Berjihad Dengan Ilmu Dan Dakwah

http://an-nawawi.blogspot.com 
Sesungguhnya
menuntut dan menyampaikan ilmu itu amat besar manfaatnya kepada
individu dan masyarakat umat Islam. Menuntut ilmu agama bermula dari
aqidah, fiqh, tafsir, akhlak, sehinggalah kepada pemahaman
prinsip-prinsipnya yang tulen adalah merupakan suatu tuntutan yang amat
besar lagi tinggi keutamaannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Wahai
orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu:
“Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah
akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah
kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah 
al-Mujadilah, 58: 11)

Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Ketahuilah bahawa Nabi kamu telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan mengangkat sesuatu kaum dan merendahkan suatu kaum 
yang lainnya dengan Kitab Suci ini”.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dari
sini menunjukkan bahawa menuntut ilmu (mempelajari agama) itu adalah
suatu keperluan yang besar yang perlu digalas dan dikuasai oleh setiap
muslim.

Ini adalah sebagaimana Allah memerintahkan kepada Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri supaya berdoa agar ditambahkan
ilmu.

“Maka Maha Tinggi
Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa
membaca al-Qur’an sebelum disempurnakan penyampaiannya kepadamu, dan
katakanlah: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.” (Surah 
Thoha, 20: 114)

Ayat
ini adalah merupakan satu dalil yang sangat jelas yang menunjukkan
berkenaan keutamaan ilmu. Kerana Allah sendiri telah memerintahkan
kepada Nabi-Nya agar meminta ditambahkan ilmu.

Di antara
sebab-sebab keutamaannya adalah kerana dengan ilmu, manusia mampu
mengenal Allah. Dengan ilmu, manusia akan mengerti tujuan sebuah
kehidupan. Dengan ilmu, manusia akan mengerti pentingnya konsep
uluhiyah dan ubudiyah terhadap Tuhannya. Dengan ilmu, pendirian manusia
boleh sama ada berubah atau semakin teguh. Dengan ilmu, manusia mampu
memahami agama dari asasnya sehingga ke cabang-cabangnya. Dengan ilmu
jugalah, umat Islam akan mampu beramal dengan sempurna. Dengan ilmu
juga umat Islam akan memahami perintah dan pesanan Nabi serta para
ulamanya.

Di atas kesan-kesan tersebut, manusia menjadi tunduk disebabkan dia mengenal 
betapa rendahnya diri di hadapan Tuhannya.

Oleh kerana itulah, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya 
adalah para ulama (orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28)

Dengan
sikap itu juga, umat Islam akan diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
ke suatu darjat yang tinggi berbanding dengan kaum yang selainnya.

“...niscaya
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Orang-orang
yang berilmu adalah mereka yang mampu menghadapi kepelbagaian bentuk
ujian, rintangan, musibah, serangan, dan syubhat yang mendatang dengan
sikap yang penuh tenang dan sabar. Dengan ilmu yang mereka kuasai,
mereka mampu untuk membezakan kepelbagaian bentuk permasalahan yang
muncul yang sekaligus mampu menentukan pendirian (sikap) dan jalan
keluar yang tepat buat dirinya dan orang lain. Ini adalah sebagaimana
yang Allah Subhanahu wa Ta’ala singkapkan berkenaan peristiwa yang
terjadi ke atas Qarun:

“Maka
keluarlah Qarun kepada kaumnya di atas kemegahannya. Berkatalah
orang-orang yang sangat ingin kepada kehidupan dunia: “Moga-moga
kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun,
sesungguhnya dia benar-benar memiliki keuntungan yang besar”.
Berkatalah orang-orang yang dikurniakan dengan ilmu: “Kecelakaan
besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, melainkan
oleh orang-orang yang sabar”.” (Surah al-Qasas, 28: 79-80)

Allah
juga turut menjelaskan bahawa orang-orang yang berilmulah yang mampu
memahami dan menganalisa hakikat kepelbagaian permasalahan yang terjadi,

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang 
memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.” (Surah al-Ankabut, 29: 43)

Atas
sebab itu jugalah dapat kita fahami bahawa dengannya (ilmu) umat Islam
akan pergi berjihad sama ada di medan perperangan mahu pun di medan
dakwah. Tanpa ilmu, umat Islam tidak akan mampu memberi sesuatu kepada
yang lain, malah Islam itu sendiri tidak akan mampu ditegakkan jika
tidak dibawa dengan ilmu. Inilah di antara apa yang ditunjukkan melalui
Surah al-Furqon, di ayatnya yang ke-51 dan 52.

Ini jugalah
sebagaimana apa yang dimaksudkan oleh para ulama, di antaranya imam
Ibnul Qayyim rahimahullah yang telah menjelaskan bahawa menuntut ilmu
dan menyebarkan ilmu itu termasuk berjihad di jalan Allah. Ini adalah
berdasarkan perkataan beliau yang terkandung di dalam kitabnya, Miftahu Daris 
Sa’adah:

“Menuntut
ilmu disebutkan juga sebagai jihad fi sabilillah kerana dengannya agama
Islam ini akan ditegakkan, sebagaimana juga agama Islam yang ditegakkan
melalui medan peperangan. Jadi, Islam itu ditegakkan dengan ilmu dan
peperangan.

Dengan itulah, jihad ada dua jenis:

Pertama: Jihad dengan tangan dan senjata. Jihad jenis ini semua orang mampu 
turut serta di dalamnya.

Kedua:
Jihad dengan hujjah dan bayan (ilmu). Jihad jenis ini merupakan jihad
dari kalangan orang-orang yang khusus iaitu dari kalangan ulama. Ini
merupakan jihad yang hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang
menguasai ilmu. Dan jihad kedua ini lebih utama daripada jihad yang
pertama. Ini adalah disebabkan oleh betapa besarnya manfaat, tinggi
risikonya, dan sangat banyak musuh-musuh yang akan dihadapinya. Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam Surah al-Furqon di mana surah
ini adalah surah Makkiyyah:

“Dan
sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami utus kepada setiap negeri
seorang pemberi peringatan (rasul), maka janganlah kamu taati
orang-orang kafir dan berjihadlah melawan mereka dengan al-Qur’an
dengan jihad yang besar.” (Surah al-Furqon, 25: 51-52)”

Malah
jika kita teliti pengertian jihad itu sendiri, iaitu menurut apa yang
dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah di dalam
kitabnya yang masyhur, Fathul Bari dan Ibnu Manzur rahimahullah di dalam 
Lisanul Arab,
ia sebenarnya mencakupi perbuatan menegakkan hujjah (dengan perkataan
atau lisan) terhadap orang-orang kafir dengan cara mendakwahi,
menyerang, dan menahan (menangkis hujjah) mereka dengan
bersungguh-sungguh serta dengan sepenuh tenaga dan usaha. Dengan ini
juga bermaksud, jihad itu tidaklah terhad hanya sekadar turun di medan
perperangan, tetapi juga adalah dengan penegakkan hujjah-hujjah ilmiyah
kepada kaum yang tidak mengerti dan ingkar.

Berdasarkan surah
al-Furqon ayat 51-52 tadi juga sebenarnya ia turut menjelaskan sejak
awal-awal lagi bahawa Allah memerintahkan supaya tidak mentaati
orang-orang kafir dan supaya berjihad terhadap mereka. Maka, jelaslah
di sini bahawa pada fasa tersebut, orang-orang kafir tidak diperangi
melainkan dengan hujjah, bayan, dan menyampaikan isi kandungan
al-Qur’an itu sendiri dan bukanlah dengan pedang mahu pun ketenteraan
semata-mata.

Demikianlah juga dengan persoalan orang-orang
munafiq yang duduk hidup di bawah kekuasaan umat Islam yang mana Allah
turut memerintahkan dengan kalimah jihad kepada umat Islam ke atas
mereka.

“Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiq dan bersikap 
keraslah terhadap mereka.” (Surah at-Taubah, 9: 73)

Ini
adalah sepertimana yang diketahui bahawa orang-orang munafiq itu tidak
diperangi dengan pedang, dan mereka juga tidak memerangi umat Islam
dengan ketenteraan. Tetapi, mereka (orang-orang munafiq) diperangi di
atas nama jihad dengan menegakkan hujjah-hujjah ilmiyah dari al-Qur’an
dan perkataan Nabi-Nya.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah turut menegaskan di dalam kitabnya yang lain, 
I’lam al-Muwaqqi’in
bahawa ketaatan kepada umara’ (pemimpin) itu adalah mengikuti ketaatan
kepada ulama. Maka, menuntut ilmu dan mempelajarinya adalah termasuk
jihad di atas jalan Allah.

Abu
Darda’ radhiyallahu ‘anhu juga pernah berkata bahawa, “Sesiapa yang
mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian
dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.” (Diriwayatkan 
oleh Ibnu ‘Abdil Barr)

Begitulah
dia sebuah hakikat yang kian dipandang remeh, padahal ia adalah sebuah
tuntutan besar bagi setiap manusia dari kalangan umat Islam. Menuntut
ilmu dari ilmu-ilmu agama semenjak zaman-berzaman sehinggalah ke masa
ini bukanlah sebuah usaha yang boleh ditinggalkan, bahkan ia adalah
sebuah perjuangan yang dengannya umat Islam akan berjihad menegakkan
Tauhid bermula dari dalam diri masing-masing sehinggalah ke
setinggi-tinggi kemampuan ke atas segenap manusia umumnya.

Semoga
kesarjanaan ilmu di dalam bidang agama ini mampu ditegakkan dan kembali
dipandang tinggi oleh umat Islam seluruhnya. Hanya dengan ilmu umat
Islam akan kembali dimuliakan, dan dengan ilmu itu jugalah umat Islam
bakal kembali berjihad dengan sebesar-besar jihad.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Sungguh
aku mengetahui (menguasai) satu bab dari sesuatu ilmu itu sama ada
berkenaan perintah atau pun larangan, ia adalah lebih aku sukai
berbanding dengan 70 kali pertempuran di medan jihad.” 

@Brother an-Nawawi
+60126887715 
YM: nawi...@yahoo.com 


------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
hidayahnet-ow...@yahoogroups.com with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:hidayahnet-dig...@yahoogroups.com 
    mailto:hidayahnet-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    hidayahnet-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke