hubungan kami agak kurang mesra, tetapi hati saya tenang, saya rasa 
tak salah simpan duit sendiri. Benar saya mesti bersyukur kerana Eddy benarkan 
saya bekerja, tetapi kalau tidak bekerja, mampukah Eddy sendirian? Beli rumah 
dan kereta? Belum tentu lagi! Sepatutnya Eddy bersyukur sebab saya membantunya, 
tapi Eddy kedekut dengan keluarga saya kerana dia mahu simpan duit dan mahu 
cepat kaya. Eddy janganlah kedekut sangat!"

Demikian luahan rasa Shana terhadap suaminya, katanya dengan mencurahkan isi 
hatinya, walaupun Eddy tidak membaca ruangan ini, tetapi jiwanya tenang. Malah 
ketika kami berbual di telefon Shana memberitahu hatinya terasa lega sekali, 
bebas dari bebanan besar yang terpaksa dipikulnya selama ini.

Kata orang tua-tua berjimat cermat dan beringat tentang masa depan kita boleh 
senang, tetapi kita akan menjadi lebih senang, mewah dan mendapat keberkatan 
Allah jika kita banyakkan bersedekah, menghulurkan bantuan kepada mereka yang 
memerlukan, bermula dalam keluarga sendiri, ibu bapa, adik-beradik juga saudara 
mara yang susah. Hidup kita juga akan mendapat keberkatanNya di dunia dan di 
akhirat.
 - MAIMUNAH




      New Email names for you!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Reply via email to